You are on page 1of 15

8.

2 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Perbincangan dapatan kajian ini akan dibincangkan berdasarkan

persoalan kajian yang telah diutarakan pada permulaan kajian ini.

Perbincangan dijalankan dengan merujuk kepada segala data yang telah

dianalisis pada bab yang sebelum ini.

8.2.1 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN BAGI PERSOALAN

KAJIAN 1

Persoalan kajian yang pertama ialah “Sejauh manakah murid

dapat mengenalpasti nama, simbol dan fungsi komponen berdasarkan

gambar yang diberi dalam ujian selepas penggunaan KIT-KEK?”.

Bahan bantu mengajar (BBM) merupakan salah satu bahan

yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Ia juga digunakan untuk mempertingkatkan kualiti

sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di samping

meningkatkan kualiti pengajaran, sesuatu bahan bantu mengajar juga

digunakan untuk membantu murid supaya lebih memahami sesuatu isi

pelajaran. Akan tetapi, terdapat berbagai-bagai jenis bahan bantu

mengajar yang boleh digunakan tetapi memerlukan kebijakasanaan

guru untuk memilihnya supaya sesuai digunakan mengikut tahap

murid dalam kelas. Berdasarkan hipotesis ini, dirasakan penggunaan

KIT-KEK dalam pengajaran untuk tajuk Mengenal Komponen

Elektronik dapat membantu murid untuk memahami dan mengingati

nama, simbol dan juga fungsi komponen elektronik di samping dapat


juga membantu murid dalam mengenalpasti nama, simbol dan fungsi

komponen berdasarkan gambar yang diberi dalam ujian.

Berdasarkan analisis yang telah dijalankan terhadap data-data

yang diperoleh tersebut, dikatakan hipotesis yang dinyatakan di atas

tersebut dapat dibuktikan kebenarannya melalui dapatan daripada

analisis data. Kebenaran hipotesis boleh dibuktikan melalui soal

selidik yang telah diberikan kepada responden selepas penggunaan

KIT-KEK.

Berdasarkan kepada Item B1 dalam soal selidik, 75%

responden yang bersetuju bahawa mereka dapat menyatakan nama,

simbol dan fungsi komponen elektronik dengan betul selepas

penggunaan KIT-KEK. Begitu juga dengan Item B2 yang lebih jelas

dan menjurus kepada penggunaan KIT-KEK dalam pengajaran.

Terdapat 80% responden yang telah menanda pada pilihan YA untuk

Item B2 ini. Hanya 4 responden sahaja yang menyatakan mereka

kurang faham dan kurang menguasai lagi komponen elektronik

walaupun KIT-KEK telah digunakan dalam pengajaran.

Berdasarkan kepada Item B3 hingga Item B6, item-item ini

lebih berkaitan dengan pemahaman responden berkaitan dengan nama,

simbol dan fungsi komponen elektronik. Item-item ini lebih menjurus

kepada persoalan kajian yang kedua yang mana saling berkaitan

dengan persoalan 1 yang juga merupakan kefahaman murid terhadap

nama, simbol dan fungsi komponen elektonik. Majoriti item-item soal

selidik ini ditanda YA. Untuk Item B3, 17 (85%) responden menanda
YA, bagi Item B4 18 (90%), bagi Item B5 17 (85%) dan bagi Item B6

pula 16 (80%) telah menanda YA. Keempat-empat item soal selidik

ini memperolehi bilangan majoriti daripada keseluruhan responden.

Item B3 hingga Item B6 lebih menjelaskan adakah murid dapat

mengenalpasti nama, simbol dan fungsi komponen elektronik

berdasarkan gambar yang diberi dalam ujian selepas penggunaan KIT-

KEK.

Perbincangan di atas menunjukkan jelas sekali persoalan

kajian 1 dapat dijawab dengan data-data yang diperolehi tersebut dan

telah membuktikan bahawa penggunaan KIT-KEK bagi pengajaran

tajuk Mengenal Komponen Elektronik dapat membantu murid dalam

mengenalpasti nama, simbol dan fungsi komponen elektronik.

Penggunaan KIT-KEK turut banyak membantu murid dalam

mengimbas kembali semasa menjawab ujian pasca yang diberikan

selepas sesi pengajaran menggunakan KIT-KEK.

