You are on page 1of 11

TUGASAN SKW 110

PENGANTAR ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI

TUGASAN KERTAS PROJEK BERKUMPULAN

SEMESTER 1 (SIDANG 2022/2023)

NAMA PENSYARAH: PROF. DR. SIVAMURUGAN PANDIAN

TAJUK KAJIAN: SATU KAJIAN DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PENERIMAAN


PELAJAR TERHADAP KELAB BOLA SEPAK MANCHESTER UNITED

BIL. NAMA AHLI KUMPULAN NOMBOR


MATRIKS

1. MUHAMMAD FAWWAZ BIN AHMAD RUSHDAN 162002

2. MUHAMMAD IHSANNUDDIN FAHMY BIN AHMAD 164516


DASUKI

3. MUHAMMAD AMIRUL AFIQ BIN BASRI 161215

4. MUHAMMAD AZFARUDDIN BIN TAJUDIN 162997


BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN

2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.0 KAEDAH KAJIAN

5.0 DAPATAN KAJIAN

6.0 KESIMPULAN

LAMPIRAN
1.0 PENGENALAN

Persatuan dapat ditakrifkan sebagai sebuah entiti kumpulan yang mempunyai

struktur,perlembagaan,peraturan serta kempinanan yang kukuh. Setiap persatuan yang

wujud terhasil daripada anggota yang memiliki sikap kerjasama,saling bantu-membantu

dan sentiasa berkongsi sumber ataupun ilmu pengetahuan dalam menjalankan aktiviti

dan memfokuskan matlamat yang telah ditetapkan bersama. Menurut Sofian Effendi

(1989), konsep atau istilah persatuan menggambarkan secara abstrak sesuatu

kejadian,keadaan dan kelompok atau individu yang menjadi perhatian ilmu

sosial.Berdasarkan konsep dan teori yang dinyatakan,penubuhan kelab bola sepak

dunia Manchester United merupakan salah satu contoh persatuan yang mempunyai

organisasi yang kukuh.Lanjutan itu, Manchester United telah ditubuhkan pada tahun

1878 sebagai kelab bola sepak LYR Newton Heath oleh jabatan Carriage and Wagon

di depoh Lancashire. Pada tahun 1902 ,penemuan empat ahli peniaga tempatan

termasuk John Henry Davies (presiden kelab) telah menyelamatkan kelab tersebut

daripada situasi muflis dan secara langsung mendapat kuasa dalam mengendalikan

kelab. Pada 24 April 1902, Manchester United diwujudkan secara rasmi serta telah

mencapai kejayaan kedua di liga bola sepak divisyen pertama pada tahun 1911.
2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

1. Apakah faktor penerimaan pelajar Universiti Sains Malaysia terhadap kelab bola
sepak Manchester United ?

2. Apakah kesan penerimaan pelajar Universiti Sains Malaysia terhadap kelab bola
sepak Manchester United ?
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengkaji faktor penerimaan pelajar Universiti Sains Malaysia terhadap kelab

bola sepak Manchester United.

2. Mengenal pasti kesan penerimaan pelajar Universiti Sains Malaysia terhadap

kelab bola sepak Manchester United.


4.0 Kaedah Kajian

Dalam bahagian ini, penyelidik akan menjelaskan cara pengumpulan data yang

digunakan dalam kajian ini.Pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk

mengumpul maklumat atau data-data kajian sama ada data primer atau data sekunder.

Data primer dikumpul melalui kaedah kajian soal selidik bersama responden manakala

kaedah rujukan internet dilakukan untuk mengumpul data sekunder.

4.1 Kajian Soal Selidik

Kaedah soal selidik ini dijalankan dalam bentuk google form yang melibatkan lebih 25

orang pelajar yang terdiri dari pelajar Universiti Sains Malaysia. Format soal selidik ini

terbahagi kepada tiga yang merangkumi demografi responden, faktor penerimaan

responden terhadap kelab Manchester United dan kesan penerimaan terhadap kelab

Manchester United. Kaedah soal selidik ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui

sendiri secara mendalam mengenai faktor yang menyebabkan mereka memilih kelab

Manchester United sebagai kelab kegemaran mereka serta kesan-kesan yang mereka

alami setelah menjadi pemain ke-12 kelab kegemaran mereka itu.


4.2 Kaedah Rujukan Internet

Pengkaji telah menggunakan metod rujukan internet untuk memperoleh data sekunder.

Data ini bertujuan untuk melengkapkan data kajian. Rujukan dari laman internet ini

dapat membantu pengkaji mencari serba sedikit maklumat berkaitan kelab bola sepak

Manchester United serta sejarah penubuhannya dalam melengkapkan kajian ini. Segala

data yang diperoleh dari kaedah rujukan internet ini akan dikumpul untuk dijadikan

sebagai data penting dalam penghasilan kajian ini.


5.0 DAPATAN KAJIAN
6.0 KESIMPULAN

Konklusinya, berdasarkan kaedah soal selidik yang dibuat dapat dirumuskan

bahawa antara faktor minat pelajar USM berkenaan kelab bola sepak Manchester

United adalah disebabkan oleh faktor kelab Manchester United merupakan kelab bola

sepak terkemuka dunia kerana mendapat bilangan peratus setuju tertinggi dalam kajian

ini iaitu sebanyak 83.3%. Situasi ini memperlihatkan bagaimana jenama Manchester

United ini sangat popular atau terkenal dalam kalangan pelajar USM yang

menyebabkan mereka cenderung untuk menyokong Manchester United sebagai kelab

kesayangan mereka.

Seterusnya, selain faktor terdapat satu lagi aspek penting yang dikaji iaitu kesan

daripada penerimaan pelajar USM berkenaan kelab Manchester United ini. Hasil soal

selidik dapat dirumuskan bahawa kesan dari menyokong Manchester United ini, pelajar

berpendapat bahawa mereka akan mengalami kesedihan jika kelab mereka mengalami

kekalahan dan menyebabkan waktu tidur tidak cukup bagi seseorang pelajar kerana

kebanyakan waktu perlawanan berlangsung pada awal pagi waktu Malaysia.

You might also like