You are on page 1of 13

KONSEP DAN DEFINISI KURIKULUM

1. Kurikulum didefinisikan sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau
satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang
dihajati.(Ornstein dan Hankins 1993,98)
2. Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan unutk memandu guru
mengajar kumpulan murid tertentu.(MOHD DAUD 1995)
3. Kurikulum ditakrifkan sebagai dokumen yang mengandungi rancangan P&P yang
mempunyai objektif psikomotor,efektif dan kognitif bagi satu subjek.
4. Kurikulum juga didefinisikan sebagai satu rancangan pendidikan yang
mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur
kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan
daripada generasi ke generasi yang lain.
5. Contohnya : KBSR(Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah)
6. Konsep kurikulum dapat dikategorikan kepada 5 iaitu:-
a) Kurikulum menjadi dokumentasi khas dan panduan. Kurikulum terdiri
daripada cadangan-cadangan berhubung dengan matlamat, objektif, ciri-
ciri pelajar, pengalaman pembelajaran, isi kandungan pelajaran, kaedah,
bahan dan cara penilaian.
b) Kurikulum perlu memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian yang
lebih menarik. Ini membantu pelajar menguasai kemahiran dan isi
kandungan dengan berkesan.
c) Kurikulum merupakan program pengajian yang merujuk kepada subjek
yang diajar mengikut aliran atau jurusan yang ditetapkan.
d) Kurikulum membentuk pengalaman pembelajaran yang terancang. Ia
bukan sahaja membolehkan pelajar menimba ilmu, tetapi juga mencari dan
mendapat pengalaman.
e) Selain itu, ia juga mempunyai konsep tersirat. Semasa pelajar melalui
pembelajaran terancang, pelajar akan memperolehi nilai-nilai sampingan.
CTHNYA: interaksi dan komunikasi. Ia membolehkan kanak-kanak menjadi
lebih matang dan dewasa serta mempelajari nilai dan etika dalam
kehidupan masyarakat.

1
KURIKULUM (MATLAMAT DAN OBJEKTIF)

1. Berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak
disampaikan.
2. Menyampaikan maklumat mengikut peringkat tertentu.
3. Kurikulum di sekolah perlu sentiasa relevan dengan kehendak semasa. Pusat
perkembangan kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia
dari semasa ke semasa mengikut aliran tinggi. Kurikulum perlu diubahsuai
mengikut keperluan supaya pelajar sentiasa belajar mengikut trend pengetahuan
terkini.
4. Kurikulum pendidikan (KP) yg dibina baig melahirkan insan yang seimbang dari
segi intelek, jasmani, rohani dan emosi serta berketerampilan dan mampu berfikir.
Selain daripada intelek, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan
unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini,
kurikulum telah mengutamakan kepimpinan pelajar melalui kokurikulum.
5. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat
untuk menguatkan hubungan kekeluargaan antara masyarakat majmuk di
Malaysia.
6. Kurikulum pendidikan yang sama membentuk masyrakat yang bersatu padu dan
menyingkirkan sikap prejudis antara kaum.
7. Kurikulum juga diharap dapat melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah
air.

2
HALA TUJU KURIKULUM

1. Kurikulum di Malaysia bertujuan membangunkan modal insan yang cemerlang


dari segi sahsiah dan akademik.
2. Kurikulum yang dibina perlu memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani,
rohani dan emosi.
3. Kurikulum dibina perlu memberi penekanan kpd perkembangan kemahiran
belajar dan genetik. Pendekatan ini melahirkan masyarakat yang mampu
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan sentiasa berkebolehan
mengikuti pelajaran. Aspek ini penting kerana proses pendidikan berlangsung
secara berterusan ke arah melahirkan insan yang dapat menyesuaikan diri
dengan pelbagai perubahan yang mencabar seperti keadaan ekonomi dan
aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi
4. Aspek pembangunan intelek tidak mencukupi, kurikulum perlu menekankan
aspek jasmani, rohani dan emosi, pengajaran Pendidikan Jasmani, pelaksanaan
kokurikulum, penerapan nilai-nilai agama dan moral kepada semua peringkat
perlu diperkukuhkan.
5. Pembangunan tenaga manusia menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada
penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang terampil tetapi aspek
melahirkan usaha yang berwibawa, terancang dan ketahanan diri yang tinggi juga
diberi perhatian.
6. Kurikulum perlu besifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan
corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia.

