You are on page 1of 5

SK SERI TRONOH, JALAN BESAR ,31750 TRONOH, PERAK

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI KEEMPAT2017

Tarikh : 21 November 2017 (Selasa)

Masa : 2.00 petang.

Tempat : Makmal Komputer SK Seri Tronoh.

Pengerusi : Puan Siti Habsah binti Hashim

Kehadiran : 8 orang

1. Pn. Norlia bt Abdul Wahab – PK Pentadbiran.


2. Cik Hajah Nazirah bt Pandak Abdul Rahman.
3. Pn Nor Aizatilkhairani bt Asin @ Zakaria
4. Pn Maizatul Husna bt Meor Mohammed Amno
5. Pn. Nurhazurah @ Azimah bt Mohd Hasan

Nama Yang Tidak Hadir :


1. En. Redzuan b. Samsuddin (Cuti Tanpa Kenyaataan)
2. Pn. Nur Erna bt Mohd Rizwan (Cuti Rehat)

1
1. Kata Aluan Pengerusi
1.1. Pengerusi mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran guru-guru yang hadir pada
mesyuarat kali keempat bagi tahun 2017.
1.2. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana berjaya menghadirkan diri ke
mesyuarat kali ini.
1.3. Beliau juga berterima kasih kepada semua warga SK Seri Tronoh kerana telah berjaya
menjalankan pelbagai program yang dirancang dengan jayanya pada tahun ini.
1.4. Tujuan mesyuarat kali ini ialah mengadakan post portem PAT 2017 dan laporan program-
program panitia sepanjang Tahun 2017.
Tindakan : Makluman

2. Bacaan Doa
2.1. Encik Azman B Sastro memimpin bacaan doa.

3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat


3.1. Setiausaha membentangkan minit mesyuarat kurikulum yang ketiga 2017 untuk diterima
dan disahkan.
Cadangan : Pn Nur Erna Bt Ridzuan
Sokongan : Pn. Aizatilkhairani Bt Asin @ Zakaria
Tindakan : Setiausaha

4. Perkara Berbangkit
4.1. Tiada

Tindakan : Semua Guru/Makluman

5. Pesanan Guru Besar/PPD/KPM


5.1. Pesanan GB (Pn. Siti Habsah binti Hashim) :
5.1.2. Semua sekolah diarahkan tidak membincangkan analisis UPSR 2017.
5.1.3. Secara kasar, peratus UPSR SKST 2017 merosot. Oleh itu, semua guru dan murid
perlu tingkatkan usaha.. Kenal pasti setiap kelemahan.
5.1.4. PdPc perlu ditingkatkan lagi, perbanyakkan latihan, ubah sedikit penyusunan jadual
Tahun 6 dan fokus dua orang guru untuk MP bahasa khusus Tahun 6.
5.1.5. Program-program yang telah dijalankan sepanjang Tahun 2017 adalah bagus tetapi
pada Tahun 2018 setiap program yang dirancang perlu dilaksanakan pada awal
tahun.
5.1.6. Semua Ketua Panitia perlu menetapkan bulan untuk dimasukkan dalam takwim
sekolah 2018.
5.1.7. Mohon PdPc guru lebih mantap pada Tahun 2018 terutama pengurusan masa,
kaedah, aktiviti menarik dan PAK 21 mesti dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
5.1.8. Pencerapan PdPc: Kebanyakan guru menggunakan ICT. Ada juga yang tidak
menggunakan ICT namun berjaya mencapai objektif PdPc.
5.1.9. Pada Tahun 2018, berharap semua guru SKST sentiasa menjalankan PdPc yang
terbaik.
Tindakan : Makluman
2
6. Program Kurikulum
6.1 Laporan Panitia Matematik
6.1.1. Puan Nurhazurah @ Azimah bt Mohd Hasan selaku Ketua Panitia Matematik
membentangkan analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2017.
(Rujuk Lampiran 1)
6.1.2. Bermula Tahun 2018, guru perlu memaksa murid menyiapkan kerja sekolah atau
menghafal sifir.
6.1.3. Laporan Tahunan Panitia Matematik:
a) Program Peningkatan Tahun 6.
b) Minggu Panitia Matematik
c) Program Pecutan Akhir
d) Teknik menjawab soalan
6.1.4. Semua program dan aktiviti panitia dilaksanakan dengan jayanya.
Tindakan: KP dan Guru MP Matematik

