You are on page 1of 3

LMCW2173 – HUBUNGAN ETNIK

PENERANGAN MENGENAI TUGASAN PENYELIDIKAN KUMPULAN

Komponen Individu/Kumpulan Peratusan

1 Tugasan Online Individu 10

2 Pembentangan bab dalam modul Kumpulan 15

Penyelidikan Pembentangan Kumpulan 15


3 kumpulan berkaitan
Hubungan Etnik Laporan Bertulis Kumpulan 30

4 Peperiksaan Akhir Individu 30

TOTAL 100

Penyelidikan kumpulan berkaitan HE (Laporan akhir – 30%, Pembentangan – 15%)

 Setiap kumpulan mengenalpasti satu topik atau isu terkini HE yang berkaitan Bab yang
ditugaskan untuk kumpulan anda. Misalnya, jika kumpulan anda membentang Bab 3 tentang
Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik, anda mungkin ingin memilih topik Kempen Buy
Muslim First (BMF). Atau mungkin anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang
tuduhan graduan UM tentang Naib Canselor yang rasis. Ini boleh dikaitkan dengan Bab
berkaitan Perlembagaan, Pendidikan dan Pengalaman Harian (Bab 4, Bab 8 dan Bab 9). Atau
anda ingin mengetahui tentang isu khusus mengenai satu etnik tertentu (contoh – keciciran
pendidikan Orang Asli, taraf Bumiputera etnik Siam, identiti etnik tertentu yang kian luntur,
dll). (*Tips: Untuk memilih topik, anda disarankan membaca akhbar tempatan untuk
mengenalpasti isu/topik terkini tentang HE).

 Sediakan Proposal ringkas sepanjang 3 hingga 5 mukasurat mengenai tajuk pilihan anda.
Proposal mestilah mengandungi:
o Latar belakang kajian
 Fakta dan maklumat berkaitan isu yang dikaji.
 Kajian lepas yang berkaitan.
o Objektif kajian
 Senaraikan 1 hingga 3 objektif kajian.
 Contoh objektif kajian:

1
o Menilai tahap pengetahuan responden tentang Kempen Buy Muslim First
(BMF).
o Membincangkan sikap responden terhadap BMF.

o Kaedah kajian
 Anda mesti menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kaedah temubual. Setiap ahli
kumpulan perlu menemubual sekurang-kurangnya seorang responden.
 Jelaskan siapa responden anda.
 Sertakan soalan temubual yang bertepatan dengan objektif kajian. Gunakan jadual
seperti di bawah:

SOALAN UTAMA SOALAN SAMPINGAN

OBJEKTIF 1

OBJEKTIF 2

o Jadual perancangan kerja


o Sediakan jadual perancangan kerja seperti berikut:

Minggu 8 Minggu 9 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13 Minggu 14


Penetapan
tajuk dan
objektif kajian
Penyediaan
proposal
Temubual
responden
Penyediaan
transkrip
temubual
Analisis hasil
temubual
Penulisan
laporan
Penyediaan
dan
pembentangan
poster laporan
Penghantaran
laporan akhir

o Senarai rujukan
 Senaraikan sekurang-kurangkan 10 rujukan dari pelbagai sumber (jurnal, buku,
laman web rasmi, laporan rasmi, akhbar, dll.)
 Rujuk cara penulisan rujukan dalam penulisan akademik.

2
 Setelah selesai menjalankan penyelidikan, sediakan laporan dalam bentuk poster bersaiz A1.
Poster anda hendaklah dicetak kemas dan mestilah mengandungi:
o Tajuk kajian
o Nama kumpulan dan senarai ahli
o Latar belakang
o Kaedah kajian – serta jadual profil responden
o Hasil kajian
o Kesimpulan
o Rujukan utama

 Setelah selesai menjalankan penyelidikan, sediakan laporan akhir sepanjang lebih kurang 25
mukasurat, termasuk lampiran (Font Times New Roman, saiz font 12, langkau 1.5 baris).
Laporan akhir mestilah mengandungi:

o Latar belakang kajian


 Apa yang membuatkan anda ingin mengkaji tajuk tersebut?
 Fakta dan maklumat berkaitan isu yang dikaji.
 Kajian lepas berkaitan tajuk

o Objektif kajian
 Senaraikan 1 hingga 3 objektif kajian.

o Kaedah kajian
 Pendekatan kualitatif dengan kaedah temubual.
 Jelaskan siapa responden dan sertakan soalan temubual.

o Hasil kajian
 Hasil kajian dibahagikan kepada:
o Profil atau latar belakang responden – dalam bentuk jadual
o Hasil Objektif 1
o Hasil Objektif 2

o Kesimpulan
 Rumuskan hasil kajian anda dengan menyatakan dapatan utama serta kaitan dengan
kajian lepas.
 Juga nyatakan cadangan atau implikasi dari hasil kajian anda.

o Senarai rujukan

o Lampiran – sertakan transkrip temubual setiap ahli kumpulan

SELAMAT MAJU JAYA

You might also like