You are on page 1of 6

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan Bab ini membincangkan metadologi kajian yang digunakan dalam kajian ini.
Metadologi kajian merupakan cara atau kaedah yang digunakan oleh seseorang pengkaji untuk
menganalisis dapatan yang diperoleh. Menurut Amir Hassan Dawi (20002:123), kaedah
merupakan cara atau jalan yang menyelesaikan permasalahan penyelidikan. Kaedah yang
digunakan ini dapat membantu pengkaji dalam mengumpul maklumat dan data yang diperlukan
secara sistematik dan berfokuskan kepada keupayaan kemahiran membaca murid prasekolah
melalui teknik latih tubi secara didik hibur dengan menggunakan kad bacaan suku kata.

3.2 Reka bentuk kajian. Kerlinger (1973), menyatakan reka bentuk kajian sebagai garis panduan
kepada penyelidik di dalam proses pengumpulan dan penganalisaan data. Ia juga membolehkan
pengkaji membuat soalan yang mempunyai kesahihan, menepati objektif dan sesuai untuk
sesuatu kajian. Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian secara kuantitatif dan kaedah kutipan
pengumpulan data yang tertentu bagi mandapatkan maklumat berhubung dengan kajian yang
dikaji. Maklumat ini akan diguna pakai bagi menjelaskan akan hubung kait antara program yang
dijalankan dapat meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid prasekolah.

Data yang dikutip adalah melalui ujian yang dijalankan oleh responden yang dipilih. Data ini
dapat dijadikan panduan bagi menyediakan ujian yang menyusul kepada responden nanti.
Kerjasama serta kolaborasi guru prasekolah ini akan dapat membantu pengkaji dalam kajian ini.
Guru prasekolah mempunyai kemahiran serta kepakaran dalam bidang pemulihan di mana
saranan serta pengetahuan dapat digunakan untuk menolong responden-responden ini. Sebelum
proses dijalankan, ujian pra akan diberikan terlebih dahulu oleh pengkaji untuk melihat tahap
penguasaan responden atau murid-murid dalam kemahiran membaca yang dipelajari. Daripada
ujian pra ini kita akan dapat mengetahui pengetahuan sedia ada responden serta setakat mana
pencapaian mereka dalam membaca suku kata atau pun ayat pendek. Kemudian barulah pengkaji
akan menggunakan ujian pos ataupun ujian penapisan kepada murid atau responden untuk
menilai semula akan keberkesanan program latih tubi yang dijalankan selepas ujian pra tadi. 3.3
Populasi dan sample kajian. Responden kajian ini adalah dalam kalangan murid-murid
prasekolah di sebuah sekolah di Gombak, Selangor. Daripada 20 orang murid, seramai 15 orang
responden yang terlibat dan perlu dipulihkan. Responden terdiri daripada 8 orang pelajar lelaki
dan 7 orang pelajar perempuan. Kesemua responden berumur 6 tahun dan sedang belajar di
dalam kelas yang sama. Kesemua responden mempunyai tahap pencapaian yang berbeza dari
segi minat, bakat dan gaya belajar. Ini mengakibatkan golongan mereka lebih lambat atau
terkebelakang menguasai sesuatu kemahiran berbanding yang lain. Kesemua responden adalah
penduduk sekitar kawasan daerah Gombak, Selangor. Murid-murid ini adalah murid yang tidak
boleh 27
28. menguasai kemahiran KVKV dan hanya mengenal abjad dan tahu akan pengkelasan
konsonon dan vokal sahaja. 3.4 Perancangan tindakan. Hasil daripada tinjauan awal kajian yang
telah ditetapkan, beberapa langkah untuk memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti melalui
pemerhatian pada sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas telah dirangka. Bagi
membantu murid- murid saya yang mengalami masalah dalam membaca perkataan dua suku kata
terbuka KV + KV, saya merancang untuk menggunakan teknik didik hibur bagi membantu
mereka mengatasi masalah yang dihadapi. Saya akan menjalankan satu ujian pra sebelum saya
menggunakan kaedah didik hibur. Setelah itu, saya akan menjalankan beberapalangkah dalam
memperkenalkan kaedah ini. Antara langkah- langkah yang akan saya jalankanadalah seperti
berikut: Langkah 1: Saya akan mengajar murid membaca perkataan dua suku kata terbuka KV+
KV dengan teknik latih tubi menggunakan slaid perkataan ‘angry bird’ seperti rajah 1 melalui
aktiviti nyanyian dan tepukan . Rajah 1 28
29. Aktiviti yang akan saya jalankan adalah membaca perkataan dengan menggunakan melodi
“kalau rasa gembira”. Sebagai contohnya murid akan bertepuk tangan sambil mengeja b..o..
