You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TASIK JAYA

70400 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

MINIT MESYUARAT UNIT KANTIN BIL 1/2024

TARIKH : 19 Mac 2024


HARI : SELASA
MASA : 1.30 PETANG
TEMPAT : Anjung Sri
Tasik

KEHADIRAN GURU:

1. Pn Azlin Hezri Binti Rusli Penyelaras


2. Pn Hazalina Bt Jamil Setiausaha
3. Pn Siti Fadhliah Binti Mokhtar AJK
4. Pn Zamiah Bt Mohd Shahar AJK
5. Ustaz Mohd Rahmat Bin Rawi PK HEM

Agenda:
1. Perutusan Pengerusi
2. Pengesahan dan Pembentangan Minit Mesyuarat
3. Perkara Berbangkit
4. Perbincangan
5. Hal-hal Lain
6. Ucapan Penangguhan

1
1. Perutusan Mesyuarat

1.1 Ucapan aluan Pengerusi


1.1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang dapat
menghadirkan diri ke mesyuarat Unit Kantin bagi kali yang pertama.

1.1.2 Pengerusi juga melahirkan rasa berpuas hati di atas kerjasama semua AJK dalam
mengerakkan aktiviti unit kantin serta tugas yang telah diamanahkan bagi
memastikan kantin disekolah dalam keadaan terkawal dan bersih.
1.1.3 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada ahli jawatankuasa kantin yang
baru iaitu Puan Zamiah dan Pn Hazalina selaku setiausaha yang baru.

2. Pengesahan dan Pembentangan Minit Mesyuarat

2.1 Pengesahan minit mesyuarat lalu:

Dicadang untuk pengesahan : Pn Siti Fadhliah Bt Mokhtar


Disokong untuk disahkan : Pn Azlin Hezri Bint Rusli

3. Perkara Berbangkit

3.1 Rujuk Borang Maklum Balas

Tindakan: Penyelaras Unit

3.2 Program Rutin Unit Kantin

3.2.1 Laporan Kendiri Kantin

i-. Laporan Kendiri Kantin adalah aktiviti rutin Unit Kantin bagi memastikan segala
aktiviti di kantin direkod dan disemak oleh pihak pentadbir untuk tindakan
selanjutnya.
.

Makluman

2
4 Perbincangan

4.1. Pengerusi meminta agar semua AJK yang berkelapangan agar memantau murid sepanjang waktu
rehat dikantin agar tiada berlaku sebarang masalah.

4.2 Pengerusi meminta agar AJK dapat memberi idea dan pendapat bagi menceriakan lagi kawasan
kantin sekolah.

4.3 Pengerusi berharap sekiranya ajk kantin menerima aduan daripada pihak guru atau murid mohon
mereka menulis aduan dalam borang yang telah disediakan oleh unit kantin.

4.4 Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat beberapa aduan secara lisan oleh murid mengenai
mutu makanan di kantin.Pengerusi telah pun menegur dan berbincang dengan pengusaha kantin
dan berharap perkara ini tidak berulang lagi.

4.5 Pengerusi juga memaklumkan akan berbincang dengan pk HEM untuk pembelian banner bagi
menceriakan kawasan kantin.

4.6 Penulisan laporan bertugas harian akan dibincangkan kemudian kerana ingin mendapatkan
keputusan daripada pihak pentadbir.

` Tindakan : AJK Unit Kantin

5 Hal-hal lain

5.1 Tiada

6 Ucapan Penangguhan

6.1 Pengerusi menutup mesyuarat Unit Kantin kali kedua dengan mengucapkan terima kasih
sekali lagi kepada Pn Siti Zaini dan beliau berharap agar semua AJK dapat bekerjasama
dan memastikan semua perancangan Unit kantin dapat dilaksanakan dengan baik .

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 Petang

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………………….. ……….………………….
( Pn Hazalina Bt Jamil ) ( Pn Azlin Hezri Binti Rusli )
Setiausaha Unit Kantin Penyelaras Unit Kantin
SK Taman Tasik Jaya SK Taman Tasik Jaya

You might also like