You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN MANGGOL BONGOR

MEGAT DEWA
06100 KODIANG, KEDAH

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN


(RMT) KALI KETIGA BAGI TAHUN 2019

TARIKH : 10.11.2019 (Ahad)


MASA : 1.15 PETANG
TEMPAT : BilikMesyuarat

KEHADIRAN : En Anuar bin Rashid ( Pen. Kanan Hal Ehwal Murid)


Pn Norazura bt Abd. Halim ( Setiausaha)
Pn Nor Ratna bt.Mohamad
Pn Faridah bt Majid
Pn NorAziah bt Razali
Pn Solihah bt.Rozali

AGENDA 1: Aluan pengerusi


1.1 En Anuar selaku pengerusi mengucapkan terima kasih dan melahirkan rasa bersyukur kepada
ilahi kerana dapat bersama-sama menghadiri Mesyuarat Rancangan Makanan Tambahan
(RMT) kali ketiga pada tahun ini.

Tindakan: Makluman

AGENDA 2 : Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lepas

Pencadang : Pn Nor Ratna bt.Mohamad


Sokongan : Pn Solihah bt.Rozali

AGENDA 3: Perkara Berbangkit


Agenda 4 : perkara 4.3 PSS akan diberi kepada murid 2 kotak setiap minggu
1. Pn Norazura selaku setiusaha mengucapkna ribuan terima kasih kepada semua guru yang
bertugas kerana memberi sepenuh komitmen dalam mengedarkan susu kepada murid yang
berkenaan
2. PSS diedarkan kepada 102 murid RMT .

AGENDA 4 : Pengurusan PSS


4.1 Murid RMT sahaja yang layak menerima PSS.Murid yang layak perlu mengisi surat kebenaran
ibu bapa
4.2 Murid yang diberi susu perlu diberi 2 kali seminggu mengikut ketetapan guru yang bertugas
4.3 Murid hendaklah menghabiskan susu tersebut pada waktu pemberian susu dan kotak susu perlu
dibuang dalam tong sampah yang disediakan
4.4 Guru-guru yang bertugas pada hari tertentu diminta memberi lebih perhatian agar memastikan
murid tidak melanggar peraturan.

Tindakan :Makluman

AGENDA 5: Hal-hal lain


5.1 Fail pengurusan susu hendaklah diserahkan atau diletakkan di atas meja setiausaha supaya
memudahkan guru bertugas minggu seterusnya melaksanakannya
5.2 Borang Maklumat - Borang KP/RMT/A akan didiedarkan kepada murid dan pemilihan murid tahun
1 bermula januari tahun hadapan

AGENDA 5: Penutup
5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana kerjasama yang
diberi sepanjang mesyuarat ini dijalankan. Beliau berharap semua perkara yang telah
dibincangkan di dalam mesyuarat ini perlu diambil tindakan. Selain itu, beliau memohon
maaf senandainya sepanjang beliau mengendalikan mesyuarat terdapat kesilapan yang
dilakukan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

------------------------------- ---------------------------
( Norazura Bt Abd. Halim)
Setiausaha RMT
SK Manggol Bongor.

You might also like