bo..l..a...la sebanyak 3 kali dan menepuk peha bagi menyebut perkataan
bola…bola…bola….mengikut irama yang diperdengarkan. Sambil mengeja mereka akan
bertepuk. Murid akan menyanyikan semua perkataan yang dipelajari pada hari tersebut. Tiong
Leh Ling & Zaidatun Tasir (2008) dalam kajiannya menyatakan kajian Tindakan memainkan
muzik dan lagu memotivasikan murid untuk menghadiri dan menumpu perhatian didalam bilik
darjah (Tan & Shi, 2005). Aktiviti seperti ini amat disukai oleh murid kerana yang begitu
cenderung terhadapmuzik dan kinestatik. Manakala penggunaan gambar ‘angry bird’ adalah
disebabkan murid-murid ini begitu gemar mengumpulkan gambar dan alat tulis yang bercorak
gambar tersebut. Langkah 2: Apabila murid-murid telah dapat membaca perkataan suku kata
terbuka dengan betul dan lancar, langkah seterusnya yang akan saya jalankan adalah
menjalankan aktivitirekreasi melalui permainan domino sebagai pengukuhan dengan iringan
muzik. Murid dikehendaki membaca perkataan dengan iringan muzik tempo laju. Pada tempo
perlahan murid perlu mencari kad perkataan domino berdasarkan gambar pada kad domino
sebelumnya. Saya akan mengadakan pertandingan di antara responden-responden ini. Murid
yang dapat menyusun kad domino dengan betul dan terpantas dikira pemenang. 29
30. Aktiviti ini dianggap rasional kerana murid dapat mengetahui sendiri jawapan yang disusun
sama ada betul atau salah berdasarkan kad yang disusun. Murid perlu membaca dengan betul
baharulah mereka akan dapat mencari gambar yang betul untuk disusun. Aktiviti ini akan
memberi kepuasan sekiranya murid dapat menyusun dengan betul dan pantas. Setelah
menjalankan beberapa langkah di atas, saya akan menjalankan satu ujian pos dengan
menggunakan soalan yang sama dengan soalan ujian pra dan lima soalan tambahan bagi melihat
sejauh mana keupayaan responden dapat membaca perkataan suku kata terbuka kv + kv.Selepas
itu, saya akan menjalankan satu sesi temubual terhadap responden yang terlibat tentang perasaan
mereka setelah menggunakan teknik didik hibur yang telah dijalankan. 3.5 Perancangan cara
mengumpul data Dalam kajian ini, saya akan mengumpul data awal berasaskan beberapa
sumber. Antaranya adalah seperti melalui temubual, pemerhatian, hasil ujian pra dan latihan
bacaan yang dijalankan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan. Selain
itu, sayaakan menjalankan ujian pra terhadap responden-responden tersebut. Data-data akan
direkodkan dalam borang rekod ujian bacaan dan borang pelaporan penguasaan individu yang
disediakan. Bagi melihat keberkesanan kaedah yang saya jalankan ini, saya akan menjalankan
satu ujian pos atau pasca untuk melihat perkembangan dan kemajuan responden dalam kajian
tindakan yang saya jalankan. Saya juga akan menjalankan pemerhatian ke atas responden setelah