Dapatan kajian ini dapat disokong dengan kajian lepas oleh

Nur Syazana (2013), bertajuk ‘Keberkesanan Buku Besar Interaktif

Dalam Meningkatkan Daya Ingatan Murid’, beliau menyatakan

bahawa buku besar mengandungi elemen grafik, warna serta tulisan

dalam bentuk yang lebih kreatif. Sama seperti KIT-KEK yang direka,

ia juga memenuhi pelbagai ilustrasi grafik yang menarik, iaitu

gambar-gambar yang banyak dan menarik, kepelbagaian warna serta

tulisan yang bersaiz besar yang boleh menarik minat murid untuk

memperolehi maklumat yang terdapat dalam KIT-KEK.


Menurut George (2011) juga, penggunaan bahan bantu

mengajar (BBM) yang berkesan mampu merangsang minat pelajar

untuk memberikan penglibatan yang optima semasa proses pengajaran

dan pembelajaran guru dalam kelas. Dengan adanya bahan bantu

mengajar yang sesuai seperti KIT-KEK, secara tidak langsungnya

bahan bantu mengajar tersebut akan membantu murid dalam

mengenalpasti nama, simbol dan juga fungsi bagi setiap komponen

elektronik untuk tajuk Mengenal Komponen Elektronik.


8.2.2 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN BAGI PERSOALAN

KAJIAN 2

Persoalan kajian yang kedua ialah “Adakah penggunaan KIT-

KEK dapat membantu murid dalam membezakan kaki komponen

elektronik yang berkutub?”.

Terdapat sesetengah komponen elektronik yang mempunyai

kekutubannya pada kaki komponen masing-masing. Kekutuban kaki

komponen elektronik ini dibahagi kepada dua iaitu Kaki Anod (+) dan

juga Kaki Katod (-). Perbezaan kaki komponen tersebut boleh

menyebabkan sesuatu litar elektrik tersebut dapat berfungsi dengan

baik. Dalam kesemua komponen elektronik yang dipelajari dalam

Tahun 5, terdapat dua komponen elektronik yang mempunyai kaki

yang berkutub, iaitu Diod Pemancar Cahaya (LED) dan juga

Kapasitor. Terdapat ciri-ciri yang unik pada komponen-komponen

elektronik ini untuk membezakan kekutuban pada kaki komponen.

Melalui kajian ini, adalah dipercayai penggunaan KIT-KEK

dapat membantu murid untuk membezakan kaki komponen

berdasarkan ciri-ciri komponen dengan lebih tepat lagi. Ini kerana

dalam KIT-KEK yang digunakan, terdapat maklumat yang berkaitan

dengan cara membezakan kaki komponen dengan melihat kepada ciri-

ciri pada komponen.

Berdasarkan dapatan ujian pasca tersebut, semua responden, 20

(100%) dapat membezakan kaki komponen yang berkutub,

terutamanya Diod Pemancar Cahaya (LED) dengan membezakan

Kaki Anod atau Kaki Katod berdasarkan ciri-ciri yang terdapat pada
bahagian kaki komponen tersebut dengan betul selepas KIT-KEK

digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat

dibuktikan melalui ujian pasca yang dijalankan yang tetap menguji

responden untuk membezakan kaki komponen LED. Didapati

bilangan responden yang dapat menjawab dengan betul pada ujian

pasca meningkat dengan bilangan 18 (90%) untuk soalan yang

meminta mereka membezakan kaki komponen LED jika berbanding

dengan ujian pra yang hanya terdapat 15 (75%) responden yang dapat

menjawab dengan betul untuk soalan tersebut.

Analisis dapatan ujian ini dapat dikukuhkan lagi dengn item

soal selidik, iaitu Item B7 yang menyatakan responden boleh

membezakan Kaki Anod dan Kaki Katod pada LED. Dapatan

memperolehi semua, 20 (100%) responden telah menyatakan mereka

dapat membezakan kaki LED berdasarkan ciri-ciri pada komponen

dengan tepat selepas menggunakan KIT-KEK dalam pembelajaran.

Dengan ini, jelas dikatakan penggunaan KIT-KEK dalam

mengajar tajuk Mengenal Komponen Elektronik telah memberi kesan

yang amat memberangsangkan untuk membolehkan murid

membezakan kaki komponen yang berkutub berdasarkan ciri-ciri

komponen elektronik. Ini kerana ciri-ciri komponen yang digunakan

untuk membezakan kaki komponen telah dibesarkan dalam gambar

supaya murid dapat lihat dengan lebih jelas berbanding dengan

komponen elektronik maujud yang kecil saiznya yang susah untuk

dilihat dengan teliti.


Dapatan kajian ini dapat dikukuhkan lagi dengan menurut

Sheikh Hassan Seylan (2008) (dalam kajian Najwa dan Hasnul) yang

menyatakan big book yang merupakan satu bahan bacaan awal yang

bersaiz besar serta mempunyai gambar-gambar. Buku ini lazimnya

disediakan dengan ilustrasi dan huruf yang bersaiz besar untuk

menarik perhatian dan fokus murid serta meningkatkan pancaindera

penglihatan murid dengan objek-objek yang besar yang lebih mudah

untuk menarik perhatian murid.

