You are on page 1of 3

: 09-6664637

SEKOLAH KEBANGSAAN TOK JIRING Fax : 09-6666479


(SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN) e-mail : tba3059@yahoo.com.my
BANDAR AL-WATHIQU BILLAH Facebook : https://www.facebook.com/sktjbest
21060 KUALA TERENGGANU

MINIT MESYUARAT AJK KANTIN BIL 1/2020

Tarikh : 18 Jun 2020


Masa : 9.00 petang
Tempat : Kantin Sekolah

Kehadiran :

En. Abdul Aziz Bin Deraman (Guru Besar) Pn. Suhaini binti Ariffin
En. Mohd Jalani bin Mat Desa (GPK Pentadbiran) Pn. Tn Nor Fadhilah bt Abu Bakar
Pn. Wan Nooriah binti Wan Ismail (GPK HEM) En Saipu Azlan bin Mohamad
En. Amran bin Mohamad (GPK Kokurikulum) En Sufian bin Sulaiman
Pn. Rohani binti Ismail (Penyelaras)
Pn. Rahaziah Bt binti Bakar

PENGERUSI MESYUARAT

Pn. Wan Nooriah binti Wan Ismail (GPK HEM)

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi

1.1 Pn Wan Nooriah binti Wan Ismail(GPK HEM) mengucapkan terima kasih kepadaTuan Guru
Besar, En Abdul Aziz Bin Deraman, guru-guru penolong kanan dan semua AJK Kantin kerana
hadir ke mesyuarat Kantin bil. 1/2020.

1.2 Beliau memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan pelaksanaan
aktiviti kantin yang akan dijalankan sepanjang tahun 2020 dan pelaksanaan SOP untuk murid
dan guru ketika pembukaan sekolah nanti.

1.3 Pengerusi memaklumkan kepada semua AJK terdapat 210 jenis makanan yang boleh dijual di
kantin dan 17 jenis minuman yang boleh dijual di kantin sebagai makluman umum.

1.4 Pengerusi juga memaklumkan bahawa jika pihak kantin menjual makanan melebihi tarikh luput
adalah menyalahi akta makanan kantin (1985).

Tindakan: Makluman Semua


Agenda 2 : Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu telah dicadangkan oleh Pn. Rahaziah bin Bakar dan
disokong oleh Pn. Rohani bin Ismail.

Agenda 3 : Ucapan Guru Besar (En. Abdul Aziz bin Deraman)


3.1 Guru Besar memaklumkan perubahan yang besar akan berlaku bagi memastikan guru dan
murid mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengelak pandemic COVID-19 yang berlaku
dalam seluruh dunia hari ini.
3.2 Setiap pekerja kantin perlu mengikut garis panduan etika berpakaian yang telah ditetapkan dan
SOP yang telah ditetapkan..
3.3 Guru Besar memberitahu senarai makanan dan minuman yang dilarang perlu dimasukkan
dalam fail kantin.
3.4 Selain itu, murid perlu diterapkan pembangunan adab dan sahsiah sewaktu proses jual beli dan
makan minum di kantin.
3.5 Unit UBK perlu ada setiap kali mesyuarat kantin dilaksanakan.
Tindakan: Semua Guru dan Pengusaha Kantin

Agenda 4 : Perkara Berbangkit dan Perubahan Peraturan Kantin mengikut SOP

4.1 Pn Rohani memaklumkan makanan guru perlu dinyatakan harga makanan beserta dengan
senarai menu murid dan perlu dipaparkan.
4.2 Pada setiap meja murid perlu diletakkan maklumat yang berinformasi untuk menambah
pengetahuan murid.
4,3 Murid digalakkan membawa bekal daripada rumah dan jika murid membeli makanan di
kantin akan diawasi oleh guru-guru bertugas.
4.4 Semua murid wajib makan di dalam kelas dan berada ditempat masing-masing.
4.6 Semua guru akan dibahagikan tugas untuk mengawasi murid
4.7 AJK kantin perlu membuat tugasan semua guru bagi memastikan kelancaran waktu rehat
mengikut SOP yang telah ditetapkan.
4.8 Pn Hidayu memaklumkan murid tahap 1 perlu diiringi guru ke kantin bagi mengelak murid
melanggar SOP.
4.9 Guru kelas akan berada di dalam kelas setiap waktu rehat mengawasi murid makan di
dalam kelas.

Tindakan: Penyelaras Kantin dan Pengusaha


Kantin

2
Agenda 5 : Laporan Kantin

5.1 Pn Zainah memberitahu sinki tidak mencukupi untuk murid membasuh tangan.

5.2 Makanan berproses tidak dibenarkan dijual sama sekali di kantin sekolah.

5.3 Makanan yang ,manis seperti biskut dan donut coklat juga tidak dibenarkan.

5.4 Pihak kantin perlu mengelakkan daripada menggunakan pinggan dan cawan polisterin.

5.5 Kantin perlu menyelaraskan harga makanan dan minuman dengan berpatutan.

5.6 Laporan Kendiri Kantin perlu diisi setiap akhir bulan.

Tindakan: Pengusaha Kantin

Agenda 6 : Hal – Hal lain

6.1 En Syafiq memaklumkan kantin akan menyediakan menu iaitu 4 jenis lauk, 2 jenis
masakan bergoreng, 2 jenis lauk tambahan dan 2 jenis masakan sayur.

6.2 Peranan Doktor Muda perlu ditonjolkan melalui program speaker’s Corner pada waktu
rehat.

Tindakan: Pengusaha Kantin dan AJK Kantin

Mesyuarat diakhiri dengan Tasbih Kifarah dan ditangguhkan pada jam 11.12 pagi.

Disediakan oleh: Disahkan oleh

(ROHANI BINTI ISMAIL)


Setiausaha Kantin (ABDUL AZIZ BIN DERAMAN)
Guru Besar SK Tok Jiring.

You might also like