You are on page 1of 8

LAPORAN PENUH

PROGRAM AKTIVITI GOTONG-ROYONG MEMBERSIH KAWASAN


KAMPUNG GONG RUSILA

Pada :

3 OGOS 2019

Disediakan Oleh :

AHMAD HARIZUDDIN BIN MUHAMMAD


S/U Mpkk Kampung Rusila

1
1.0 PENDAHULUAN

Laporan ini adalah berkenaan Program Gotong-Royong membersih kawasan Kampung


Gong Rusila. Program Gotong Royong ini dijalankan di selekoh jalan Gong Rusila dan
kawasan sekitarnya dan ini akan menggalakkan lagi penduduk kampung supaya menjaga
kebersihan dikawasan sekeliling dan sekaligus dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara
penduduk kampung dan pemimpin setempat

2.0 MATLAMAT

Memberi kesedaran kepada masyarakat kg rusila khususnya berkenaan kepentingan


untuk mewujudkan suasana bersih dalam kawasan kampung, disamping untuk memupuk
semangat kerjasama yang lebih utuh antara penduduk dengan mpkk.

3.0 OBJEKTIF

i. Memastikan semua penduduk Kg. Rusila terlibat dengan aktiviti gotong- royong yang
diadakan.
ii. Mengadakan aktiviti sampingan yang mewujudkan semangat kekitaan dalam diri
setiap penduduk Kg Rusila.
iii. Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan kampung agar lebih
terjamin keselamatan dan kesejahteraan.

4.0 PELAKSANAAN PROGRAM

4.1 Tarikh dan Masa

Program gotong royong berjalan selama 1 hari iaitu pada 3 Ogos 2019 dan masa bermula pada
pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

2
4.2 Tempat

Tempat diadakan Program gotong royong ialah di Kampung Gong Rusila. Ini kerana kawasan
tersebut telah menghalang pandangan orang ramai. Berikut dengan itu pihak mppk bersetuju
untuk mengadakan gotong royong bagi membersih kawasan tersebut.

4.3 Ahli Jawatankuasa Program Gotong Royong

PENGARAH PROGRAM : Encik Mohd Taufik Bin Ibrahim


TIMBALAN PENGARAH : Encik Zamri Bin Awang
SETIAUSAHA : Encik Ahmad Harizuddin Bin Muhammad
AJK JAMUAN : EnciK Zulkefly Bin Abdullah
AJK LOGISTIK : Encik Mohd Hafiz Naim Bin Mohamad

4.4 Perbelanjaan Program

JUMLAH
BIL PERKARA KUANTITI
( RM )
1. Makan minum 30 Org x RM10.00 300.00
Sewaan Peralatan dan L/Sum
2. 150.00
Perkakasan Gotong Royong
3. Minyak Mesin L/Sum 50.00

JUMLAH RM 500.00

3
4.5 Tentatif Program

MASA AKTIVITI
08.00 pagi Berkumpul di Tapak Gotong Royong
08.15 pagi Taklimat Gotong Royong dan pembahagian lokasi
08.30 pagi Gotong Royong bermula
11:30 pagi Berkemas/membersihkan alatan/diri
11.45 pagi Rehat
12.00 pagi Jamuan
12.30 Tengahari Bersurai

4
5.0 PERJALANAN AKTIVITI GOTONG ROYONG

Program Gotong Royong Kampung Rusila diadakan pada hari Sabtu 03 Ogos 2019.Program ini
di anjurkan oleh MPKK RUSILA dan diketuai oleh Encik Mohd Taufik bin Ibrahim dan dibantu
oleh Setiausaha serta ahli jawatankuasa yang telah dilantik bagi menguruskan program ini
.Segala peralatan telah disewa oleh pihak MPKK RUSILA. Seramai 30 orang terdiri daripada
AJK MPKK RUSILA serta penduduk kampung hadir menyertai gotong royong ini.Mohd Taufik
Ibrahim selaku ketua program adalah orang yang bertangungjawab membahagikan kumpulan
dan tugas untuk memulakan kerja kerja gotong royong. Kawasan yang di beri perhatian utama
adalah jalan selekoh di Gong Rusila yang menghalang pandangan pengguna. Jam 12.00
Tengahari gotong royong tamat dan semua yang terlibat di beri makan tengahari . Sambutan
program gotong royong ini amatlah memberangsangkan dari segi kehadiran. Diharap ramai lagi
penyertaan dari penduduk kampung di masa yang akan datang. Pihak MPKK Kampung Rusila
merakamkan berbanyak - banyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung bagi menjayakan aktiviti gotong royong kampung rusila ini.

5
6.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, Program Gotong Royong Mesra Rakyat MPKK Kampung Rusila ini
berjalan dengan lancar dan mencapai objektif seperti yang disasarkan.

Bermula dengan aktiviti gotong-royong yang melibatkan seluruh penduduk kampung,


seterusnya jamuan makan meraikan semua yang hadir menjadikan program yang
dilaksanakan oleh MPKK Rusila ini memenuhi keperluan dua (2) fokus utama program iaitu
membersihkan kampung dan mesra rakyat.

Pihak MPKK Rusila merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mana- mana pihak
atau individu yang membantu sepanjang program dilaksanakan. Semoga kerjasama dan
perpaduan dalam diri penduduk Kg. Rusila menjadi titik semangat dalam memastikan
komuniti kita sentiasa bekembang secara positif dalam apa jua aspek, pada masa akan
datang.

6
7.0 LAMPIRAN

7
8

You might also like