You are on page 1of 3

SEKOLAH RENDAH ISLAM NURUL HIDAYAH

PENGHULU ELANG KULIM


Lot . 391, Kg Paya Tok Betok, Mkm Sg. Ular,
09000 Kulim Kedah
No. Telefon : 04-4906580
No. Faks : 04-4906580
Email : srinpek@gmail.com
Website : srinpek-kulim.blogspot.com

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN 1/2021


1. TARIKH : 20 Januari 2022

2. MASA : 11.00 tgh-12.30 ptg

3. TEMPAT : Bilik Mesyuarat SRINPEK

4. KEHADIRAN :

1. Pn. Norsham binti Awang

2. Pn. Fauziah binti Ismail

3. Pn. Rosnah binti Md Saad

4. Pn Suraya binti Abd Radzak

5. Pn. Nurul Aini Binti Zakaria

6. Pn.Rapidah binti Omar

7. Pn. Fatimah binti Shuib

8. Pn. Siti Munjiah binti Samsuri

9. Pn. Siti Nur Faziera binti Mohamad Fauzi

10. Pn.Maslindawati binti Ideris

11. Pn.Rohaya binti Mahmud

5. TIDAK HADIR

Pn.Farah Nour Bt Md.Rahim Maklum

Pn. Jamilah binti Hj Bashri Maklum


PERKARA / AGENDA MESYUARAT

I. Ucapan Pengerusi (Pn. Norsham Bt Awang)

1. Mengucapkan salam kepada semua AJK yang hadir ,beliau juga berharap mesyuarat pada
hari ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. majlis dimulakan dengan bacaan surah
Al-Fatihah.

2. Beliau memaklumkan kepada ahli mesyurat berkenaan tujuan utama mesyuarat kali ini
diadakan adalah ingin membincangkan sebarang masalah dan perkara untuk
penambahbaikan kantin di masa akan datang.

3. Beliau juga memaklumkan bahawa tempoh perkhidmatan pengusaha kantin dilanjutkan


sehingga 31 November 2022.

4. Pembukaan tender kantin baru adalah pada bulan September atau September ini.

5. Puan Norsham juga memaklumkan mengenai rancangan makanan tambahan (RMT) iaitu
seramai 4 orang murid.Mereka ini tidak terlbat dengan sesi sekolah secara penggiliran.

Tindakan : Makluman

II. Perkara-Perkara Berbangkit

1. Pn.Rosnah memaklumkan mengenai kuantiti nasi murid yang agak sedikit terutama
pelajar tahap 2. Selain itu, ada juga guru mengadu bahawa makanan tengahari yang
dibekalkan tidak mencukupi.

Tindakan : Pengusaha kantin

2. Beliau mencadangkan kepada pihak kantin agar melabelkan harga bagi setiap makanan
yang dijual.

3. Selain itu, Pn Rosnah memberi komen tentang harga makanan yang dijual dikantin masih
tidak selaras dan agak mahal .

Tindakan : Makluman
III. Isu-isu Penambahbaikkan

1.Pn. Siti Munjiah mencadangkan kepada pihak kantin untuk mempelbagaikan serta
menambah kuantiti kuih muih untuk sarapan pagi guru-guru kerana tidak mencukupi.

2.Pn.Rosnah memaklumkan berkenan harga makanan perlu dipamerkan supaya tidak lagi
timbul isu harga makanan yang tidak berpatutan dan agak mahal.

Tindakan :
Makluman

IV. Hal-hal lain

1.Pn Fauziah memaklumkan bahawa pihak Lembaga telah menyerahkan sepenuhnya urusan
kantin kepada En Ropain bermula tahun 2022.

V. Ucapan Penangguhan

1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ajk yang menjayakan mesyuarat
serta semua cadangan yang dikongsikan untuk penambahbaikan kantin sekolah. Berharap
agar semua pihak dapat sama-sama memperbaiki sebarang kesilapan.

2. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.42 tengahari , dengan bacaan tasbih kafarah dan
surah al -asr.

DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH:

___________________ ____________________
ROSNAH BINTI MD SAAD PN.NORSHAM BINTI AWANG
PENYELARAS UNIT KANTIN GURU PENOLONG KANAN ( HEM )

Sekolah Ren.Islam Nurul hidayah Sekolah Ren.Islam Nurul hidayah


Penghulu Elang Kulim Penghulu Elang Kulim

You might also like