You are on page 1of 8

ANUGERAH UJIAN LENCANA KELAB DOKTOR MUDA

A. PENGENALAN

Anugerah Lencana Kelab Doktor Muda dibuka kepada SEMUA Ahli Kelab
Doktor Muda yang layak sebagaimana yang ditetapkan. Semua ahli perlu
melepasi markah lulus 80% bagi penilaian aktiviti kokurikulum Kelab Doktor
Muda sebelum layak menduduki Ujian Bertulis untuk menentukan tahap
lencana yang bakal mereka perolehi.

Penilaian Aktiviti Kokurikulum Kelab Doktor Muda

1.0 Aspek-aspek yang dinilai :

1.1 Penilaian aktiviti kokurikulum Kelab Doktor Muda bagi Ahli KDM
dalam setiap jenis aktiviti yang disertai adalah berdasarkan kepada 4
aspek yang berikut :
a. Kehadiran
b. Pencapaian
c. Penglibatan
d. Pengiktirafan/Jawatan
e. Bonus berdasarkan anugerah lencana

1.2 Bagi keempat-empat aspek ini peratus markah yang diperuntukkan


adalah seperti jadual :

Jadual 1

ASPEK PENILAIAN % MARKAH


Kehadiran 50
Penglibatan 20
Pencapaian 20
Pengiktirafan/Jawatan 10
JUMLAH 100

2.0 Kehadiran

Markah Aspek Kehadiran ialah markah yang tertinggi (50%). Ini


bertujuan untuk menggalakkan Ahli KDM hadir pada setiap aktiviti yang
dijalankan. Jumlah kehadiran yang maksimum berasaskan kepada jumlah
minggu persekolahan dalam setahun; dengan mengambil kira setiap jenis
aktiviti kokurikulum dijalankan sekali seminggu dan dengan peruntukan
masa 2 jam (mengikut kelab). Pengecualian kehadiran hanya
dipertimbangkan jika murid sakit, menyertai kegiatan lain dengan
kelulusan dan sebab-sebab lain yang munasabah. Ketidakhadiran ini
perlulah dalam pengetahuan pihak sekolah.
Kehadiran minimum bagi kelab adalah 12 kali perjumpaan setahun.
Perkiraan markah kehadiran adalah seperti berikut :

Markah kehadiran :
Jika jumlah kehadiran pelajar = a
Jumlah perjumpaan setahun = b
Ketidakhadiran diluluskan = c
(cuti sakit, wakil sekolah dll)

Markah kehadiran = a x 50
b-c

3.0 Penglibatan

Markah Aspek Penglibatan Dalam Aktiviti Pendidikan Rakan Sebaya


ialah 20%. Markah ini diberikan kepada semua ahli berdasarkan
sumbangan dan komitmen mereka di dalam semua aktiviti yang
dijalankan.

Jadual 2

Skema Penilaian Aktiviti Pembimbing Rakan Sebaya

BIL. KRITERIA MARKAH CATATAN


1. Ceramah / Pengucapan Awam 5 markah
 Bilik Darjah
 Perhimpunan Pagi
 Luar Sekolah

Sekurang-kurangnya 5 kali
aktiviti gabungan item di atas
atau mana-mana aktiviti di
atas.

Setiap sesi aktiviti akan


diberikan 1 markah

2. Pemeriksaan Kebersihan Diri 5 kali bagi setiap item


dilaksanakan

 Rambut 0.2 markah/5 sesi


 Pakaian 0.2 markah/5 sesi
 Gigi/Mulut 0.2 markah/5 sesi
 Kuku/tangan 0.2 markah/5 sesi
 Telinga 0.2 markah/5 sesi

5 markah

3. Pemeriksaan Ketajaman 2 sesi


Penglibatan
1 sesi x 1 markah
BIL. KRITERIA MARKAH CATATAN

2 markah

4. Pengukuran BMI
 Tinggi 0.5 markah/2 sesi
 Berat 0.5 markah/2 sesi
 Pengukuran BMI 0.5 markah/2 sesi

3 markah
5. Pemeriksaan Kebersihan
Persekitaran
 Kantin 1 markah
 Tandas 1 markah
 Bilik Darjah 1 markah
 Padang Sekolah 1 markah
 Longkang 1 markah

Aktiviti dilaksanakan sekurang-


kurangnya 1 x sebulan bagi
setiap tempat oleh setiap murid
5 markah
6. Gotong Royong 2 sesi aktiviti Gotong
Royong

1 sesi x 0.5 markah

1 markah
7. Melaporkan Masalah 1 x laporan
Kesihatan Kepada Guru
1 markah
8. Memberi Rawatan Ringan 1 x rawatan

