You are on page 1of 3

GMGM 3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Tajuk Jurnal : Penerapan dan Kesedaran Kemahiran Kepimpinan Menerusi Kokurikulum Silat
Dalam Kalangan Pelajar UTHM.
Penulis : Ahmad bin Esa (UTHM)
: Kamarudin bin Khalid (UTHM)
: Sarebah binti Warman (UTHM)
: Aida Ilyani Binti Ali (UTHM)

1.0 PENGENALAN
Jurnal ini adalah merupakan kajian berkenaan penerapan dan kesedaran di kalangan pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia berkenaan kemahiran kepimpinan menerusi kokurikulum
silat yang dianjurkan oleh pihak universiti tersebut. Umum mengetahui bahawa pemimpin adalah
merupakan seorang individu atau kumpulan yang diberi tanggungjawab untuk mengarah dan
menyelaraskan aktivit-aktiviti untuk mencapai matlamat kumpulan tersebut. Ini bermakna,
kepimpinan adalah merupakan proses yang mempengaruhi kegiatan kumpulan ke arah pencapaian
sesuatu hasil yang telah dirancang. Dalam pentadbiran pendidikan, peranan kepimpinan adalah
sangat penting. Sekolah yang berjaya dalam bidang akademik dan juga kokurikulum adalah
bergantung kepada tonggak kepimpinan dan kebolehan seseorang pengetua.
Selain itu, kebolehan dari segi kepimpinan juga dalah merupakan salah satu aspek penting dalam
pembentukan masyarakat yang bersatu padu. Kepimpinan yang cemerlang juga merupakan wadah
bagi menguatkan perpaduan antara kaum serta mengelakkan konflik dan memangkin rakyat
sesebuah negara agar bergerak mencapai matlamat yang sama di samping mampu untuk
mempengaruhi mereka agar menjadi warga yang baik (Mohd. Dom, 2011 dan Ahmad, Ghazali &
Hassan, 2011). Kajian oleh Lussier & Achua (2007) dan Wictor & Anderson (2012) menyatakan
bahawa sebuah negara itu dilihat berjaya, berdaya maju dan disegani adalah disebabkan oleh
pemimpinnya yang mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi. Objektif dari kajian ini adalah
untuk mengenalpasti persepsi pelajar menegnai penerapan kemahiran kepimpinan dalam diri
mereka menerusi aktiviti kokurikulum Silat Gayung di UTHM. Selain itu juga, mengenalpasti
tahap kesedaran pelajar terhadap wujudnya kemahiran kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum
Silat Gayung di UTHM juga adalah merupakan objektif kajian ini dilakukan. Menurut Robinson
(2009), seorang pemimpin yang baik boleh mempengaruhi pasukannya unutk menyertai Prosiding
Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC) 2014 di mana aktiviti yang

NOOR IZZATI BINTI ZULKEFLY 242070 1


GMGM 3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

dilakukan dan mampu untuk berinteraksi dengan baik kepada ahli pasukannya bagi menimbulkan
perasaan hormat, timbang rasa dan semangat kerjasama dalam kalangan ahli. Fan (2010)
mendapati, bahawa seni bela diri dapat membentuk kemahiran kepimpinan pelajar yang akhirnya
boleh diaplikasikan dalam pekerjaan dan juga hubungan dengan masyarakat. Ini dikukuhkan lagi
apabila Menteri Pelajaran Malaysia menyatakan dengan jelas bahawa pertubuhan seni silat dapat
mendidik seseorang individu itu untuk mempunyai semnagat kepimpinan (Bernama,2010). Lee-
Barron (2011) juga berpendapat seni bela diri termasuklah silat bukan sahaja dapat meningkatkan
tahap kecergasan pelajar tetapi juga dapat membentuk kemahiran interpersonal pelajar yang
merangkumi penerapan kemahiran kepimpinan.

