You are on page 1of 6

KERTAS KERJA MINGGU HARI KEUSAHAWANAN

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)


SK DAMANSARA JAYA 1

1. PENGENALAN

Program Minggu Keusahawanan merupakan acara PPKI SK Damansara Jaya 1 yang


diadakan buat julung kalinya. Penyertaan murid khas sama ada secara langsung atau tidak
langsung di dalam atau di luar sekolah merupakan inti pati di dalam dunia Pendidikan Khas
yang perlu didedahkan kepada murid. Sehubungan dengan itu, Program Hari Keusahawanan
ini telah dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ia merupakan titik tolak bagi melahirkan
murid khas yang berupaya berdikari, mampu merancang dan seterusnya dapat
mengaplikasikan kemahiran di dalam menguruskan kehidupan.

Salah satu aktiviti pembelajaran untuk murid-murid Pendidikan Khas adalah


berbentuk program pembelajaran di luar kelas. Ini kerana, murid-murid diberi pendedahan
dan melihat sendiri apa yang berlaku di sekitar mereka. Antara program luar yang dirancang
adalah aktiviti hari keusahawanan. Ia merupakan satu program untuk membantu
meningkatkan potensi diri murid-murid dari segi fizikal dan kognitif.

Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan silaturrahim dan menzahirkan
semangat kekitaan antara semua warga SK Damansara Jaya 1 terutamanya antara murid
berpendidikan khas dengan murid aliran perdana.
2. RASIONAL
Memberi pendekatan berkaitan kepimpinan, disiplin dan kemahiran pengurusan yang
perlu ada dalam diri para murid Pendidikan Khas. Ia bertujuan untuk meningkatkan
keyakinan diri dan ketajaman mental serta ketahanan fizikal setiap murid.

3. OBJEKTIF
i. Mendapatkan dana bagi pelbagai aktiviti murid PPKI
ii. Memberi pendedahan kepada murid mengenai kaedah perniagaan dan
mengaplikasikan pembelajaran di dalam kehidupan seharian.
iii. Melibatkan murid melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan

4. PERINCIAN PROGRAM
Tarikh : 27 & 28 Ogos 2019
Masa : 9.30 pagi-10.30 pagi
Tempat :Perkarangan PPKI SK Damansara Jaya 1
Penglibatan :Semua guru, PPM dan semua murid PPKI
5. AHLI JAWATANKUASA

Penasihat :En. Zubir Bin Yacoob


( Guru Besar SK Damansara Jaya 1)
Pengerusi : Pn. Siti Nor Mahani Binti Othman
( Pen. Kanan PPKI SK Damansara Jaya 1)
Setiausaha : Pn. Nurliyana Binti Md Saad
( Penyelaras Panitia Kemahiran Hidup SK Damansara Jaya 1)
Bendahari : Pn. Hayati Bt Hasan
AJK Persiapan Tempat : Gerai PASR : Pn. Nurul Sakinah Binti Sahid

: Pn Nurul Syuhada Binti Zakaria

Gerai Jualan : Pn. Noor Hasliza Binti Zainul Abidin

: Pn. Haryati Binti Hassan

: Pn Radiah Binti Zakaria

: Pn Hawadalila Binti Haneefa

Gerai Permainan : Pn Nur Aidilla Bt Hassan

: En. Mohd Juhari Bin Yusoff

Pameran : Pn Hawadalila Binti Haneefa

: Pn. Nurliyana Binti Md Saad

BANTUAN TAMBAHAN (susun meja)


- PPM
-
AJK brosure dan promosi : Pn Radiah Binti Zakaria
AJK dokumentasi & laporan : Pn. Nurliyana Binti Md Saad
6. PENGISIAN PROGRAM

BIL PERKARA NAMA GURU


1. PASR
- Jus Tembikai - Pn. Nurul Sakinah
- Sandwish - Pn. Nurul Syuhada
- Pn. Zalina
- Cik Umi

2. JUALAN
- Aiskrim Malaysia - Pn. Noor Hasliza
- Dadih - Pn. Hayati
- Penanda buku - Pn Radiah
- Gelang manik - Pn. Zalina
- Tudung saji hiasan - Cik Umi
- Lain-lain

3. PAMERAN
- Pengenalan Pendidikan Khas - Pn Hawadalila
- BBM - Pn. Nurliyana
- Hasil kerja murid - Pn. Zalina
- Cik Umi

4. PERMAINAN
- Teka bilangan gula-gula - Pn. Nur Aidilla
- Main boling - En. Juhari
- Main memanah - Pn. Zalina
- Puzzle gergasi - Cik Umi
7. TENTATIF PROGRAM

9.00pagi - 9.30 pagi -Persiapan tapak dan barang-barang jualan


9.30 pagi - 10.30pagi -Jualan bermula di perkarangan PPKI
10.30 pagi – 11.00 pagi -Mengemas tempat jualan

8. PENUTUP

Dengan terlaksananya Program Minggu Keusahawanan ini diharapkan dapat


mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan muhibah dalam kalangan warga PPKI SK
Damansara Jaya 1 dan murid PPKI, di samping dapat mewujudkan persefahaman dan
semangat kerja berpasukan sekali gus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja dan
mencapai objektif.

Disediakan oleh,

.....................................................
(NURLIYANA BINTI MD SAAD)
Ketua Panitia Kemahiran Hidup
Program Hari Keusahawanan PPKI 2019

Disemak oleh,

................................................ ……………….………………………
(SITI NOR MAHANI BINTI OTHMAN) (ZUBIR BIN YAACOB)
Pen. Kanan Pendidikan Khas Guru Besar
SK Damansara Jaya 1 SK Damansara Jaya 1
SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA JAYA (1)
JALAN SS 22/48
47400 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL/FAX : 03-77288770 KOD SEKOLAH : BBA 8215

KERTAS KERJA
HARI KEUSAHAWANAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK DAMANSARA JAYA 1
2018

TARIKH:
3,4 & 5 SEPTEMBER 2018
TEMPAT:
PERKARANGAN KELAS PPKI
ANJURAN:
PANITIA MATEMATIK, PANITIA KEMAHIRAN HIDUP, PANITIA PENDIDIKAN
JASMANI DAN KELAB KRAFTANGAN

You might also like