You are on page 1of 7

NAMA :

NUR NABIHA BTE MURI

NO. KAD PENGENALAN :

981223-01-7098

NO. MATRIK :

A169131

PROGRAM :

SAINS POLITIK

NAMA PENSYARAH :

PROF. MADYA DR MOHD RIZAL BIN MOHD YAAKOP

TAJUK KURSUS :

PENGANTAR SAINS POLITIK (SKSJ1013)


Calon pertama yang telah saya menemubual ialah Norfadilah Hermking

bertanding bagi calon umum tahun 1 dan 2 calon nombor 3. Antara manifesto yang

dinyatakan oleh saudari Fadilah ialah menjalankan kebajikan umum mahasiswi di

UKM dengan menyediakan kit kit wanita dalam tandas di kawasan tumpuan

kampus. Manifesto kedua daripada saudari Fadilah ialah mengadakan kerjasama

dengan pihak agensi pelancongan untuk mewujudkan kaunter pembelian awal tiket

penerbangan terutama bagi mahasiswa yang menetap di Sabah dan Sarawak. Hal

ini demikian kerana, kebanyakan pelajar UKM tidak mampu balik ke kampung

halaman pada cuti semester kerana harga tiket penerbangan yang melambung

tinggi sehingga boleh membebankan pelajar.

Selain itu, pada pandangan saudari Norfadilah terhadap partinya iaitu parti

Demokrat menyatakan bahawa parti mereka adalah bersikap non-partisan dan tidak

memihak kepada mana-mana pentadbiran malah parti mereka berdiri sendiri

dengan mendapatkan dana daripada penjualan baju Demokrat. Tambahnya lagi,

matlamat parti mereka hanyalah untuk memperjuangkan hak-hak mahasiwa di

UKM. Di samping itu, pandangan saudari Norfadilah terhadap pilihan raya kampus

UKM kalini agak berbeza pada tahun sebelumnya. Hal ini demikian kerana,

pengaruh pilihan raya umum yang ke-14 baru-baru ini membolehkan parti-parti

lain seperti Demokrat dan Republican dapat bersuara dengan bebas di setiap kolej
kediaman UKM. Akhir sekali, harapan saudari Norfadilah pada pilihan raya

kampus kali ini ialah agar semua mahasiswa membuka mata supaya memilih calon

yang sebenarnya layak untuk memimpin UKM kearah yang lebih baik.
Calon kedua yang telah saya menemubual ialah Rusnina Rosman bertanding

bagi calon umum tahun 3 dan 4, calon nombor 9. Antara manifesto yang

dinyatakan oleh saudari Rusnina ialah mewujudkan sistem kediaman luar kampus

khususnya kepada pelajar UKM yang tidak mendapat kolej kediaman. Saudari

Rusnina mengambil pendekatan ini kerana ia dapat membantu pelajar untuk

mendapatkan tempat kediaman dengan mudah dan selesa.

Jangkaan saudari Rusnina pada pilihan raya kampus kali ini kelihatan

meriah dengan kehadiran parti-parti baharu seperti Demokrat dan Republican.

Menurutnya lagi, persaingan sengit akan berlaku terhadap parti-parti yang

bertanding seperti Inspirasi, Revolusi Mahasiswa, Demokrat dan Republican.

Pilihan raya kampus kali ini menampakkan perbezaan dimana parti Demokrat dan

Republican telah bergabung. Walaubagaimanapun, menurut Rusnina kedua-dua

parti tersebut masih mengamalkan ideologi yang berbeza.

Akhir sekali, saudari Rusnina berharap pada pilihan raya kampus kali ini,

mana mana calon yang menang bertanding perlulah menjalankan tugas dan

tanggungjawab dengan baik demi menjaga kebajikan mahasiswa UKM dan bukan

sekadar melontarkan janji-janji kosong atau manifesto sekadar buat.


Calon ketiga yang telah saya menemubual ialah Luqman Hakimi Hamdan

bertanding bagi calon umum tahun 3 dan 4, calon nombor 2. Antara manifesto

yang dinyatakan oleh saudara Luqman ialah ingin menubuhkan jawatankuasa khas

bersama majlis perwakilan pelajar untuk memastikan aduan daripada mahasiswa

dalam sistem e-FACT berjalan dengan lancar. Hal ini demikian kerana, aduan

aduan dalam e-FACT tidak didengari dengan serius. Menurutnya lagi, mahasiswa

mahasiswi boleh mengadu mengenai kerosakan di fakulti, kolej mahupun

kerosakan di stadium dalam website e-FACT ini. Walaubagaimanapun, aduan

aduan tersebut tidak dilakukan dengan serius, sehingga terpaksa menerima 20

hingga 30 aduan terhadap perkara yang sama.

Menurut Luqman, pilihan raya kampus pada tahun ini sangat berlainan

daripada pilihan raya kampus pada tahun sebelumnya. Dasar kerajaan baru selepas

pilihan raya umum ke-14 telah memberi peluang kepada parti-parti baharu untuk

muncul dan berani tampil kehadapan bagi menjaga kebajikan mahasiswa mahasiwi

di UKM.

Harapan saudara Luqman bagi pilihan raya kampus pada tahun ini ialah

dapat bersaing secara sihat antara sesama parti. Tambah Luqman, apabila berlaku

persaingan yang sihat ini bermakna calon-calon mendapat cabaran yang sangat

tinggi untuk menarik undi di kalangan pelajar UKM.


Calon keempat yang telah saya menemubual ialah Terrase Ong Jun Han

bertanding bagi calon umum tahun 3 dan 4, calon nombor 7. Antara manifesto

yang dinyatakan oleh Terrase ialah melaksanakan program pemberian keperluan

asas mahasiswa UKM secara berkala (pendrive,makanan, petrol dan lain-lain).

Menurut Terrase,dia sudahpun berbincang dengan beberapa syarikat dan bersetuju

akan melancarkan program ini jika diberi mandat dalam pilihan raya kampus pada

tahun ini. Selain itu, manifesto kedua daripada Terrase ialah mempergiatkan lagi

aktiviti di sudut pidato UKM untuk menarik minat mahasiswa sebagai menyahut

seruan kementerian pendidikan.

Menurut Terrase lagi, pilihan raya kampus pada tahun ini sangat berbeza

daripada pilihan raya kampus pada tahun sebelumnya. Calon-calon yang

bertanding juga bertambah merupakan satu petanda yang baik dimana akan

berlakunya persaingan secara sihat.


Calon kelima yang telah saya menemubual ialah Khairul Azhar bertanding

bagi calon umum tahun 3 dan 4, calon nombor 14. Antara manifesto yang

dinyatakan oleh saudara Khairul ialah menyelaraskan semula sistem merit dengan

lebih efektif dan adil. Menurut Khairul, beliau ingin melakukan perubahan

daripada sistem merit supaya tidak lagi membebankan kepada mahasiswa UKM.

Tambahnya lagi, pemberian sistem merit seperti di fakulti, persatuan anak negeri

atau persatuan persatuan lain sepatutnya boleh memberikan sistem merit yang

sama rata dan bukan sahaja diberikan oleh kolej kediaman.

Akhir sekali, pada pandangan Khairul terhadap partinya iaitu parti Demokrat

telah memegang satu matlamat iaitu “ daripada mahasiswa kepada mahasiswa

untuk mahasiswa”. Saudara Khairul menyatakan bahawa segala dana yang

diperuntukkan daripada partinya adalah keluaran sendiri dan tidak menerima dari

tajaan luar.

You might also like