You are on page 1of 3

SEKTOR PERTANIAN

Pengenalan

Pertanian mempunyai hubungan yang rapat dengan alam sekitar dan merupakan salah satu sektor
yang amat penting bagi menjana ekonomi Negara dan menyediakan bekalan makan untuk manusia.
Namun begitu aktiviti pertanian yang keterlaluan akan menyebabkan gangguan kepada ekosistem
yang setabil. Oleh itu, beberapa hujah bagi bersetuju bahawa sektor pertanian mampu mengancam
kesihatan ekosistem di Malaysia.

Sektor pertanian mengancam kesihatan ekosistem di Malaysia (Punca & Kesan)

Pertanian di Malaysia dikatakan banyak membawa kesan negatif kepada ekosistem persekitaran. Ini
bolehlah di lihat daripada pengunaan racun serangga yang berlebihan bagi mengatasi masalah
serangan serangga perosak. Serangan serangga perosak boleh menyebabkan hasil pertanian
berkurang dan menyebabkan kerugian kepada pengusaha kebun berkenaan. Bagi mengetasi
masalah serangan serangga perosak ini, wujudlah racun serangga kimia yang lebih berkesan
menghapuskan serangga perosak. Kejayaan pengunaan racun kimia telah memberi sumbangan
besar melalui hasil pertanian meningkat. Namun begitu, pengunaan racun kimia ini bukan sahaja
membunuh serangga perosak malahan hidupan liar yang lain turut musnah. Disamping itu, sistem
rantai makanan yang sedia ada akan megalami kesan daripada kematian hidupan liar tesebut akibat
di racun dan apabila salah satu rantai makanan terjejas maka, setiap sistem rantai makanan akan
mengalami perubahan. Dalam pengunaan racun rumpai pula selalunya memusnahkan rumpai yang
memberi makanan dan tempat berlindung bagi serangga-serangga yang berfaedah kepada petani
dan ekosistem semula jadi. Selain itu, pengunaan racun serangga berulang-ulang kali menyebabkan
akhirnya serangga tersebut tahan dari pada racun tersebut dan akirnya juga wujud satu lagi serangga
baru yang lebih tahan menerima racun serangga akibat perubahan genetiknya. pengunaan racun
serangga akan menyebabkan pengurangan kepelbagaian biologi, dan menyebabkan ekosistem
menjadi tidak setabil.

Disamping itu, penghasilan tumbuh-tumbuhan baru melalui pembiak-bakaan semula tumbuhan yang
mempunyai ciri-ciri yang terbaik meningkatkan pengeluaran hasil pertanaian. Walau bagaimanapun,
oleh kerana soal kualiti biologi di ketepikan dan menutamakan rupa dan hasil. Maka, tumbuhan utama
tadi akan di ketepikan dan tidak lagi diusahakan. Kesannya, tanaman baru akan mengantikan tempat
bagi tumbuhan asal yang lebih baik dari segi tahan serangan serangga perosak, buah cepat matang,
hasil yang banyak dan sebagainya dengan di sertakan kepupusan tumbuhan asal. Jelas disini
perkembangan dan pembangunan sektor pertanian akan menyebabkan perubahan kepada
ekosistem yang sedia ada.

Pembukaan kawasan hutan bagi tujuan pertanian menyebabkan banyak hutan yang dimusnahkan.
Kemusnahan hutan bukan sahaja menyebabkan banyak tumbuh-tumbuhan yang berfaedah musnah
malahan banyak hidupan liar yang mati akibat kemusnahan di tempat habitat mereka, kerana
perubahan yang berlaku di tempat tersebut. Selain itu, pembukaan hutan dengan cara pembakaran
hutan secara terbuka juga punca. Contohnya pembakaran hutan di Indonesia bagi tujuan pembukaan
kawasan hutan untuk pertanian, dimana sampai di satu tahap api yang membakar hutan sudah tidak
mampu untuk di padam dan merebak ke dalam hutan yang menyebabkan berhektar-hektar hutan
musnah akibat terbakar malahan, ia juga menumbang kepada wujudnya jerebu yang boleh
menjejaskan manusia. Keadaan ini menyebabkan keadaan ekosistem tersebut megelami kesan dari
pada kegiatan pertanian.

Selain itu, pembukaan kawasan hutan juga menyebabkan air sungai berdekatan akan tercemar dan
semakin cetik akibat daripada hakisan yang dibawa oleh air hujan iaitu air larian permukaan(ranoff).
kegiatan pertanian ini boleh mendedahkan permukaan tanih kepada kejadian hakisan permukaan
yang boleh dikatakan serius oleh kerana di Malaysia kadar penerimaan hujan adalah tinggi. Ia bukan
sahaja boleh menipiskan lapisan tanih dan mengurangkan kesuburan, malah boleh menyumbang
kepada peningkatan sedimentasi di sistem saliran sungai iaitu, wujudnya mandapan daripada
hakisan. Kadangkala apabila hujan yang lebat sungai tersebut tidak mampu menampung air yang
banyak makan melimpah menjadi air banjir. Selain itu, pokok-pokok besar yang mempunyai sistem
akar yang berfungsi mencekam permukaan tanah tapai apabila pokok tersebut ditebang maka sudah
tidak ada akar yang mencengkam tanah tersebut yang boleh mendatangkan tanah runtuh.