3
PROSES PEMBENTUKAN KURIKULUM (PPK)

1. Pembangun kurikulum perlu mengkaji


a) Teori-teori berkaitan dengan kurikulum
b) Falsafah pembentukan kurikulum
c) Kriteria pembentukan kurikulum

2. Teori berkaitan dengan kurikulum :


Terdapat 3 kategori utama dalam merekabentuk kurikulum:-
a) Teori tradisional
- Didukung oleh ahli-ahli akademik seperti Dewey, Bobbit, Tyler,Taba, Dull
dan lain-lain.
- Berfokus kepada pendekatan tingkah laku dan ianya dikenali kurikulum
tersurat. Ini kerana objektif pembelajaran kurikulum ini boleh ditentukan
sama ada tercapai atau tidak.
- Teori ini mementingkan proses pemindaan pengetahuan
- Teori ini menganggap proses pendidikan boleh dikenal pasti, dijelaskan
dan dikawal.
- Kurikulum dibina dgn mengambil proses pemecahan tingkah laku.
Pengajar bertindak sbg penyampai maklumat dan ditatih dlm
melaksanakan kurikulum dgn berkesan.
b) Teori konseptual
- Didukung oleh kebanyakan ahli akademik yang berfahaman psikologi
kognitif seperti Bloom, Brunner, Stake dan lain-lain.
- Ahli akademik berpendapat ilmu pengetahuan distrukturkan mengikut
konsep utama. Konsep utama diorganisasikan untuk mendedahkan
hubungan penting dan seterusnya menghasilkan kurikulum tersusun
sehingga pelajar dapat menguasai konsep ilmu pengetahuan dengan
mudah.
- Member fokus kepada analisis situasi semasa dan mencadangkan pilihan
pada kandungan kurikulum.
- Teori ini menggunakan kaedah penelitian dlm sains bagi menghasilkan
generalisasi yang membolehkan pendidik meramal dan mengendalikan
apa-apa yang berlaku di sekolah.

4
c) Teori rekonseptual
- Didukung oleh kebanyakan yg berfahaman Marxism dan Neo-Marxism
seperti James Macdonald, Michael Apple, Harold Rugg, Robert Yoong dan
lain-lain.
- Merupakan bidang yang dapat membekalkan pedoman dan garis panduan
ketika membuat keputusan.
- Menurut Ornstein dan Hunkins (1988), manusia sering bertungkus-lumus
mencari maklumat dari bukti bertulis berbanding menggunakan
kebijaksanaan sendiri.
- Teori rekonseptual menganggap kurikulum sebagai bahan penting yang
membawa kesedaran dan perubahan kepada masyarakat. Kurikulum
bertujuan untuk mewujudkan golongan pelajar mempunyai kesedaran dan
berupaya mengubah masyarakat.
- Teori ini berpendapat pelajar perlu menganalisis kebenaran dari semasa
ke semasa serta mengimbas kembali kepercayaan dan pendapat yang
mempengaruhi kehidupan.

5
FALSAFAH PEMBENTUKAN KURIKULUM

1. Kajian falsafah pendidikan membolehkan pengkaji memahami pendidikan secara


keseluruhan, mentafsir konsep umum dan dasar pendidikan Negara
2. Kandungan falsafah membolehkan pembina kurikulum memahami dan menilai
secara dalaman dan luaran hala tuju pendidikan
3. Oleh itu, falsafah menjadi sumber rujukan utama dalam membina kurikulum
4. Terdapat beberapa aliran falsafah yang mempengaruhi reka bentuk kurikulum.
Antaranya:
a) Idealisme
- Menganggap ilmu diperolehi dari kebolehan berfikir
- Pengetahuan sebenarnya berlaku dalam fikiran
b) Realisme
- Menolak pandangan idealisme dan menganggap kebenaran apa-
apa yang dapat dilihat dan ilmu yang terhasil dari penaakulan dan
lengkap.
- Ilmu harus mempunyai kaitan antara dunia fizikal dan pemikiran
manusia.
c) Paramatism
- Sekiranya satu idea dapat dipraktikkan maka idea itu benar. Iaitu
idea yang sah adalah idea yang dapat dibuktikan.
- Menganggap minda manusia bertindak dengan aktif. Manusia yang
berkebolehan untuk menaakul dan mempunyai gaya fikiran pelbagai
bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
- Falsafah ini menganggap pengetahuan bukan semata-mata ilmu
tetapi pengetahuan ialah mengaplikasikan ilmu sebagai panduan
dan pedoman hidup.
- Iaitu bukan semata-mata mengajar manusia menghafal ilmu tetapi
menggunakan ilmu.
- Aliran ini dapat dilihat dalam sistem peperiksaan awam di Malaysia
yang berubah diri soalan bentuk hafalan ke soalan berorientasikan
pemikiran.