2 markah
9. Demonstrasi 2 sesi setiap aktiviti
 Basuh Tangan
 Berus Gigi 1 sesi x 1 markah
 Memusnahkan tempat
pembiakan Aedes
 CPR
 Tercekik
 Rawatan Ringan 12 markah
10. Penyediaan Bahan Pendidikan 1 x setahun
Kesihatan
 Model
 Rajah 2 markah
 Buku Skrap
 Bahan Pameran
 Lain-lain Bahan
BIL. KRITERIA MARKAH CATATAN
11. Aktiviti Luar (Markah Bonus) 1 x setahun
 Lawatan
 Aktiviti Komuniti 2 markah
 Perkhemahan

JUMLAH MARKAH 40 markah

Perkiraan Markah:

a. Markah di perolehi
b. Markah penuh (40%)

a
-------- x 20%
b

4.0 Pencapaian

Markah Aspek Pencapaian ialah 20%. Markah ini merupakan


pencapaian Ahli KDM dalam pertandingan di peringkat Sekolah/Zon/
Daerah/Bahagian/Negeri/Kebangsaan dan Antarabangsa. Pencapaian
dinilai berdasarkan kepada kedudukan Johan, Naib Johan, Ketiga dan
penyertaan. Markah pencapaian yang ditetapkan adalah seperti berikut :

Jadual 3

MARKAH
PERINGKAT
NAIB
PERTANDINGAN JOHAN KETIGA PENYERTAAN
JOHAN
Sekolah 8 7 6 3
Zon/Daerah/Bahagian/ 11 10 9 6
Kawasan
Negeri 14 13 12 9
Kebangsaan 17 16 15 12
Antarabangsa 20 19 18 15

5.0 Pengiktirafan/Jawatan

Markah Aspek Pengiktirafan/Jawatan Disandang ialah 10% dan


diberikan kepada individu yang memegang jawatan tertinggi dalam Kelab
Doktor Muda. Bagi ahli biasa dan jawatan lain juga diperuntukkan markah
mengikut jenis jawatan yang disandang. Tempoh memegang jawatan yang
layak diberi markah mestilah sekurang-kurangnya selama 9 bulan. Agihan
markah bagi jawatan yang disandang adalah seperti berikut :
Jadual 4

Jawatan Dalam Kelab Doktor Muda

JAWATAN MARKAH
Pengerusi 10
Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi 9
Setiausaha / Bendahari 8
Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari 7
Ahli Jawatankuasa Kecil / Khas 6
Ahli Biasa 3

B. KELAYAKAN MENDUDUKI UJIAN LENCANA DOKTOR MUDA (ULDM)

1.0 Ahli KDM yang ingin menduduki Ujian Lencana Doktor Muda perlu
memperolehi markah melebihi/minima 80% dalam penilaian aktiviti
Kokurikulum Kelab Doktor Muda tahun sebelumnya.

Contoh pengiraan markah :

1. Kehadiran = 50
2. Pencapaian = 15
3. Penglibatan = 10
4. Pengiktirafan/Jawatan = 5

Jumlah = 80% (layak mengambil ULDM)

Contoh :
Layak
Markah Aktiviti
Keterangan Tahun Darjah Menduduki
Kokurikulum
ULDM
Murid A 2014 4 80 Layak
2015 5
Murid B 2014 5 80 Layak
2015 6
Murid C 2014 6 80 Layak / Tak
2015 Sempat Dah

2.0 Format Soalan ULDM

Terdiri daripada 60 soalan objektif aneka pilihan. Masa menjawab soalan


adalah selama 1 jam 15 minit.
C. PENGANUGERAHAN LENCANA DOKTOR MUDA

Penganugerahan Lencana Doktor Muda bertujuan untuk menggalakkan setiap


ahli mencapai tahap kecemerlangan kendiri dalam aspek pengetahuan,
kemahiran dan penghayatan nilai.

Selain itu, anugerah ini merupakan anugerah tertinggi yang diperkenalkan


dalam pelaksanaan Kelab Doktor Muda di Sekolah.

Kategori lencana yang dianugerahkan adalah berdasarkan markah yang


diperolehi dalam satu Ujian Lencana Doktor Muda seperti berikut :

LENCANA MARKAH
Gangsa 55% - 64%
Perak 65% - 79%
Emas 80% - 100%

1.0 Syarat-syarat Menduduki ULDM

 Terbuka kepada semua ahli Kelab Doktor Muda yang mendapat


markah melebihi 80% dalam penilaian aktiviti kokurikulum Kelab
Doktor Muda.
 Ahli Kelab digalakkan menduduki ULDM.
 Ahli yang tidak berjaya mendapat Lencana Emas dibenarkan
mengambil ujian yang dijadualkan pada tahun berikutnya.
 ULDM akan dilaksanakan sekali dalam setahun pada setiap Julai.
FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ)

1. Siapa yang layak menduduki?


Semua ahli KDM tahun 5 dan 6 layak menduduki Ujian Lencana Doktor Muda.