Pertanian boleh menyebabkan ganggun terhadap ekosistem, keadaan ini boleh di lihat melalui
pertukaran kawasan hutan kepada kawasan pertanian. Kegiatan ini boleh menyebabkan
kemusnahan hutan dan memberikan impak kepada ekosistem. Pertukaran hutan kepada hujan
kepada kawasan pertanian juga mengakibatkan gangguan terhadap flora dan fauna, ini kerana
habitat yang tinggal di hutan terpaksa menyesuaikan diri terhadap persekitaran baru. Masalah juga
timbul di kawasan pertanian kerana haiwan yang dulunya tinggal di hutan mengalami kejutan
persekitaran. Beberapa spesies dapat menyesuaikan diri kepada persekitaran pertanian dn beberapa
spesies yang dapat hidup di kawasan pertanian pula kebanyakannya dianggap makhluk perosak dan
keadaan menjadi lebih buruk lagi dimana spesies ini hidup tanpa musuh dan membiak dengan
banyaknya.

Penebangan hutan untuk penyediaan kawasan pertanian juga menyebabkan gangguan terhadap
ekosistem serta persekitaran hutan tersebut. Ini kerana penebangan hutan dengan menggunakan
jentolak dan mesin rantai menyebabkan spesies-spesies hutan hujan yang berakar rendah musnah.
Kesan yang amat jelas melalui aktiviti ini ialah kehilangan kawasan tadahan air. Hutan-hutan di
tebang bagi penyediaan kawasan tanaman yang memerlukan tapak yang besar seperti tanaman
kelapa sawit sehingga mencecah hingga 1000 hekter ke atas amat jelas kegiatan ini mengancam
kesihatan ekosistem serta persekitaran. Pembukaan hutan tersebut boleh menyebabkan kawasan
tadahan air amat sedikit ini kerana akar pokok kelapa sawit tidak sama fungsinya dengan tumbahan
hutan terhadap penyerapan air oleh itu kawasan – kawasan tanaman kelapa sawit mempunyai
kawasan tadahan air yang amat sedikit. Penebangan hutan juga menyebabkan air larian permukaan
akan terus mengalir ke sungai tanpa sebarang penyerapan. Keadaan ini mengakibatkan hakisan
tanah kerana apabila hujan turun titisan tersebut akan terus jatuh ke permukaan dan memberikan
kesan kapada hakisan permukaan.
Kawasan pertanian secara tidak langsungnya menyebabkan kerosakan kepada ekosistem akibat
daripada perkembangan kawasan pertanian tersebut. Keadaan ini dapat dilihat melalui penanaman
kelapa sawit dan getah. Dua jenis tanaman ini menyebabkan perkembangan melalui sektor industri.
Jika dilihat tanaman ini menyumbangkan keuntungan kepada sektor ekonomi dan menyebabkan
pembinaan kilang-kilang pemprosesan bahan mentah untuk mendapatkan hasil. Kawasan-kawasan
kilang ini di bina berhampiran dengan kawasan tanaman tersebut bagi mengurangkan kos
perjalanannya. Walaupun tanaman tersebut menyumbang kepada sektor ekonomi dan penyelidikan
namun haruslah dilihat beberapa kesan yang timbul akibat daripada pembinaan kilang tersebut.
Kesan yang dapat dilihat daripada pembinaan kilang tersebut terhadap ekosistem ialah pencemaran
air. Pencemaran air oleh kilang-kilang yang memproses bahan mentah tersebut ini kerana kilang
tersebut memerlukan berjuta-juta gelen air untuk memproses dan bagi kegunaan lain setiap hari. Ini
bermakna bilangan ifluen bertambah banyak setiap hari. Keadaan bertambah buruk lagi apabila
eflluen tersebut dilepaskan ke sungai-sungai yang berdekatan dengan kilang – kilang tersebut. Efluen
yang dilepaskan mengandungi pepejal organik dan bukan organik mempunyai potensi menyerap
oksigen yang tinggi seperti ; nilai permintaan biokimia (BOD), nilai permintaan oksigen kimia (COD),
kandungan nitrogen. Sisa – sisa tersebut akan di alirkan kedalam sungai secara langsung tau tidak
langsung. Aktiviti tersebut menyebabkan habitat dalam sungai akan musnah dan mengancam
ekosisitem sungai.

Selain itu, akibat perkembangan pertanian menyebabkan penggunaan secara meluas iaitu racun
herba dan racun serangga sebagai langkah kawalan untuk menjaga hasil tanaman pertanian. racun-
racun yang digunakan bagi menjaga tanaman mengandungi tosik akibat campuran bahan-bahan
kimia. Racun-racun tersebut yang digunakan menyebabkan serangga-serangga mati dan jika ia
digunakan dalam tempoh masa yang panjang ia akan menyebabkan kitaran ekologi akan terjejas ini
kerana racun yang digunakan juga adalah bertujuan untuk mematikan rumput-rumput rumpai.
Walaupun racun perosak ini penting kepada petani namun kandungannya memberikan kesan kepada
manusia dan persekitaran. Semburan akan disembur keatas tanah ataupun di permukaan daun oleh
petani dan ini menunjukan bahawa kesannya amat ketara, contoh yang boleh di berikan ialah
sekiranya serangga tersebut mati bermakna ia telah menggangu rantai makanan, serangga yang
disembur menggunakan racun perosak akan mati dan haiwan pemangsa yang lain akan kehilangan
punca makanan dan jelaslah ia penggunaan racun perosak pada tanaman pertanian memberikan
kesan terhadap ekosistem persekitaran.

Kesimpulan

Daripada hujah di atas jelaslah bahawa aktiviti pertanian yang dijalankan di Malaysia mengancam
ekosistem persekitaran . oleh itu, sektor pertanian perlulah dirancang bagi mengurangkan kesan
daripada sektor pertanian yang mampu menyebabkan gangguan ekosistem.

You might also like