Satu kajian lagi yang boleh menyokong dapatan kajian tersebut

menurut Ng Ying (dalam kajian Muhammad Syahir,2014), juga

mengatakan bahawa pancaindera penglihatan berupaya memproses

4300 000 maklumat manakala pendengaran berupaya menerima 50

000 maklumat. Pernyataan tersebut juga disokong oleh Azri (1994)

yang mengatakan bahawa sebanyak 85% daripada apa yang kita ingat

dan pelajari datangnya daripada penglihatan kita. Dengan ini,

komponen-komponen elektronik yang kecil pada asalnya telah

dibesarkan menggunakan gambar boleh memberi peluang kepada

murid untuk lebih senang dan jelas dalam mengenalpasti ciri-ciri yang

digunakan untuk membezakan kaki komponen elektronik yang

tertentu.
8.2.3 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN BAGI PERSOALAN 3

Persoalan kajian yang ketiga ialah “Adakah terdapat

peningkatan prestasi antara Ujian Pra dan Ujian Pasca dalam

penggunaan KIT-KEK?”.

Ujian merupakan instrumen yang sering dijalankan dan

digunakan oleh guru untuk menguji tahap kefahaman murid terhadap

sesuatu isi pelajaran yang dipelajari. Ia juga digunakan untuk menilai

keberkesanan sesuatu sesi pengajaran dan juga keberkesanan sesuatu

bahan bantu mengajar terhadap pengajaran dan pembelajaran tersebut.

Soalan-soalan yang dikemukakan tersebut mestilah berkaitan dengan

isi pelajaran yang disampaikan untuk mengetahui keputusannya. Ujian

dijalankan sebanyak dua kali, iaitu ujian pra dan ujian pasca. Untuk

melihat keberkesanan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran atau

keberkesanan sesuatu bahan banntu mengajar, ujian pasca akan

menjadi dapatan yang utama yang akan dibandingkan dengan ujian

pra yang telah dijalankan untuk melihat peningkatannya.

Berdasarkan analisis yang telah dijalankan terhadap data-data

yang diperoleh tersebut, dikatakan hipotesis yang dinyatakan di atas

tersebut dapat dibuktikan kebenarannya melalui dapatan daripada

analisis data. Kebenaran hipotesis boleh dibuktikan melalui ujian pra

dan ujian pasca yang telah diberikan kepada responden sebelum dan

selepas penggunaan KIT-KEK.


Analisis dapatan ujian pasca menunjukkan peningkatan yang

amat ketara. Semua responden dapat menjawab ujian pasca dengan

baik. Dapatan menunjukkan semua responden mencapai kelulusan

yang cemerlang dalam ujian pasca dan tiada responden yang

memperolehi gred D dan E jika berbanding dengan ujian pra yang

terdapat 10 orang responden yang memperoleh gred D dan 7 orang

responden yang memperoleh gred E.

Jika melihat kepada gred A dan gred B pula, dalam ujian pra

tiada murid yang memperolehi kedua-dua gred tersebut tetapi dalam

ujian pasca, terdapat 9 orang responden yang memperoleh gred A dan

gred B pula 7 responden. Ini dapat dilihat peningkatan yang mendadak

pada keputusan ujian pasca bagi gred A dan gred B. Setelah diteliti

kembali tentang gred yang diperoleh responden, didapati terdapat

responden yang telah meningkat gred ujian pasca sebanyak dua atau

tiga gred iaitu dari gred D ke gred B atau dari gred D ke gred A.

Terdapat juga responden yang meningkat dari gred E ke gred A pada

ujian pasca.

Secara kesimpulannya, dapat disimpulkan bahawa terdapat

peningkatan prestasi antara ujian pra dan ujian pasca dengan

penggunaan KIT-KEK. Ini terbukti apabila peratus kelulusan

meningkat kepada 100% dalam ujian pasca berbanding hanya 65%

lulus dalam ujian pra. Peningkatan peratus kelulusan yang amat ketara

ini dapat menunjukkan bahawa penggunaan KIT-KEK dapat

meningkatkan prestasi ujian responden dalam ujian pasca terhadap

komponen elektronik.
Kajian ini dapatlah dibuktikan lagi bahawa penggunaan KIT-

KEK dapat meningkatkan prestasi responden dalam gred ujian pasca

bagi tajuk Mengenal Komponen Elektronik berdasarkan soal selidik.

