Professional Documents
Culture Documents
Programkesihatansekolah 131118085123 Phpapp02 PDF
Programkesihatansekolah 131118085123 Phpapp02 PDF
0 Pengenalan
3.0 Matlamat.
Membentuk sikap dan perlakuan yangg positif terhadap kesihatan. Melahirkan
warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah
pencapaian wawasan negara.
4.0 Objektif.
Objektif Program Bersepadu Sekolah Sihat agar dapat:-
4.1 Menetapkan polisi atau dasar kesihatan sekolah.
4.2 Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria,
selamat dan sihat.
4.3 Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan
cara hidup sihat.
4.4 Meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan
kesihatan supaya setiap warga sekolah yang bertanggungjawab
terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.
4.5 Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program
kesihatan sekolah.
4.6 Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi:-
4.6.1 Menilai taraf kesihatan murid
4.6.2 Memberi khidmat rawatan dan rujukan.
4.6.3 Menggalakkan bimbingan dan kaunseling berdasarkan keperluan
dan masalah kesihatan murid.
4.6.4 Memberi penjagaan/rawatan kecemasan terhadap penyakit-
penyakit di sekolah.
4.6.5 Mencegah dan mengawal kejadian penyakit.
4.6.6 Mengenalpasti, merujuk dan membantu penempatan kanak-kanak
kurang upaya.
Bagi mencapai matlamat dan objektif Program Bersepadu Sekolah Sihat, pihak
sekolah menjalankan beberapa program kesihatan di sekolah. Gambarajah
menunjukkan beberapa program kesihatan yang dijalankan di sekolah.
RMT
PBSS
Perkhidmatan
kesihatan Perkhidmatan
sekolah pergigian
Sekolah
Sekolah
kawasan
bebas
larangan
denggi
merokok
Program Kesihatan Sekolah (RKS) meliputi semua kegiatan dan pengalaman yang
direka untuk mempertahankan , mengalakkan dan menjaga kesihatan optima murid-murid dan
kegiatan sekolah , untuk mengalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan untuk membina
pengetahuan , sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan . Kesihatan adalah
disasarkan kepada tiga kelompok masyarakat iaitu individu , keluarga dan komuniti.
Terdapat eman teras utama yang digariskan untuk mewujudkan satu pendekatan bersepadu di
antara sektor awam , sektor swasta dan masyarakat ke arah melahirkan sekolah sihat.
Gambarajah 2 menunjukkan teras utama PBSS.
Polisi
Kesihatan
Sekolah
Kemahiran Persekitaran
Kesihatan Fizikal
Diri Sekolah
PBSS
Perkidmatan Persekitaran
Kesihatan Sosial
Sekolah Sekolah
Penglibatan
Komuniti
Polisi kesihatan sekolah ialah pernyataan yang menentukan tindakan dan keperluan
sumber bagi mempromosikan kesihatan. Polisi ini berfungsi sebagai :
Beberapa polisi yang boleh dibentuk oleh sesebuah sekolah yang berkaitan dan
bersesuaian dengan keperluan sekolah. Gambarajah 2 menunjukkan beberapa polisi yang
dibentuk di sekolah.
Polisi kawalan
penyakit
Polisi Polisi
keselamatan persekitaran
sekolah fizikal sekolah
Polisi Polisi
pertolongan persekitaran
cemas sosial sekolah
Polisi
keselamatan Polisi Polisi
pendidikan
makanan di
kantin sekolah sekolah kesihatan
Persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat ialah keadaan sekolah yang mempunyai
kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa bersih, ceria, selamat dan sihat . Persekitaran
tersebut berfungsi untuk:
Bagi memastikan persekitaran fizikal sekolah yang sempurna beberapa perkara perlu diambil
kira, iaitu:
Persekitaran sosial yang sihat dan selamat ialah persekitaran yang boleh membentuk sikap
dan amalan ke arah membina sahsiah warga sekolah yang murni dapat mengatasi segala
cabaran sama ada cabaran mental atau fizikal. Persekitaran sosial sekolah yang baik berupaya
menyediakan beberapa perkara iaitu:
Persekitaran sosial yang sihat dan selamat boleh membantu membentuk pelajar yang
seimbang dari kesihatan mental dan fizikal . Beberapa aktiviti boleh dilaksanakan bagi
merealisasikan matlamat tersebut . Aktiviti-aktiviti yang dijalankan perlu berupaya :
bersesuaian.