saya memperkenalkan teknik didik hibur dalam kemahiran membaca perkataan dua suku kata
terbuka.Instrumen yang dipilih ini akan dijalankan selama lima minggu. 30
31. 3.5.1 Soal selidik temubual secara rawak. Dalam tinjauan awal satu soal selidik secara
temubual telah dijalankan secara rawak. Persoalan yang dikemukakan adalah ; “ Mengapakah
murid-murid tidak suka membaca ?” Jawapan murid ; Malas hendak mengeja, lambat mengeja ,
ayat terlalu panjang, tidak tahu membunyi suku kata dan pelbagai alasan lagi. Hakikatnya,
mereka lambat mengeja sehingga menyebabkan mereka tidak faham apa yang mereka baca
sebelumnya. Oleh yang demikian kelambatan ini menjadi punca mereka terlupa sukukata lain
sehingga mengganggu kemahiran membaca mereka. Justeru itu, penggunaan kaedah teknik didik
hibur seperti yang diterangkan di atas diharap dapat membantu murid prasekolah meningkatkan
kemahiran membaca. 3.5.2 Pemerhatian Semasa tinjauan awal dibuat, kelemahan murid-murid
telah dapat dilihat dengan jelas di mana murid-murid tersebut tidak dapat membaca dengan
lancar. Kelemahan yang lebih ketara dapat dilihat apabila ujian pra dijalankan. Didapati kesemua
responden yang dipilih tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Mereka tidak
dapat membaca dan mengeja walaupun perkataan yang diberikan adalah mudah. Oleh yang
demikian, satu kajian tindakan perlu dilakukan demi membantu murid-murid ini meningkatkan
kemahiran membaca mereka. 31
32. 3.5.3 Ujian Pra Untuk mendapat data bagi ujian pra, dua kaedah digunakan iaitu kaedah
secara lisan dan bertulis. Untuk kaedah lisan murid diminta membaca kuat satu petikan di
hadapan guru ( rujuk lampiran : Petikan Pendek Ujian Pra ). Guru membuat penilaian terhadap
bacaan murid . Untuk kaedah bertulis pula, satu petikan pendek yang tidak lengkap diberikan
kepada murid untuk dilengkapkan. Hasil ujian pra yang pertama kali diadakan telah
menunjukkan satu keputusan yang tidak memberangsangkan, apabila 10 orang murid ini tidak
boleh membaca, 5 orang membaca dengan pelbagai kesalahan sebutan, dan hanya 5 orang sahaja
yang dapat membaca daripada 20 orang pelajar berkenaan. Jadi 15 orang pelajar berkenaan
adalah responden yang perlu diberi rawatan. 3.5.4 Ujian Pos Dalam masa lima minggu rawatan
diberikan, guru membuat sekali lagi ujian bacaan lisan kepada murid. Didapati murid dapat
membaca dengan lebih baik. 10 dari 15 orang pelajar berkenaan telah dapat menguasai
kemahiran membaca dengan baik. Guru telah boleh menyerap mereka kembali menyertai kelas
biasa untuk menerima sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. 3.6 Reka bentuk kajian.
Satu kerangka teoris harus dipilih dan ditetapkan.Justeru itu saya memilih model Laid Law
(1992) sebagai reka bentuk kajian. Model ini mengandungi panduan dalam menjalankan kajian.
