You are on page 1of 4

‫السالم عليكم ورحمةهللا وبركاته‬

Terima kasih kepada pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana,
penjaga masa serta sidang hadirin sekelian.

Ahlan wa sahlan ucapan diberi,


Tenangkan diri beri tumpuan,
Dengarlah kawan cerita ini,
Kisah mukjizat Nabi Soleh a.s. jadi tauladan.

Nabi Soleh ialah anak kepada Ubaid Bin Jabir Bin Tsamud.
Baginda merupakan keturunan keenam Nabi Nuh Alaihissalam. Baginda
diutuskan kepada kaum Tsamud yang mewarisi harta kaum ‘Aad yang kaya raya.
Firman Allah Taala dalam Surah Hud ayat 61:

َ ٰ ‫َو ِإلَ ٰى ثَ ُمودَ أَخَا ُه ۡم‬


‫ص ِل ٗحا‬
61. “Dan Kami telah mengutuskan kepada kaum Tsamud saudara mereka, Soleh.”

Ya kawan-kawan,

Berdakwah adalah satu jihad yang mulia.

Program dakwah yang banyak disiarkan dalam saluran tv Al-Hijrah dan Oasis
banyak manfaatnya kepada golongan muda.

Kawan-kawan,

Kaun Tsamud punya kelebihan,

Gunung dipahat menjadi bangunan. ( Pantun)

Akan tetapi mereka sering melakukan kemungkaran dan tidak mahu menerima
ajaran yang disampaikan oleh Nabi Soleh as.

Firma Allah taala dalam Surah Al-Hijr ayat 80

َ ‫ب ۡٱل ِح ۡج ِر ۡٱل ُم ۡر‬


٨٠ َ‫س ِلين‬ ُ ‫ب أَصۡ ٰ َح‬
َ َّ‫َولَقَ ۡد َكذ‬
Maksudnya:

‘Dan sesungguhnya penduduk-penduduk kota Al-Hijr telah mendustakan rasul-


rasul’

Ya kawan-kawan, kita tidak boleh bersikap sombong.

Sepertimana yang berlaku di Negara Amerika Syarikat iaitu banjir besar yang
dipanggil ‘Badai Florence’ mengakibatkan kerosakkan harta benda serta
kehilangan nyawa.

Kawan-kawan,

Kaum Tsamud telah dikurniakan kemajuan, kemewahan dan kesenangan sehingga


mereka melupakan Tuhan.

Nabi Soleh berdakwah menyeru kaumnya,

Beriman kepada Allah yang Maha Kuasa,

Tinggalkan berhala yang tidak bernyawa,

Sembahlah Allah Tuhan Yang Esa.

Firma Allah dalam Surah Al’A’raf ayat 73:

ُ‫ٱّللَ َما لَ ُكم ِم ۡن ِإ ٰلَ ٍه غ َۡي ُرهۥ‬ ۡ ‫قَا َل ٰيَقَ ۡو ِم‬


َّ ‫ٱعبُدُوا‬
maksudnya :

73. “Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah. Tiada Tuhan bagi kamu selain
daripada-Nya”.

Ya kawan-kawan,

Kita hendaklah bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah. Contohnya, Saudara
Mohd Sukur Bin Ibrahim yang merupakan Orang Kelainan Upaya telah berjaya
menjadi seorang usahawan dan menerima Anugerah OKU Cemerlang Kebangsaan .
Kaum Tsamud disuruh beriman,

Tetapi dicerca dan dihina,

Mukjizat diminta sebagai pedoman

Haiwan ajaib bernama Unta.

Unta betina mukjizat istimewa

Bergilir nikmati air dirasa

Bersama kaum Tsamud semua

Pada hari tertentu

Adillah dalam giliran

Ya kawan-kawan,

Anugerah ini menyebabkan ramai yang beriman. Namun terdapat juga golongan
pembesar tidak percaya dan menuduh ini adalah sihir. Nabi Soleh a.s. memberi
amaran kepada kaum Tsamud seperti dalam Firman Allah Taala dalam Surah As-
Syu’ara’ ayat 156.

١٥٦ ‫اب َي ۡو ٍم َع ِظ ٖيم‬ َ ‫س ٓو ٖء فَ َي ۡأ ُخذَ ُك ۡم‬


ُ َ ‫عذ‬ ُّ ‫َو ََل تَ َم‬
ُ ‫سوهَا ِب‬
156. “Dan janganlah kamu sentuh unta betina itu dengan sesuatu kejahatan, yang
menyebabkan kamu akan ditimpa oleh azab hari yang besar”.

Ya kawan-kawan,

Kebencian terhadap Nabi Soleh berubah menjadi kebencian kepada unta yang
diberkati itu. Maka, bermulalah rancangan jahat untuk melenyapkan mukjizat
yang agung ini.

Setiap dosa pasti ada balasannya.

Lihat sahaja apa yang telah menimpa penduduk palu di atas kedegilan mereka.
Unta dibunuh kejam sekali,

Pesanan nabi tidak dipeduli,

Nabi dicabar sekali lagi,

Turunkan azab yang telah dijanji.

Firman Allah dalam Surah As-Syu’ara’ ayat 157:

١٥٧ َ‫فَ َعقَ ُروهَا فَأَصۡ بَ ُحوا ٰنَد ِِمين‬


157.Kemudian mereka membunuhnya, lalu mereka menjadi menyesal

Ya kawan-kawan,

Haiwan juga makhluk Allah, Kita wajib menyayanginya.Hindarilah perilaku dua


orang lelaki yang tergamak membunuh seekor kucing dengan memasukkan ke
dalam mesin pengering pakaian.

Kaum Tsamud ditimpa bencana,

Gempa melanda musnah segala,

Orang beriman selamat semua,

Itulah balasan Allah Yang Esa.

Ingatlah kawan-kawan,

Allah Maha Adil. Setiap kemungkaran pasti ada balasan. Oleh itu, rakan-rakan
taatilah perintah Allah dan rasul serta pemimpin. Peribahasa Melayu ada
mengatakan, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Sekian.

You might also like