Indikator-indikator:
Penglibatan komuniti adalah suatu bentuk kerjasama di antara warga sekolah, ibubapa
serta masyarakat yang menyokong dan meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah.
Penglibatkan tersebut berfungsi seperti berikut:
Untuk mencapai matlamat PBSS , beberapa aktiviti boleh dijalankan untuk memenuhi
fungsi penglibatan komuniti. Gambarajah 3 menunjukkan aktitivi yang dijalankan di sekolah
dengan kerjasama komuniti.
PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja)
•Aktiviti meningkatkan pengetahuan dan kesedaran komuniti dan warga
sekolah tentang bahaya , cara pencegahan dan kawalan AIDS di
samping menanam sikap positif dan prihatin gejala sosial terutama gelaja
seks bebas dan penagihan dadah.
Anti merokok.
•Aktiviti promosi anti merokok dan penguatkuasaan di sekolah sebagai
kawasan larangan merokok melibatkan warga sekolah dan komuniti.
Gambar 4: Aktiviti dan kempen cara hidup sihat yang dijalankan di sekolah.
Sekolah bersih
• Mempertingkatkan dan mempromosikan kebersihan dan keceriaan
sekolah.
Gambar 6: Akvitivi gotong-royong dan kitar semula yang dijalankan di sekolah.
Bebas dadah
• Melaksanakan Program Sijil Lencana Anti-Dadah , aktiviti
peningkatan kesedaran pelajar akan bahaya penyalahgunaan dadah
serta langkah pencegahan dan pengawalan.
Keselamatan
• Melibatkan warga sekolah dan komuniti dalam aktiviti
mempertingkatkan keselamatan murid.
Rekreasi
• Melaksanakan program rekreasi bersama komuniti dan warga sekolah.
Gambar : Aktiviti rekreasi seperti rakit, kayak, perkhemahan yang dijalankan
Gambar 10: Slot moral dan ceramah agama yang dijalankan disekolah.
Kekeluargaan
•Penglibatan komuniti dan warga sekolah dalam aktiviti
Merupakan suatu usaha untuk membentuk sikap yang positif ke arah amalan cara hidup dalam
kalangan warga sekolah. Kemahiran tersebut penting bagi mengadakan pembelajaran dan
pengajaran yang formal dan tidak formal dalam mengendalikan kesihatan fizikal , mental ,
rohani , dan sosial serta alam sekeliling ke arah amalan cara hidup yang sihat.
Beberapa aktiviti kemahiran Kesihatan Diri boleh dijalankan,samaada melalui pendidikan formal
dan tidak formal di sekolah. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut:
i. Kesihatan fizikal
a) Kebersihan diri
1) Murid –murid mestilah diajar tentang kebersihan diri yang ditetapkan di
dalam kurikulum sekolah.
Gambar menunjukkan pemeriksaan yang dijalankan oleh guru demi menjaga kebersihan
murid di sekolah.
b) Kesihatan Pergigian
1) Sekolah perlu memastikan supaya aktiviti kesihatan pergigian diajar dan
diamalkan di sekolah.
3) Murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti senaman dan
kecergasan.
3) Murid mestilah digalakkan untuk memilih makanan yang berzat , bersih dan
selamat.
Gambar menunjukkan aktiviti senamrobik yang dijalankan di sekolah.
e) Anatomi dan fisiologi tubuh badan
1) Guru dan murid perlu diberi pengetahuan asas mengenai struktur dan fungsi tubuh badan
melalui pendidikan formal.
2) Guru dan murid perlu didedahkan kepada pengetahuan tentang perkembangan dan
pertumbuhan fizikal.
3) Guru dan murid perlu didedahkan kepada masalah yang berkaitan dengan perkembangan
dan pertumbuhan fizikal.
f) Pertolongan cemas
1) Sekolah perlu melatih guru dan warga sekolah berkaitan pertolongan cemas.