Dalam Item B8 bagi soal selidik yang menyatakan responden dapat

menjawab soalan ujian dengan baik selepas belajar menggunakan

KIT-KEK, 16 (80%) telah bersetuju dengan pernyataan ini. Mereka

boleh menjawab soalan ujian pasca yang diberikan dengan baik tanpa

memerlukan bantuan guru lagi untuk meminta guru melukiskan

simbol pada papan sebagai pilihan. Mereka boleh menjawab dengan

penuh keyakinan berdasarkan maklumat yang didapati daripada KIT-

KEK.

Dapatan Item B9 yang menyatakan responden boleh menulis

jawapan yang betul dalam ujian selepas belajar menggunakan KIT-

KEK, 15 (75%) responden telah bersetuju bahawa mereka dapat

memberikan jawapan yang betul dengan memilih pilihan jawapan

yang betul dan diisikan pada komponen elektronik yang betul dalam

ujian. Mereka boleh memilih jawapan yang betul untuk diisi tanpa

banyak meragu-ragu lagi seperti semasa ujian pra selepas belajar

menggunakan KIT-KEK.

Peningkatan prestasi ini juga boleh dikaitkan denagn dapatan

dari pemerhatian. Analisis dapatan pemerhatian menunjukkan

sebelum menjalankan sesi pengajaran menggunakan KIT-KEK, iaitu

dengan menggunakan kaedah biasa yang menggunakan Powerpoint,

dapatan menunjukkan hanya dapatan yang negatif yang didapati

melalui pemerhatian terhadap tingkah laku murid semasa sesi


pengajaran. Ini telah menunjukkan murid tidak menunjukkan tingkah

laku atau respon yang positif sepanjang sesi pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Menurut Bryan Coombs (2007) (dalam

kajian Rozita, 2014), tanpa kepelbagaian dalam pengajaran, murid

mudah hilang minat pada pelajaran dan perasaan bosan akan bermula.

Dengan ini, tumpuan murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan

tidak dapat dikuasai dan diingati dengan baik kerana tumpuan murid

dalam kelas juga tidak tertumpu.

Peningkatan prestasi murid juga amat berkaitan dengan

tingkah laku dan sikap belajar murid dalam kelas semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dengan ini, semasa

menggunakan KIT-KEK dalam pembelajaran, pemerhatian juga

dilaksanakan oleh pengkaji dan didapati dapatan positif telah

meningkat dan dapatan negatif pula telah menurun. Murid lebih

bertingkah laku postitif semasa menggunakan KIT-KEK dalam

pembelajaran. Sikap belajar murid juga jelas kelihatan di mana murid

telah menunjukkan kesungguhan untuk belajar, tidak memerlukan

bantuan guru, sentiasa bertindakaktif sepanjang proses pembelajaran

dan juga menunjukkan respon yang positif seperti dapat bekerjasama

dan saling berbincang dengan rakan-rakan dalam kumpulan.

Perubahan tingkah laku yang berlaku pada murid semasa

menggunakan KIT-KEK ini telah membolehkan murid lebih fokus

dan bersifat rajin untuk mempelajari maklumat-makluamt yang ada

dalam KIT-KEK. Ini telah banyak membantu murid dalam menjawab

soalan ujian pasca yang sama juga telah meningkatkan prestasi dalam
ujian pasca berbanding dengan ujian pra. Berdasarkan kenyataan

Bryan Coombs (2007) juga, bagi menarik minat murid dalam topik

yang dipelajari, guru perlulah bijak dalam mempelbagaikan bahan

bantu mengajar agar murid tidak berasa bosan dan dapat menguasi isi

pelajaran yang disampaikan tersebut di samping dapat menunjukkan

tingkah laku dan sikap belajar yang positif yang dapat meningkatkan

prestasi murid.

Dapatan ini dapat disokong dengan kajian daripada Mohd Arif

Azam (2013), yang bertajuk “Meningkatkan Kefahaman Peserta

kajian Bagi Topi Elektrik Dengan Menggunakan KERIS Bagi Tahun

5 Arif”, KERIS (Kit Elektrik Ringkas) yang telah dapat menarik minat

murid untuk belajar berkaitan dengan isi pelajaran tersebut seterusnya

meningkatkan fokus serta pencapaian murid. Penggunaan KIT-KEK

dalam pengajaran untuk tajuk Mengenal Komponen Elektronik juga

telah memberi kesan yang positif kepada pengkaji di mana prestasi

murid telah meningkat selepas penggunaan KIT-KEK dalam sesi

pengajaran. Ini telah menunjukkan KIT-KEK telah memberi kesan

kepada murid dalam pembelajaran tajuk Mengenal Komponen

Elektronik.
8.3 PERBINCANGAN KESELURUHAN

Berdasarkan analisis yang telah dijalankan terhadap ketiga-tiga

instrumen yang digunakan terhadap data yang didapati, beberapa konklusi

dapat dikemukakan terhadap penggunaan KIT-KEK dalam pengajaran dan

pembelajaran bagi tajuk Mengenal Komponen Elektronik ini. Secara

keseluruhannya melalui kajian ini, dapat dikatakan bahawa penggunaan KIT-

KEK dapat membantu murid dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan

murid terhadap nama, simbol dan juga fungsi bagi komponen elektronik.

Prestasi murid turut meningkat selepas menggunakan KIT-KEK tidak kira

dari segi akademik mahupun tingkah laku murid semasa dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran.

Kelebihan yang ada pada KIT-KEK ini adalah murid boleh meneroka

sambil belajar tentang komponen elektronik ini. Dalam KIT-KEK, terdapat

beberapa bahagian yang telah direka untuk ditarik atau dibuka untuk

mendapatkan maklumat yang selanjutnya. Bahagian-bahagian yang khas ini

boleh menarik minat murid untuk belajar menggunakan KIT-KEK berkaitan

dengan komponen elektronik. Pada masa murid bermain dan meneroka

bahagian-bahagian yang direka khas tersebut, di samping itu murid tetap

mempelajari maklumat tambahan yang perlu diketahui dalam komponen

elektronik tersebut.

KIT-KEK yang mempunyai ciri-ciri big book ini tidak sama seperti

big book yang biasa. Ia merupakan buku yang dileraikan dan dijadikan

sebagai kad pembelajaran supaya dapat digunakan oleh seluruh murid kelas

dan bukan hanya untuk kegunaan seorang. Dengan ini, sifat bekerjasama dan
berkongsi antara rakan-rakan sekumpulan dapat diwujudkan di samping dapat

memupuk tingkah laku murid yang positif dalam sesi pengajaran dan

peembelajaran. Dengan ini, prestasi murid samaada dari segi akademik atau

tingkah laku tetap mendapat peningkatan.

Kepelbagaian bahan yang terdapat dalam satu bahan bantu mengajar

tetap juga mengelakkan murid daripada berasa bosan dengan sesi pengajaran

dan pembelajaran dan juga dapat menarik minat murid. Dengan adanya minat,

secara tidak langsungnya fokus atau tumpuan terhadap pengajaran dan

pembelajaran dapat lagi terus kekal dan maklumat yang hendak disampaikan

tersebut akan mudah difahami. Dengan ini, objektif pembelajaran yang

ditentukan akan dapat tercapai dengan lebih mudah dan berkesan.

Walaupun KIT-KEK ini banyak memberi manfaat kepada murid dan

juga guru, akan tetapi ia masih menimbulkan masalah gangguan murid

kepada rakan-rakannya. Oleh itu, untuk mengatasi masalah yang dikenalpasti

ini, cadangan penambahbaikan terhadap cara penggunaan KIT-KEK ini perlu

diperbaiki lagi atau diitentukan dengan peraturan supaya murid mematuhi

peraturan semasa menggunakan KIT-KEK dan tidak mempengaruhi

kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran.

Secara kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran tidak hanyalah

terkongkong kepada bahan bantu mengajar. Kreativiti guru dalam

memikirkan cara dan kaedah yang lain yang paling sesuai kepada murid kelas

yang diajar merupakan kunci utama untuk kejayaan sesuatu sesi pengajaran

dan pembelajaran supaya murid dapat menguasai ilmu yang disampaikan

tersebut. Tiada ditetapkan satu kaedah atau bahan bantu mengajar yang
spesifik untuk diajar bagi satu-satu topik yang tertentu. Ia semuanya berkaitan

dengan kreativiti dan pengalaman guru dalam memilih bahan yang sesuai

digunakan dan menyelesaikan masalah yang berlaku untuk memastikan

sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Melalui kajian ini, dapat dilihat bahawa penggunaan KIT-KEK dalam

pengajaran tajuk Mengenal Komponen Elektronik adalah amat berjaya dan

memberi impak yang besar kepada murid dalam memahami dan mengingati

komponen elektronik yang perlu dipelajari. Selain memberikan kelainan

kepada satu sesi pengajaran dan pembelajaran selain dengan pengajaran yang

biasa, iaitu menggunakan Powerpoint, ia juga memberikan keseronokkan dan

juga ilmu kepada murid semasa belajar menggunakan KIT-KEK

You might also like