Kerangka konsep model ini mengandungi empat peringkat iaitu peringkat tinjauan, perancangan,
pelaksanaan dan refleksi. 32
33. Pada peringkat tinjauan, pengumpulan data dijalankan untuk mengenal pasti masalah yang
wujud. Saya telah menjalankan pemerhatian di dalam bilik darjah, menemubual responden dan
guru kelas serta menyemak dan meneliti hasil ujian pra yang telah dijalankan .Ujian pra tersebut
juga dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar masalah yang dihadapi responden. Pada
peringkat kedua ialah perancangan. Saya telah merancang pelan tindakan untuk mengatasi
masalah itu. Pada peringkat ketiga ialah pelaksanaan di mana saya akan mengatasi masalah pelan
tindakan yang telah dirancang. Ujian pos akan dijalankan terhadap responden. Ujian ini
bertujuan melihat perbezaan prestasi yang berlaku kepada responden. Pada peringkat keempat
iaitu peringkat refleksi, saya akan menilai keberkesanan tindakan yang dijalankan. Gelungan
kedua perlu dilaksanakan jika tindakan yang pertama tidak berhasil. Kerangka konsep ini
membantu saya menjalankan kajian. Berikut merupakan kerangka konsep yang digunakan. 33
34. 3.7 Kajian Rintis. Bagi mendapatkan keesahan dan keboleh percayaan dalam kajian ini kajian
rintis digunakan. Kajian ini mirip kepada kajian sebenar tetapi jumlah responden tidaklah
mengikut responden-responden yang sebenar. Menurut “Cohen”, “Manion” dan “Morrison”
(2000), menyemak kejelasan dari segi aspek-aspek, arahan dan susun atur soal selidik tersebut. Ia
juga bagi mendapat maklum balas tentang keesahan dan keboleh percayaan terhadap aspek-
aspek soal selidik. Bagi menjalankan kajian rintis ini saya telah memilih seramai 10 orang
responden dari kelas Tahun 1 dan instrumen kajian yang sama digunakan. 3.8 Prosedur
pengumpulan data. Prosedur pengumpulan data bermula dari ujian pra yang telah diberikan
kepada kepada 15 orang murid prasekolah yang dikenalpasti lemah dalam kemahiran membaca.
Setelah selesai menjalani ujian pra , kumpulan rawatan yang terdiri daripada 15 orang murid
telah didedahkan dengan pendekatan didik hibur. Sesi pengajaran dan pembelajaran ini telah
mengambil masa selama lima minggu . Ujian Pos telah dijalankan di akhir pembelajaran iaitu
pada minggu terakhir kajian . 3.9 Prosedur menganalisis data. Data yang dikumpul akan
dianalisis oleh pengkaji supaya memberi makna kepada keadaan yang sedang dikaji. Terdapat
beberapa cara yang boleh digunakan untuk menganalisis data. Antara cara yang mudah adalah
mengkelompokkan data daripada sumber mengikut skor ujian yang dilakukan. Dengan cara
membandingkan data-data daripada ujian pra dan ujian pos itu, perkaitan antara data dapat dilihat
34
35. dengan jelas. Dalam kajian ini data yang dikumpul diproses dalam bentuk peratusan. Setiap
pengiraan data akan dimuatkan dalam bentuk jadual yang memudahkan analisis. Pengkaji akan
membuat olahan dan analisis sendiri berdasarkan data dalam hasil kajian tersebut. Huraian lebih
lanjut tentang penganalisisan data akan dibincangkan dalam bab seterusnya. 3.10 Rumusan
Kesimpulannya, metodologi kajian dan prosedur kajian penting dalam menghasilkan data-data
yang diperlukan supaya hasilnya dapat dikumpulkan secara sistematik. Prosedur kajian yang
betul mampu membantu melancarkan proses kajian serta menyusun data dengan betul dan tepat.
Hasil yang diperoleh akan membantu pengkaji membuat rumusan tentang kajian yang
dijalankan. Dalam bab seterusnya akan dibincangkan dapatan kajian dan proses analisis data
yang telah dikumpulkan dalam kertas ujian yang diedarkan. Hasil daripada penganalisisan data
dalam bab seterusnya akan menghasilkan data-data yang berguna kepada kajian ini

You might also like