2) Sekolah perlu menyediakan sekurang-kurangnya satu peti kecemasan dalam setiap bilik
darjah.
3) Murid perlu mempelajari kaedah pertolongan cemas.
Gambar menunjukkan aktiviti pertolongan cemas yang dijalankan oleh pelajar sekolah.
ii. Kesihatan mental dan sosial
a) Perkembangan mental dan sosial
1) Guru dan murid perlu didedahkan kepada pengetahuan mengenai
perkembangan mental dan sosial yang normal.
1) Memaklumkan guru dan ibu bapa mengenai tahap kesihatan murid bagi membolehkan
rawatan lanjut dan tindakan susulan bagi kes tertentu.
3) Rancangan khas seperti rancangan makanan tambahan dan program susu sekolah kepada
murid dilaksanakan dengan sempurna.
Tujuan SPI diwartakan sebagai satu peraturan dan perlindungan dan juga
merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan
perkhidmatan. Sasaran surat pekeliling tertumpu kepada pelajar, guru, pentadbir(
sekolah, PPD, JPN), ibu bapa dan agensi luar ( NGO & GO). Surat pekeliling
diwartakan untuk setiap perkara mahupun program yang dijalankan di sekolah.
Program kesihatan sekolah juga mempunyai surat pekeliling yang khas. Dalam surat
pekeliling tidak dinyatakan khusus tentang program kesihatan sekolah malah ia
merangkumi segala tentang kesihatan murid di sekolah.
Kandungan surat pekeliling tersebut adalah menyatakan tentang lapan langkah untuk
menjaga kesihatan pelajar di sekolah untuk mewujudkan sekolah sihat iaitu sesuai
dengan konsep dan matlamat Program Bersepadu Sekolah Sihat.
4.1 Elakkan aktiviti yang boleh mendedahkan pelajar, untuk jangka masa yang
lama, kepada keadaan cuaca yang boleh menjejaskan kesihatan mereka,
seperti jerebu dan cuaca panas.
4.2 Pastikan premis dan persekitaran sekolah , termasuk asrama dan kantin
,sentiasa dalam keadaan bersih, selesa dan selamat, supaya pelajar tidak
dijangkiti penyakit.
4.4 Mengawal selia penyediaan dan penjualan makanan di kantin dan asrama
supaya kejadian keracunan makanan di sekolah dapat dielakkan.
iv. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1983- Garis Panduan Kempen Anti Merokok.
(Bertarikh 25hb Februari, 1983)
Sedutan
4.1.1 bilik guru / bilik rehat bagi guru-guru(apabila di bilik ini diadakan mesyuarat
rasmi atau diadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran maka merokok
adalah dilarang).
4.1.3 bilik pekerja kantin bagi pekerja-pekerja kantin. Mereka juga dilarang
merokok semasa bertugas.
adalah dilarang.
v. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1982 – Kempen anti denggi di sekolah-
sekolah.
Demam denggi adalah satu jenis penyakit yang merbahaya yang kian menular di
nagara kita.Semua pihak dikehendaki memainkan peranan masing-masing dalam
usaha pencegahan dan pengawalan penyakit tersebut.
Sedutan
Sedutan.
Dimaklumkan bahawa suatu ketetapan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk
menjadikan bangunan dan kawasan sekolah sebagai KAWASAN LARANGAN
MEROKOK mengikut peruntukkan peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau,
1993.
Berikutan dengan surat pekeliling ini, semua guru, kakitangan, ibu bapa atau mana-
mana individu yang berurusan dengan sekolah dilarang merokok di kawasan sekolah.
Punca masalah keracunan makanan seringkali wujud disebabkan makanan yang dijual
di kantin sekolah, program- program makanan seperti rancangan makanan tambahan
dan program susu.
