You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT BUKA PETI SEBUT HARGA TENDER KANTIN

2019/2020

TARIKH : 13 November 2018 (Selasa)


MASA : 9.00 pagi
TEMPAT : Bilik Guru Besar

KEHADIRAN :En. Zahuri bin Jamaludin (Guru Besar)


Tn. Hj. Kamarulzaidi bin Harun Shah (GPK HEM)
En. Mahadi Azmi bin Mamat (Pengerusi PetiSebut Harga)
Pn. Ruzaida binti Haron (Setiausaha)
En. Md Saari bin Yunan (AJK Peti Sebut Harga)
Pn. Syamsinaharni binti Hawalit (AJK Peti Sebut Harga)

CATATAN MESYUARAT

1. Perutusan Pengerusi Mesyuarat


1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua AJK.
1.2 Guru Besar memaklumkan bahawa mesyuarat pada kali ini adalah bertujuan
untuk Buka Peti Sebut Harga kantin bagi tahun 2019/2020.
1.3 Guru Besar memaklumkan hanya terdapat seorang penender sahaja yang
memohon. Walaupun begitu perlu diminitkan untuk mengikut prosedur yang
ditetapkan.

Tindakan : Untuk Makluman

2. Perkara/isu yang dibincangkan

2.1 Membuka Peti Sebut Harga


2.1.1 Semua yang hadir menandatangani sampul pemohon tender.
2.1.2 Encik Mahadi Azmi dan AJK membuka sampul surat peti sebut harga
pemohon tender kantin dan mencatatkan masa jam 9.15 pagi beserta
tarikh.
2.1.3 AJK memastikan pemohon tender kantin melengkapkan maklumat diri
dan disertakan bersama SSM, penyata kewangan bank, salinan dan
kad pengenalan dan wang deposit.
2.1.4 Hanya seorang pemohon tender sahaja yang memohon iaitu Cik Nurul
Syuhada binti Mohamad Razali.

Tindakan : Untuk Makluman

3.0 Hal-hal lain


3.1 GPK HEM memaklumkan bahawa bilangan murid RMT berkurangan
berbanding dengan tahun ini.
3.2 Encik Md Saari meminta pihak pentadbir memantau kualiti makanan
yang disediakan oleh pihak kantin

4.0 Penutup
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua AJK ke
mesyuarat kali ini.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(RUZAIDA BINTI HARON)


Setiausaha Jawatankuasa Buka Peti Sebut Harga,
SK. Tanjung Putus.

You might also like