You are on page 1of 5

Istilah etnik merupakan istilah yang berasal daripada perkataan Yunani pada zaman

dahulu iaitu ethnos yang bermaksud orang. Hal ini bermaksud satu kumpulan etnik yang telah
ditafsirkan secara social atas dasar ciri-ciri budayanya yang tertentu. Ethisiti ialah rasa kekitaan
sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti bahawa wujudnya satu kebudayaan atau sub-
budaya yang jelas di mana anggotanya dapat merasakan dimana mereka disatukan dengan satu
sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.

Etnik juga sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga,
pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi, hiburan dan
sebagainya. Di Malaysia pula, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Bajau dan pelbagai
lagi kaum dan suku kaum juga boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya iaitu pada
permulaannya bersikap etnosentrik iaitu menggangapkan ciri-ciri budayanya sebagai sesuatu
yang wajar, betul dan lebih utama lagi daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan
ganjil, berada ditahap rendah atau tidak bermoral yang merupakan sesuatu yang diremehkan
oleh kaum masyarakat tahap tinggi.

Pengunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun ia
membawa kepada makna yang sangat berbeza. Di Malaysia, kedua-dua istilah ras dan etnik
merupakan istilah yang sering kali digunakan dicampuradukkan dan digunakan secara
bertukar-tukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cina dan India
sepatutnya harus dikenali sebagai etnik yang juga telah dipanggil ras dalam kehidupan seharian
mereka.

Masyarakat pluralistik telah diasaskan secara semulajadi dan tanpa paksaan. I a telah
berlaku kerana tiada persempadan politik, wilayah atau negara. Masyarakat pluralistik juga
mewujudkan rentatan dalam rentetan system penjajahan oleh kuasa luar atau imperialisme.
Istilah pluralistik telah digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai bangsa di Tanah
Melayu selepas kehadiran penjajah yan membawa masuk pendatang dari China dan India untuk
kepentingan ekonomi kuasa luar yang menguasai Tanah Melayu. Perkembangan ekonomi
kapitalis yang mendorong kepada kewujudan masyarakat plural. Bangsa asing atau imigran,
China dan India dibawa untuk pengeksploitasian.
Tahap hubungan etnik dia terbahagi kepada lima tahap iaitu Segregasi, Akomodasi,
Akulturasi,Asimilasi,dan Amalgamasi. Tahap perkembangan etnik telah diboleh ukur sejak
zaman penjajahan lagi. Oleh itu, perkembangan tahap hubungan etnik di Malaysia telah
melalui satu proses yang sangat Panjang sehingga ke hari ini. Hal ini demikian kerana
perkembangan hubungan etnik di Malaysia bermula dari satu tahap yang sangat rendah
sehinggalah ke tahap yang sangat tinggi. Konsep-konsep hubungan bermula dari Segregasi
hingga Amalgamasi.

Terdapat dua tahap yang telah difokuskan iaitu Akomodasi dan Akulturasi. Akomodasi
ialah tahap kedua terendah yang merupakan proses etnik yang menyedari norma dan nilai
merka antara satu sama lain. Namun, mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-
masing. Namun begitu, mereka juga hidup secara harmoni dan aman damai serta
menghormati antara satu sama lain. Dalam konteks Negara Malaysia, masyarakat tempatan
seperti masyarakat Melayu, Cina, India, Sikh, Iban, Melanau dan lain-lain tetap dengan
pendirian mereka dimana mereka tetap mempertahankan dan mengamalkan budaya hidup
masing-masing. Konsep ini juga diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C, disini A, B
dan C merujuk kepada budaya masing-masing. Di peringkat pemerintahan pusat, setiap
kumpulan etnik mesti mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka
saling bergantung agar ada wakil untuk mewakili bidang dalam menentukan masa depan
kumpulan etnik mereka sendiri. Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana
terdapat setiap kumpulan etnik bebas yang mengamalkan budaya mereka dalam keadaan
harmoni. Jika dilihat selain dari Negara Malaysia, Negara Switzerland ialah negara yang
mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana terdapat etnik seperti etnik Jerman,
Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.
Jika dilihat dalam video yang bertajuk Upin dan Ipin Episod 2: Dugaan, terdapat
beberapa spekulasi antara Raju, Mei Mei, Upin dan Ipin dimana mereka terdiri daripada
kaum mereka masing seperti kompromi yang bermaksud salah satu daripada proses
akomodosi yang membuat kedua belah pihak mengurangi tuntutan agar masalah ataupun
konflik terselesaikan. Contoh, Mei Mei dan Raju bergaduh dimana mereka kalah dengan
Upin dan Ipin dalam satu permainan tetapi mereka terpaksa berpuas hati kerana ia hanyalah
permainan dan menganggap bahawa menang kalah adalah adat permainan.