Terdapat dua jenis kad iaitu kad rekod persekolahan murid sekolah rendah:
001R ( warna kuning ) dan kad rekod persekolahan murid sekolah menengah : 001M
( warna biru ). Kad rekod 001 dan 002 yang lama telah dicantumkan dalam satu kad
baharu, iaitu kad rekod persekolahan murid sekolah rendah 001R untuk kegunaan di
sekolah rendah kad rekod persekolahan murid menegah 001M untuk kegunaan
sekolah menengah. Butir- butir tertentu mengenai kesihatan murid telah ditinggalkan
oleh kerana unit pendidikan kesihatan akan menyediakan satu kad berasingan
mengenai komponen ini. Semua murid darjah satu hendaklah mengadakan kad rekod
persekolahan 001R. Kad- kad tersebut hendaklah digunakan oleh tiap-tiap murid
sehingga tamat persekolahan.
xi. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1983 – Kantin Sekolah. (Bertarikh 3hb.
Februari, 1983)
Tindakan yang positif hendaklah diambil terhadap pengurusan dan penyeliaan perkara-
perkara berikut:
a) Banggunan dan kemudahan – kemudahan yang sedia ada termasuk alat-alat
dan kelengkapan.
b) Kebersihan kemudahan kemudahan dan alam sekitar’
c) Kebersihan makanan dan minuman
d) Keselamatan
e) Pekerja-pekerja
f) Mutu dan kesesuaian bahan-bahan makanan dan minuman yang dijual.
g) Pentadbiran dan pengelolaan harian.
2. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
I. Bangunan kantin mestilah dalam keadaan yang memuaskan iaitu dari segi
kebersihan, kecantikan, keselesaan, keselamatan dan kekesanan
fungsinya.
II. Kemudahan-kemudahan di kantin seperti tempat membasuh tangan dan
tong sampah serta lain-lain alat kelengkapan yang digunakan perlu
ditinjau dari segi kebersihan, keselamatan dan kegunaan dari semasa ke
semasa.
III. Semua perkakas/ alat untuk menyedia, menyimpan dan menghidangkan
makanan tidak berkarat, retak, sumpik atau kotor.
IV. Pekerja-pekerja yang telah diakui sihat oleh Jabatan Perubatan dan
Perkhidmatan kesihatan dibenarkan kerja di kantin sekolah.
V. Semua pekerja menjaga kebersihan dirinya dan mengelakkan amalan-
amalan yang boleh menyebabkan kekotoran atau pencemaran bahan-
bahan makanan dan minuman.
VI. Makanan yang dijual dikantin mestilah bersih, bermutu, berzat, selamat
untuk dimakan dan harganya pula berpatutan.
VII. Semua makanan yabf bermasak dijual kepada murid-murid sebaik-
baiknya disediakan di kantin sekolah.
VIII. Segala persediaan yang munasabah bagi kepentingan ugama membeli-
pemneli adalah diambilkira oleh pengusaha kantin apabila menyedia dan
menyimpan makanan dan minuman untuk dijual kepada pengguna –
penguna tersebut.
IX. Makanan dan minuman yang halal dari segi ugama islam mestilah disedia
dan dijual di semua Sekolah Rendah/Menengah Kebangsaan. Jualan
makanan dan minuman di SRJK (Cina dan Tamil) seperti yang dilakukan
sekarang ini bolehlah diteruskan. Sekiranya sekolah-sekolah jenis ini
mengandungi guru-gur dan murid-murid berugama islam, Guru besar
yang berkenaan hendaklah mengaturkan persediaan untuk menjual
makanan dan minuman bagi orang islam secara berasingan.
X. Rokok dan minuman alcohol tidak disimpan dan/ dijual di kantin sekolah.
XI. Binatang-binatang belaan seperti anjing, kucing, kambing, ayam, burung
dan lain-lain tidak dibenarkan berada di kawasan kan tin sepanjang masa.
XII. Kantin sekolah seboleh-bolehnya tidak dijadikan sebagai tempat
kediaman.
XIII. Sagala punca kemalangan adalah sentiasa diawasi oleh pihak pengusaha
kantin dan piohak sekolah menyediakan peraturan-peraturan yang
sitematik untuk mencegahnya.
