You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN CHENEH BARU 2,

24000 KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN


KOD SEKOLAH : TBA 2043 TEL/ FAKS : 09- 8730326/ 09-8733108
E-MAIL : tba2043@moe.edu.my
__________________________________________________________________________________________________
_

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN

Bil. Mesyuarat : 1 Tahun 2023


Tarikh : 03 April 2023 (Isnin)
Masa : 1.30 petang – 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Cheneh Baru 2,
Bandar Cheneh Baru,
24000 Kemaman,
Terengganu.

01) Cikgu Wan Norakusma binti W Alias - GPK HEM (Pengerusi)


02) Cikgu Siti Nurain binti Mat Zin - Penyelaras Kantin
03) Cikgu Mohd Fazli bin Wahab - AJK
04) Cikgu Nazanani binti Mat Nazir - AJK
05) Ustaz Mohd Lokman Bin Noor - AJK
06) Cikgu Noriati binti Mat Noor - AJK
07) Puan Nor Azlina binti Abd Rahman - Wakil Pengusaha Kantin

1 PERUTUSAN PENYELARAS

1.1 Kata-kata aluan


Penyelaras memulakan mesyuarat dengan bacaan Surah Al-Fatihah. Beliau
mengalu-
alukan kedatangan semua ahli jawatankuasa dan wakil pengusaha kantin
serta
mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian semua melapangkan masa
untuk
menghadiri mesyuarat kali pertama ini. Beliau amat mengharapkan kerjasama
daripada
semua ahli jawatankuasa untuk berganding bahu menceriakan kantin sekolah
bagi
sesi 2023/2024.

2 UCAPAN PENTADBIR

2.1 Cikgu Wan Norakusma (PK HEM) mengucapkan tahniah kepada unit kantin di atas
kerja
buat unit ini pada tahun 2022.
2.2 Beliau mengharapkan agar kerja buat ini dapat diteruskan lagi pada tahun 2023.
2.3 Beliau juga mengingatkan semua AJK agar dapat bekerjasama dan berganding
bahu
untuk menceriakan kantin sekolah.

3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Tiada pengesahan minit.

4 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara berbangkit.

5 FOKUS MESYUARAT

5.1 Tugasan AJK kantin


PK HEM memaklumkan kepada semua AJK bahawa tugas AJK kantin adalah
memastikan kantin sentiasa berada dalam keadaan bersih dan ceria. Disamping itu, AJK
kantin juga perlu sentiasa melakukan pemantauan pengurusan dan penyediaan makanan
di kantin.

Tindakan : Semua AJK Kantin


dan
Pengusaha Kantin

5.2 Kebersihan Kantin


PK HEM meminta pihak kantin supaya sentiasa memantau dan memastikan kantin
sentiasa dalam keadaan bersih terutamanya apabila berkaitan dengan najis tikus. Begitu
juga dengan pakaian pekerja kantin.

Tindakan : Semua AJK Kantin


dan
Pengusaha Kantin

5.3 Keceriaan Kantin


PK HEM berharap dan meminta AJK kantin supaya dapat menceriakan kantin dan
menjadikan keadaan di kantin lebih cantik dan ceria. Selain itu, maklumat dan info-info
yang berguna perlu juga dilekatkan agar dapat menjadi panduan kepada murid.

Tindakan : Semua AJK Kantin


dan
Pengusaha Kantin

6 HAL-HAL LAIN
6.1 Laporan Kendiri Kantin
Pihak kantin diminta memberikan kerjasama untuk membuat laporan kendiri pada setiap
awal bulan dan akan disemak oleh PK HEM.
Tindakan : Pengusaha Kantin

6.2 PK HEM amat berharap agar pihak kantin dan AJK kantin dapat bekerjasama serta
menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik.

Tindakan : Semua AJK Kantin dan


Pengusaha Kantin

7 PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Penyelaras,
Jawatankuasa Kantin Sekolah,
SK Cheneh Baru 2, Kemaman.

You might also like