You are on page 1of 1

TANGGUGJAWAB SEORANG GURU

Tanggungjawab seorang guru dengan rakan sekerja ….

 Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan


atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar
atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
 Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai
guru.
 Berusaha dengan sepeuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan
bersungguh-sungguh serta mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial.
 Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam
profesion perguruan.
 Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan

Tanggugjawab seorang guru terhadap ibu bapa ….

 Meghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.


 Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumahtangga.
 Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai rumahtangga
atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan dibocorka kepada sesiapa kecuali
mereka yang berhak mengetahuinya.
 Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
 Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang
boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
 Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar.

Tanggungjawab seorang guru terhadap masyarakat dan negara ….

 Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan


kepentingan pelajar, masyarakat atau negara atau pun yang boleh bertentangan
dengan Rukun Negara.
 Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu
membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawab
dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama.
 Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil
bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
 Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.
 Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan moraliti,
kebudayaan dan kecendikiawan masyarakat.
 Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang boleh diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan seharian dengan baik.

You might also like