XIV. Pengendalian yang sistematik mengenai perjalanan dan pengelolaan
kantin, seperti megadakan Jawatankuasa Kantin Sekolah, Sistem tender
atau sebut harga, syarat-syarat berkaitan dengan semua perkara yang
tersebut di atas dan penyeliaan kantin, sama ada harian atau jangkamasa
panjang adalah diperuntukan.
XV. Peraturan-peraturan yang berkenaan bagi penggunaan kantin sekolah
diadakan.
Sedutan
Tujuan
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menggariskan peraturan dan tatacara pentadbiran,
pengurusan kewangan dan perakaunan dalam melaksanakan Rancangan Makanan
Tambahan ( RMT) di sekolah rendah mulai bulan Januari tahun 2011.
xiii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1976- Panduan untuk menjaga Kesihatan
Murid dan Kebersihan di Kantin Sekolah. (Bertarikh 7 Mei 1976)
Sedutan
Tujuan
Untuk mengawal keadaan kesihatan dan kebersihan yang optima di kantin sekolah,
maka guru besar adalah bertanggungjawab untuk menentukan iaitu:-
a) Murid-murid
b) Pekerja-pekerja kantin
iv. Barang- barang yang tiodak berfaedah, yang berbahaya dan yang bercorak judi
hendaklah dikawal penjualnya dengan sewajarnya.
1. Pemeriksaan perubatan
Semua pekerja kantin dan pengolah makanan hendaklah diperiksa dan disahkan
sihat oleh doctor kerajaan.
2. Pakaian
Semua pekerja kantin hendaklah memakai pakaian bersih dan seberapa boleh,
yang berwarna putih.
3. Kuku
Kuku tangan pekerja kantin hendaklah sentiasa pendek lagi bersih
4. Kebersihan tangan
Sebelum mulai tugas dalam kantin semua pekerja mesti membasuh tangan
hingga ke siku. Dibasuh dengan sabun setiap kali, selepas membuang air kecil
atau besar.
5. Rambut
Rambut hendaklah dijaga supaya jangan terjuntai dari muka. Pekerja yang
berambut panjang digalakkan memakai jaring rambut, memakai topi atau diikat
dengan kemas.
1. Kemudahan kantin
Bangunan kantin sekolah mempunyai semua kemudahan asas
2. Lantai
Lantai diperbuat daripada simen atau papan dan sentiasa kemas
3. Dinding
Dibuat daripada simen atau papan dan sentiasa kemas
4. Bumbung
Dibuat daripada genting, zing atau simen asbestos
5. Parit saluran air
Di keliling bangunan hendaklah disediakan parit saluran air yang baik dibuat dari
simen
6. Tong sampah
Daripada besi, plastic atau getah dengan mem[unyai penutup khas dan diadakan di
kawasan kantin.
1. Perabot kantin
- Kemudahan tempat duduk dan meja yang mencukupi
2. Sisa-sisa makanan
- Ubat pencegah kuman hendaklah diadakan di mana perlu untuk pembuangan
sisa-sisa makanan.
Sedutan
Tujuan
b. Penyiasatan kes
c. Kes klasifikasi
Kes dengan demam dan ruam digunakan sebagai kes definasi untuk kes disyaki
measles.Kes definisi ini juga digunakan bagi tujuan untuk eliminasi measles dan
rubella.
d. Survelan rubella
Sistem survelan Rubella perlu dijalankan bagi memastikan objektif pelalian serta
eliminasi rubella dan congenital rubella syndrome ( CRS) tercapai.
Taklimat dan latihan hendaklah diberikan kepada kakitangan yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung di dalam pelaksanaan Program Eliminasi Measles.
7.0 RUMUSAN
Seterusnya , program ini merupakan satu proses dua hala di mana kedua dua
sekolah dan masyarakat memikul tanggungjawab bersama untuk mengawasi dan
membertingkatkan lagi tatus/ taraf kesihatan kanak-kanak. Dalam konteks ini,
Perkhidmatan Kesihatan di bawah PBSS termasukalah menilai stutus kesihatan murid,
memberi khidmat rawatan dan rujukan, memberi bimbingan dan kaunseling, memberi
penjagaan rawatan/kecemasan, mencegah dan mengawal kejadian penyakit serta
mendiognosis dan membantu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas.