You are on page 1of 5

SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM MERLIMAU PASIR

KM 26, JALAN BATU GAJAH, 77300 MERLIMAU PASIR, MELAKA.


Tel / Fax : 06-2634891 Email : mct1002@ppdjasin.edu.my

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN TENDER KANTIN


BAGI TAHUN 2016 2018

Tarikh : 27 Oktober 2016


Hari : Khamis
Tempat : Bilik Mesyuarat SRAMP
Masa : 2.00 petang

Kehadiran :
1. Hj Mohd Nasir bin Yusof - Pengerusi
2. Encik Ab. Rahim bin Othman - Wakil PPD
3. Hj Mohd Jelas bin Hj Ahmad Muhammad - Naib Pengerusi
4. Pn. Rosna bt Arshad - GPK Pentadbiran
5. Encik Mohd Shafiq bin Baseri - Guru Kantin
6. Encik Aliff Najmie bin Mohd Khalid - Penyelaras Kantin
7. Encik Roslan bin Hj. Husin - Wakil Kerani
8. Pn. Haliza bt Abdul Hamid - Guru Kaunseling

AGENDA MESYUARAT
AGENDA 1: Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan surah al-


Fatihah.

1.2 Guru besar selaku pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih


kepada wakil PPD Encik Ab. Rahim bin Othman dan semua ahli
mesyuarat yang hadir. Beliau menerangkan tujuan diadakan
mesyuarat untuk memilih pengusaha kantin yang baru bagi sesi
2016/2018

AGENDA 2: Ucapan wakil PPD


2.1 Encik Ab. Rahim bin Othman menekankan pembukaan tawaran
sebut
harga kantin mestilah mengikut protokol dan tatacara yang betul.
Beliau menyatakan sebelum mesyuarat sebut harga diadakan pihak
sekolah haruslah mengeluarkan surat perlantikan jawatan kuasa
sebut harga terlebih dahulu.

2.2 Beliau juga mengingatkan bahawa AJK buka borang mestilah terdiri
daripada individu yang berbeza daripada AJK pemilihan penender.

2.3 Keputusan mesyuarat adalah sulit sehingga surat keputusan rasmi


dikeluarkan.

AGENDA 3: Senarai penama sebut harga kantin

3.1 Borang-borang yang telah dibuka diteliti dan dikira oleh pengerusi
mesyuarat iaitu Tuan guru besar dimana terdapat 6 set borang
permohonan yang telah diterima untuk dipertimbangkan.
Berikut adalah senarai penama sebut harga kantin:

No. Nama Pengusaha Jumlah sebut harga


Tender
1/6 Hjh Zaleha bt Hj Abd Ghani RM200
2/6 Halimah bt Bram RM250
3/6 Roziyah bt Md Din RM270
4/6 Norlidah bt Ali Hassan RM350
5/6 Zainal bin Ishak RM270
6/6 Fatimah bt Azam RM250

3.2 Senarai lengkap pemohon yang menyertai tawaran sebut harga


kantin Sekolah Rendah Arab JAIM Merlimau Pasir adalah seperti di
lampiran ( rujuk lampiran ).

AGENDA 4: Pemilihan sebut harga


4.1 Mesyuarat telah mengambil keputusan tegas bahawa pemilihan
perlulah berdasarkan tawaran harga yang berpatutan, mutu
perkhidmatan yang terbaik dan dapat mematuhi peraturan yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

4.2 Penentuan pemilihan pengusaha kantin yang paling layak adalah


dengan mengambil kira reputasi perkhidmatan yang terbaik
sebelum ini.

4.3 Hasil perbincangan ahli jawatankuasa pemilihan bersetuju


menyenaraikan tiga penama yang paling layak berdasarkan
pengalaman mengusahakan kantin sekolah, tawaran sebut harga
kantin yang munasabah dan penetapan harga makanan yang
berpatutan.

4.4 Tiga pengusaha yang terpilih tersebut berdasarkan undian yang


teringgi ialah:
Pertama - Norlidah bt Ali Hassan
Kedua - Roziyah bt Md Din
Ketiga - Zainal bin Ishak

AGENDA 5: Tindakan susulan

5.1 Sehubungan dengan pemilihan ini, Encik Ab. Rahim bin Othman
menegaskan bahawa pihak sekolah perlu menguruskan beberapa
perkara seperti berikut:

5.1.1 Menyediakan satu laporan minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan


sebut harga kantin Sekolah Rendah Arab JAIM Merlimau Pasir
2016/2018

5.1.2 Menulis surat pemberitahuan kepada pengusaha kantin tentang


keputusan kelulusan permohonan tender dan surat terima tender.
5.1.3 Pengusaha yang baru perlu memulakan operasi pada 1 Disember
2016 dan perlu membayar deposit RM350 + RM100 + RM100.

5.1.4 Pengusaha yang tidak berjaya mendapat tender dikehendaki hadir


ke sekolah untuk mengambil wang deposit.

5.1.5 Pihak sekolah akan memberi notis kepada pengusaha sekarang


supaya membersihkan kantin sebagai persediaan kepada
pengusaha baru.

5.1.6 Wang deposit hanya akan dipulangkan kepada pegusaha kantin


yang sekarang sebulan selepas tarikh pengosongan.

5.2 Encik Ab. Rahim bin Othman mengucapkan terima kasih dan tahniah
kepada semua ahli mesyuarat di atas kelancaran mesyuarat sebut
harga kantin yang sedang berlangsung.

AGENDA 6: Hal-hal lain

6.1 Tn Hj Nasir bin Yusof selaku guru besar mengharapkan agar


pengusaha kantin yang baru dapat memberikan perkhidmatan yang
sebaiknya kepada warga Sekolah Rendah Arab JAIM Merlimau Pasir
samada dari segi layanan dan kerjasama mahupun dari segi kualiti
makanan yang disediakan.

6.2 Guru besar sekali lagi menekankan kepada semua AJK yang hadir
supaya tidak mendedahkan keputusan mesyuarat ini kepada pihak
luar sehingga keputusan sebenar dimaklumkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.20 petang.


Disediakan oleh, Disahkan oleh,

..
.
( ALIFF NAJMIE BIN MOHD KHALID ) ( HJ MOHD NASIR BIN
YUSOF )
Penyelaras Kantin Guru Besar
SR Arab Jaim Merlimau Pasir SR Arab Jaim Merlimau Pasir

You might also like