Concilliation merupakan salah satu usaha untuk mempertemukan pihak-pihak yang


berkonflik dengan menggunakan perwakilan dari kedua pihak sehingga mereka dapat
mencapai persetujuan bersama dengan keputusan yang lebih tenang. Sebagai contoh,
pertikaian antara Mei Mei dan Raju dapat dileraikan dengan keputusan oleh Raju dimana dia
terpaksa reda dengan kekalahan kepada Upin Ipin untuk mengekalkan persahabatan antara
mereka semua.

Toleransi juga merupakan salah satu langkah bentuk akomodasi yang paling jelas dari
yang lain. Hal ini kerana toleransi adalah bentuk akomodasi yang berusaha menghindari
konflik secepat mungkin. Sebagai contoh, Mei Mei telah menegur Upin Ipin agar tidak pergi
minum air dimana Raju ingin belanja Upin Ipin. Hal ini demikian kerana Mei Mei
memberitahu Upin Ipin supaya takut kepadaNya walaupun orang lain tidak melihatnya.

Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan


individua tau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi telah terjadi
apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan yang tertentu dihadapkan dengan unusr
dari suatu kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.
Namun berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan
identity asal masyarakat penerima. Menurut dalam sejarah tamadun manusia, perkara ini
sering berlaku antara pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses
ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam. Pada permulaan proses, unsur
pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian telah diolah serta dijadikan unsur
kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan
tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya dalam kehidupan masyarakat masing-
masing. Tetapi, jika unsur budaya tidak dapat diubah atau menambahnya dengan baik, maka
dengan pastinya tindakan sebegini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu
masyarakat mahupun di masa kini dan di masa hadapan. Namun, tidak mudah untuk
membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah
dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti
pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak berbentuk kebendaan seperti ideologi dan
pemikiran yang sedemikian begitu adalah terlalu sukar diterima oleh masyarakat.

Sebagai contoh, akulturasi budaya yang sering kita temukan dalam kehidupan.
Misalnya saja adanya perpaduan antara music melayu yang kemudian bertemu dengan muzik
asing. Perpaduan kedua-dua muzik ini pada akhirnya menghasilkan muzik keroncong. Yang
mana music keroncong sebenarnya adalah sebahagian daripada kedua-dua muzik akan tetapi
tidak akan menghilangkan ciri khasnya. Sebagai contohnya, nada percakapan antara Mei Mei
dengan Upin Ipin dimana Mei Mei masih mengekalkan ciri-ciri kaum Cina walaupun bertutur
dalam Bahasa Melayu.

Akulturasi dalam kehidupan seharian juga menjelaskan dengan adanya proses belajar
mengajar di sekolah. Belajar mengenali di sekolah terutama di Malaysia adalah system
pembelajaran Malaysia yang menggunakan pakaian seragam di sekolah akan tetapi dari etnik
dari luar seperti dari Eropah yang mempengaruhi sehingga ke hari ini, system pendidikan kita
adalah sebahagian daripada akulturasi kerana memakai seragam uniform sekolah seperti di
luar negara. Sebagai contoh, Upin, Ipin, Mei Mei dan Raju juga memakai pakaian biasa
seperti dipakai oleh orang awam dan kanak-kanak lain kerana Malaysia bebas dan hidup
dalam sistem demokrasi dan sistem Raja Berperlembagaan. Hal ini juga demikian kerana
terdapat pemakaian itu juga unsur dari luar negara maka tidak hairanlah pemakaian seperti
meraka itu dianggap normal atau mengikut persekitaran setempat.
Kesimpulannya, perpaduan merupakan cabaran besar kerana kejayaan mewujudkan
perpaduan akan menjamin keharmonian sosial, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi.
Hal ini kerana Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang berjaya mewujudkan
perpaduan nasional kerana sikap kesederhaan, bertolak ansur dan bekerjasama terhadap
kepelbagaian. Hal ini juga mewujudkan semangat tidak berbelah bagi masyarakat pada hari
ini agar dapat mengekalkan hingga ke generasi yang akan datang.

You might also like