6
d) Perialisme
- Adalah falsafah konservatif, tradisional dan tidak fleksibel.
- Menganggap manusia dan pendidikan dalam keadaan tetap.
- Perbezaan manusia dengan haiwan ialah keupayaan manusia
berfikir, pendidikan adalah keperluan untuk hidup.
- Pelajar perlu melalui proses pembelajaran yang tetap melalui
pengujian berstruktur.
- Kurikulum mempunyai disiplin, latih tubi dan latihan yang ketat.
- Di sekolah, guru perlu mengajar dan murid sebagai penerima dan
kurikulum terbina adalah muktamad.
e) Essentialisme
- Menganggap kurikulum dan guru merupakan faktor penting dalam
pembelajaran.
- Ahli pendidik hendaklah membezakan perkara yang diperlukan dan
tidak perlu dalam pendidikan.
- Kurikulum yg dibina bagi memenuhi kehendak masyarakat semasa
dan mengutamakan tamadun masa lampau serta merangsang
kebijaksanaan masa hadapan.
f) Progressivesme
- Menyatakan pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan kemajuan
dan bukan ketekalan.
- Memfokuskan kepada pendekatan p&p berpusat pelajar dan
pengajaran melalui alat bantuan belajar.
- Memberi penekanan kepada demokrasi. Sekolah perlu membina
suasana demokrasi serta kerjasama antara pelajar dan bukan
persaingan. Guru berperanan fasilitator dan bukan guru tradisional
- Menganggap perubahan yang dihasilkan bergantung kepada
kecenderungan dan minat pelajar.
- Pelajar harus diberi bimbingan untuk mengubah pengalaman
langsung menjadi pengetahuan.
- Pendidikan ialah proses pembentukan yang berterusan kerana
manusia terus hidup dan berfikir.

7
g) Rekonstrutionalisme
- Menyatakan peranan pendidikan perlu menerapkan tanggungjawab
sosial serta melahirkan masyarakat berilmu.
- Percaya manusia membina masyarakat baru melalui perubahan
yang berkesan dalam pendidikan dan masyarakat.
h) Eksistensialisme
- Mementingkan pendidikan melalui persekitaran.
- Guru membantu murid dalam proses penerokaan.
- Persekitaran memainkan peranan penting dalam membina
pendidikan.
- Dunia sebagai bahan pembelajaran yang boleh ditafsirkan secara
individu.

8
KRITERIA PEMBENTUKAN KURIKULUM

1. Dikategorikan kepada tiga kaedah :


a) Berpusatkan subjek
b) Berpusatkan pelajar
c) Berpusatkan masalah

2. Reka bentuk berpusatkan subjek


- Adalah berpaksikan ilmu dan isi kandungan pelajaran yang terdiri
daripada:-
reka bentuk mata pelajaran
reka bentuk disiplin
reka bentuk bersepadu
reka bentuk korelasi
a) Reka bentuk mata pelajaran
- Ini terkenal dan kerap digunakan dalam mereka bentuk kurikulum.
- Merupakan reka bentuk yang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran
yang terdapat dalam buku teks.
- Ilmu disusun menjadi teratur dan berperanan sebagai subjek.
- Bagi memudahkan pembelajaran, konsep disusun daripada ringkas ke
kompleks.
- Tumpuan pelajaran tertumpu kepada proses mengingat dan memahami.
b) Reka bentuk disiplin
- Setiap subjek mempunyai disiplin ilmu tersendiri iaitu cara dan proses.
- Ia menekankan isi kandungan dan proses disiplin sesuatu ilmu.
c) Reka bentuk bersepadu
- Menyatukan dua atau lebih subjek yang menjadi satu mata pelajaran
yang bersepadu.
- Membekalkan pelajar dengan ilmu yang bersepadu dan tidak terasing
- Menghilangkan sempadan matapelajran dan disiplin
- Pelajar akan melihat ilmu sebagai satu yang bersepadu dan lebih
bermakna.

9
d) Reka bentuk korelasi
- Mengaitkan maklumat antara satu subjek dengan subjek bertujuan
untuk mengurangkan pemisahan antara subjek.