2. Apakah syarat minimum menduduki ULDM?


Memperolehi markah minimum 80% bagi aktiviti Kokurikulum Kelab Doktor
Muda pada tahun sebelumnya.

3. Adakah saya boleh mengambil ujian lebih daripada sekali?


Ya, sekiranya anda memenuhi syarat markah aktiviti kokurikulum yang
ditetapkan.

4. Adakah saya perlu mendaftar untuk menduduki ujian?


Ya, semua guru penasihat perlu mendaftar calon yang layak menerusi Sistem
Data Ujian Lencana Doktor Muda bermula Mac hingga Mei setiap tahun.

5. Dimana saya perlu menduduki ujian?


Semua calon akan menduduki ujian di sekolah masing-masing.

6. Adakah ujian akan diadakan secara serentak?


Ya.

7. Apakah bentuk Anugerah yagn akan diberikan kepada ahli yang lulus?
Ahli yang lulus akan dianugerahkan lencana dan sijil.

8. Apakah yang dimaksudkan dengan penilaian kokurikulum Kelab Doktor Muda?


Merupakan markah yang diperolehi oleh ahli KDM setiap tahun berdasarkan
kriteria standard Dasar Kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia yang
diterimapakai di semua sekolah.

9. Apakah yang dimaksudkan dengan Ujian Lencana Doktor Muda?


Ujian ini adalah pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh panel Ujian Lencana
Doktor Muda kepada ahli Kelab Doktor Muda yang menduduki ujian dan
mencapai tahap yang ditetapkan.

10. Apa bentuk soalan dalam Ujian Lencana Doktor Muda?


Objektif dan aneka pilihan, meliputi Skop 1 hingga Skop 12 yang terkandung
dalam Modul Latihan Kelab Doktor Muda.

11. Adakah semua calon boleh menduduki semula Ujian Lencana Doktor Muda?
Ya.

12. Jika saya gagal mendapat sebarang lencana, apa yang boleh saya buat?
Anda boleh menduduki semula Ujian berkenaan pada tahun seterusnya. Walau
bagaimanapun bagi ahli yang berada di Tahun Enam tiada Ujian boleh diduduki
pada tahun berikutnya.
13. Mengapa Ujian hanya boleh diduduki oleh Ahli KDM dari tahun 5 dan 6?
Kelayakan berdasarkan markah aktiviti kokurikulum tahun sebelumnya. Selain
itu ujian merangkumi skop pembelajaran dalam modul yang tidak mungkin
dapat diselesaikan dalam Tahun 4.

14. Bilakah keputusan diumumkan dan penganugerahan dibuat?


Keputusan akan diumumkan pada bulan Oktober dan penganugerahan dibuat
sepenuhnya oleh pihak sekolah.

15. Adakah saya layak menduduki Ujian jika saya berpindah ke sekolah lain?
Ya, jika sekolah berkenaan mempunyai Kelab Doktor Muda. Guru Penasihat
perlu memaklumkan perkara berkenaan kepada Penyelaras Daerah/Negeri.

16. Adakah saya boleh membuat rayuan semakan semula keputusan ujian?
Ya, rayuan semakan semula keputusan boleh dibuat pada tahun semasa
sahaja menerusi Penyelaras Daerah/Negeri.

17. Adakah lencana Doktor Muda boleh digunakan apabila saya menjadi ahli Kelab
Doktor Muda Sekolah Menengah?
Ya.

18. Sekiranya saya gagal mendapat sebarang lencana setelah beberapa kali dalam
menduduki ULDM, adakah ia akan memberi kesan kepada keahlian saya dalam
Kelab Doktor Muda?
Tidak.

19. Adakah peratusan ahli yang berjaya menerima lencana Doktor Muda menjadi
salah satu kriteria penilaian prestasi Kelab Doktor Muda sekolah?
Ya.

20. Adakah lencana Doktor Muda memberi kelebihan markah apabila saya
menyertai aktiviti/program Doktor Muda di peringkat negeri atau kebangsaan?
Tidak.

21. Apakah peranan guru penasihat dalam menjayakan penganugerahan Lencana


Doktor Muda?
Guru Penasihat bertanggungjawab dalam merekodkan markah bagi penilaian
aktiviti kokurikulum Kelab Doktor Muda bagi setiap ahli dan dihantar kepada
penyelaras daerah. Guru Penasihat turut bertanggungjawab dalam
menggendalikan Ujian Bertulis yang diadakan pada Julai setiap tahun.

22. Bolehkah saya menjadi tokoh Doktor Muda walaupun saya gagal mendapat
sebarang lencana?
Ya.

23. Adakah terdapat sebarang kos (RM) yang perlu ditanggung oleh pihak sekolah?
Tidak.

24. Adakah sebarang kuota/had ditetapkan bagi pencalonan untuk menduduki


Ujian Lencana Doktor Muda?
Tidak.

You might also like