You are on page 1of 4

Kod Sekolah : CBD1012

SJK (T) TANAH RATA,


Telefon/Faks : 054914191
39000,TANAH RATA,PAHANG

Ruj.Kami :
Tarikh : 20.11.2020

Semua guru
Tuan/Puan,
SURAT PANGGILAN KE MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KANTIN
SEKOLAH ATAS TALIAN BIL 3 / TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sehubungan dengan itu, semua guru SJK(T) Tanah Rata dijemput hadir ke mesyuarat
Jawatankuasa pengurusan Kantin Sekolah atas talian seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 23.11.2020
Masa : 10.05pg
Tempat : Lokasi masing-masing
Mod mesyuarat: Google Meet

Kehadiran semua guru adalah diwajibkan.


3. Agenda:
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesanan minit mesyuarat yang lalu
3. Kebersihan dan keceriaan kantin
4. Tong sampah
5. Hal-hal lain
6. Penutup
4. Segala kerjasama yang tuan berikan terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih.
Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

……………………………………………
(EN.RICHARD A/L RAJAMANIKAM)
Guru Besar
SJKT Tanah Rata
SJKT TANAH RATA

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KANTIN ATAS TALIAN

KE 3/ 2020

Tarikh : 23/11/2020 (ISNIN)

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Lokasi masing-masing

Mod mesyuarat: Google Meet.

Kehadiran :

1. En.R.Richard ( G.Besar)
2. Pn.R.Nagasveri ( GPK Pentadbiran)
3. Pn.S.Thamil Selvi ( GPK HEM)
4. En.C.Yogesh (GPK KOKU)
5. Pn.P.Thilagiavathi
6. Pn.Y.Nagaleswari
7. Pn.S.Shelavathy ( Penyelaras Kantin)
8. Pn.S.Kokilavani
9. Pn.K.Thirchana
10. Pn.L.Vijayaletchumy
11. En.Poopathi

Agenda :
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesanan minit mesyuarat yang lalu
3. Kebersihan dan keceriaan kantin
4. Hal-hal lain
5. Penutup
Bil. Perkara

1. 1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan ribuan terima
kasih kerana semua guru dapat hadir ke mesyuarat atas talian ini.

1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih serta mengharapkan kerjasama daripada
semua guru dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan mengikut SOP yang
ditentukan.

Makluman : Semua Guru

2. 2.0 Pembentangan minit mesyuarat yang lalu

2.1 Minit ini telah dicadangkan untuk pengesahan oleh Pn Tamil Selvi dan disokong
oleh Pn,Thilagiavathy

3. 3.0 Keceriaan dan kebersihan kantin

3.1 Cadangan yang diberikan pada mesyuarat kedua berkenaan dengan keceriaan
dan kebersihan kantin telahpun diterima oleh pihak sekolah dan dapat
dilaksanakan oleh AJK kantin dengan baik mengikut SOP yang ditentukan.
Antaranya,

 Lapik meja makan kantin telah ditukarkan kepada yang baharu.


 Poster-poster COVID 19 telah digantungkan di kawasan kantin untuk warga
sekolah sentiasa berteliti dengan maklumat Koronavirus.
 Tanda-tanda penjarakan sosial telah dilekatkan.
 Dilarang menggunakan kantin sepanjang tempoh PKPP.
 Dua buah tong sampah yang bertutup telah diletakan di kantin untuk
memudahkan pembuangan sampah.
 Sanitasi telah disediakan dikawasan kantin.
 Memastikan keadaan sinki di kanatin dalam keadaan bersih dan baik
walaupun tidak menggunakannya.
4. 4.0 Hal-hal lain

4.1 Penggunaan kantin sekolah semasa PKPB oleh gurur-guru, staf sokongan dan
juga pengawal sekolah tidak dibenarkan sekali walaupun sekolah dalam musim
cuti.
4.2. Penyelaras kantin hendaklah memastikan bahawa kantin dalam keadaan yang
bersih.

4.3 Guru Besar telah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para guru yang
telah melaksanakan tanggunjawabnya dengan baik walaupun tamatnya sesi
persekolahan tahun 2020 secara tiba-tiba disebabkan penularan wabak Covid19

5. 5.0 Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.08pagi.

Disediakan oleh,

----------------------------------
(SHELAVATHY A/P SASIDHARAN)
PENYELARAS KANTIN
SJKT TANAH RATA

Disahkan oleh,

----------------------------------
(EN.RICHARD A/L RAJAMANIKAM)
GURU BESAR
SJKT TANAH RATA

You might also like