3. Reka bentuk berpusatkan pelajar


- Menganggap pelajar merupakan elemen yang penting dalm bidang
pendidikan.
- Berdasarkan kepada falsafah progressivesme.
- Terbahagi kepada 3 kategori
Reka bentuk berpusatkan pelajar
Reka bentuk berpusatkan pengalaman
Reka bentuk berpusatkan humanistik
a) Reka bentuk berpusatkan pelajar
- Pembinaan kurikulum berdasarkan kepada pendekatan semulajadi
pelajar ketika belajar.
- Menganggap pemikiran pelajar akan berkembang jika mereka diberi
peluang utk belajar berdasarkan kegemaran dan keperluan pelajaran.
b) Reka bentuk berpusatkan pengalaman
- Sama seperti reka bentuk berpusatkan pelajar.
- Penekanan terhadap minat dan keperluan pelajar ketika membina
kurikulum.
- Ianya berbeza kerana berdasarkan reka bentuk berpusatkan
pengalaman, minat dan keperluan pelajar tidak boleh dijangka, oleh
itu kurikulum tidak akan dirancang dengan awal.
- Kurikulum ini dibina setelah pendidik mengenali pelajar.

c) Reka bentuk berpusatkan humanistik

- Mementingkan konsep kendiri kepada pelajar, pelajar akan belajar


dan membina tugasan atas kesedaran diri sendiri.
- Menyatupadukan unsur kognitif dan afektif(sikap).
- Memberi penekanan kepada isi kandungan, kognitif pengalaman dan
perasaan.
- Menekankan secara seimbang aspek pemikiran, perasaan dan
amalan.
10
- Menekankan kepada pendidikan dan pembangunan insan secara
keseluruhan.

4. Reka bentuk berpusatkan masalah


- Memberi fokus kepada masalah dalam kehidupan.
- Meletakkan peranan pembelajaran berdasarkan pengalaman individu dan
kemasyarakatan iaitu terbahagi kepada tiga :
reka bentuk situasi – kehidupan
reka bentuk semula masyarakat
i. Reka bentuk situasi – kehidupan
b. lebih mirip kepada teori konseptual.
c. berpendapat pembelajaran lebih bermakna jika pembelajaran itu boleh
di aplikasikan dalam kehidupan secara terus.
d. Keperluan dan keupayaan pelajar berfikir dalam menyelesaikan
masalah juga menjadi dasar dalam reka bentuk diri.
b) Reka bentuk semula masyarakat
- berorientasikan masyarakat.
- mengaitkan hubungan kurikulum dengan perkembangan masyarakat
daripada aspek sosial, politik dan ekonomi.
- dilihat berupaya menjadi ejen perubahan dalam masyarakat.
- menyerapkan nilai-nilai dan etika bagi melahirkan masyarakat yang
berkualiti

11
KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH

1. Selaras dengan kehendak FPK. Tujuan penggubalan adalah untuk :


a) Meningkatkan pengetahuan kesihatan
b) Memupuk sikap positif terhadap kesihatan
c) Mengamalkan gaya hidup sihat

2. Kurikulum Pendidikan Kesihatan KBSR Tiga Tunjang


a) Kesihatan diri dan keluarga
Kesihatan diri
Perasaan
Kekeluargaan
b) Gaya Hidup Sihat
Pemakanan
Pengurusan Konflik dan Stress
Penyalahgunaan bahan
c) Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran
Keselamatan
Penyakit berjangkit
Pertolongan cemas

3. Penilaian Pendidikan Kesihatan


a) Penilaian Formatif
Menilai program utk perbaiki kurikulum, p&p, dan perkembang kanak-
kanak
Membentuk maklumat dan objektif program.
Pembelajaran kanak-kanak yg berterusan
Pengumpulan bukti secara sistematik
Memperbaiki kualiti pengalaman kanak-kanak.

b) Penilaian Sumatif
Akhir pelajaran PK – samada setiap akhir unit atau akhir semester
Ujian yang standard

12
Menentukan tahap pancapaian murid
Menentukan keberkesanan kurikulum, pengajaranguru dan
pembelajaran murid.

c) Penilaian berterusan dan tidak formal


Penilaian tentang apa yang telah dilaksanakan
Maklumbalas semasa terhadap tindakan/ kerja murid.
Maklumbalas secara spontan melalui pemerhatian.

13

You might also like