7. Pemantapan KBAT
7.1. PdPc PAK 21, guru-guru telah menggunakan i-Think map, traffic light, reward chart dan
susun atur kelas PAK 21.
7.2. Dalam Minggu Panitia Sains dan Matematik ada inovasi, buku skrap.
7.3. Sudut KBAT : Papan kenyataan KBAT dan Pondok KBAT.
7.4. Perancangan strategik perlu dimasukkan ke dalam fail KBAT.
7.5. Puan Rozi bt Abu Bakar mencadangkan bahan yang akan diletakkan di Sudut KBAT perlu ada
tarikh pertukaran bahan pameran.
7.6. Puan Nurhazurah @ Azimah menyarankan bahan KBAT diambil daripada program panitia
yag telah dihasilkan oleh murid.
7.7. Puan Norlia bt Abdul Wahab menyokong cadangan Puan Azimah dan sekali gus dapat
mengaplikasikan hasil kerja murid serta mewujudkan semangat berdaya saing untuk dipilih
sebagai bahan pameran.
Tindakan: Semua Guru

8. Jadual Waktu
8.1. Jadual waktu akan diedarkan pada Mesyuarat Kurikulum Pertama 2018.
Tindakan : PK Pentadbiran

11. Penggunaan ICT / status ICT/ FrogVLE


11.1. Penggunaan Frog VLE perlu diperhebatkan.
11.2. Menurut Pengarah, pencapaian peratus dikira berdasarkan ketiga-tiga kategori, iaitu murid,
guru dan ibu bapa.
Tindakan : Makluman

12. Hal-hal Lain


12.1. GB berharap sentiasa berhati-hati dalam penulisan format surat agar nama SKST tidak
tersenarai melakukan kesalahan format.
12.2. Semua guru perlu peka dengan portal PPDKS dan emel sekolah agar tidak berlaku ketirisan
maklumat.

3
12.4. Setiap mesyuarat perlu disertakan dengan maklum balas.
12.5. Masalah disiplin di kalangan murid SKST ialah tidak mahu membuat dan menyiapkan kerja
rumah / latihan.
12.6. GB menyarankan bilangan / jumlah latihan perlu berpatutan.
12.7. Lembaran kerja perlu sesuai mengikut tahap murid arus perdana dan murid LINUS.
12.8. Guru boleh bertindak tegas terhadap murid yang tidak /enggan menyiapkan kerja sekolah:
a) Murid menyiapkan kerja sekolah sambil duduk di lantai.
b) Menangkap gambar untuk simpanan.
c) Berada di luar kelas mengikut kesesuaian.
12.9. Program CO Tahun 6 pada tahun ini tidak melibatkan MP Bahasa Melayu. GB akan
berbincang bersama Guru Besar yang lain supaya melibatkan semua MP Teras pada tahun
hadapan.
12.10 Cadangan GB: Program CO dibuat pada hari Sabtu minggu kedua dan keempat dan
melibatkan 2 kumpulan, iaitu kumpulan target dan kumpulan galus.
Tindakan : Makluman

13. Ucapan Penangguhan


13.1 Mesyuarat berakhir pada jam 5.00 petang.

Disediakan oleh, , Disemak oleh,

…………………………… …………………………
(NOR AIZATILKHAIRANI BT ASIN)
Setiausaha Kurikulum,
SK Seri Tronoh.
Perak.

Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Keempat 2017 ini telah :

Dicadang oleh : ……………………………………………………………………...

Disokong oleh : ………………………………………………………………………

4
5

You might also like