2.0 KRITIKAN
Secara keseluruhannya saya bersetuju dengan kajian ini yang mendapati bahawa institusi
pendidikan Malaysia seharusnya menstruktur semula kepimpinan di institusi pendidikan mereka
dalam menempuh persaingan di peringkat global untuk menangani masalah kepimpinan yang
berlaku dalam institusi pendidikan di negara ini melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum seumpama
ini. Kepincangan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar adalah dilihat sangat signifikan
berdasarkan dapatan Tahir & Othman (2011) yang mendapati masih wujudnya isu kepimpinan di
universiti yang melibatkan masalah disiplin pelajar dan mencadangkan penyertaan dalam aktiviti
kokurikulum. Wahab (2011) menjelaskan bahawa silat mampu untuk membinan ketahanan
dalaman, jati diri disiplin serta sahsiah pelajar. Namun, terdapat segelintir masyarakat yang masih
memandang serong pada persatuan silat kerana merasakan wujudnya unsur negatif dalam teknik
pembelajaran silat (Sinar harian, 2010).
Selain itu, pada pendapat saya penerapan berkenaan kemahiran kepimpinan kepada pelajar
universiti adalah penting dan merupakan suatu inisiatif yang baik bagi memupuk kesedaran kepada
pelajar bahkan menjadi ikutan kepada masyarakat luar betapa pentingnya kemahiran kepimpinan
yang dapat ditonjolkan melalui aktiviti kokurikulum seperti ini. Umum sedia maklum bahawa seni
mempertahankan diri seperti silat gayung adalah merupakan seni mempertahankan diri yang
sinonim dengan adat orang melayu di Malaysia. Ianya juga adalah merupakan tradisi turun
temurun dalam masyarakat Melayu di negara ini yang memperjuangkan hasil seni
mempertahankan diri serta menonjolkan kewibaan seseorang pahlawan pada zaman dahulu.
Namun begitu, terdapat juga masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar apabila nilai-nilai

NOOR IZZATI BINTI ZULKEFLY 242070 2


GMGM 3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

kepimpinan kurang diterapkan kepada mereka sehingga menyebabkan perbalahan berlaku. Sikap
persaingan secara sihat juga seharusnya ditonjolkan dalam usaha meningkatkan budaya
kepimpinan ini agar hasilnya akan seiring dengan kepimpinan yang baik dan bersesuaian.
Saya juga bersetuju dengan hasil kajian ini yang mendapati kurangnya penyumbangan idea
kepada pasukan yang dilakukan oleh jurulatih dalam aktiviti ini. Hal ini adalah kerana jurulatih
adalah merupakan individu utama dan penting dalam pasukan tersebut untuk membantu para
pelajar sedar akan kepentingan kepimpinan itu sendiri. Jurulatih juga adalah merupakan individu
yang utama bertanggugjawab dalam menggerakkan sesuatu pasukan itu. Sebagai jurulatih yang
baik, individu tersebut perlu memainkan peranan yang baik dalam menujukkan contoh kepimpinan
yang bagus seta menyumbangkan idea-idea serta cadangan-cadangan yang bernas untuk memberi
sokongan serta galakan kepada pelajar-pelajar tersebut.

3.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, hasil kajian yang dijalankan mendapati kesedaran pelajar terhadap
elemen kemahiran kepimpinan iaitu pengetahuan tentang teori asas kepimpinan adalah bertepatan
dengan dapatan kajian oleh Ibrahim, mastor, mohd Salleh & Sulaiman (2010) yang menyatakan
bahawa aktiviti kokurikulum memberi kesedaran kepada pelajar dalam meningkatkan kebolehan
mereka mencapai matlamat pasukan. Saya juga menyokong cadangan penyelidik yang
mencadangkan agar pihak unviersiti melaksanakan program pengantarabangsaan yang boleh
dibuat melalui jalinan kerjasama di antara UTHM dengan institute pengajian tinggi di luar negara
dalam bentuk lawatan, penanda aras, pertukaran pelajar, kolaborasi aktiviti kesenian, perkongsian
ilmu dan pengalaman kepimpinan. Melalui program seumpama ini, pelajar-pelajar akan dapat
meningkatkan kemahiran kepimpinan dari aspek interaksi sosial secara global. Kejayaan daripada
program tersebut akan dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar di dalam memimpin dan
mengkoordinasi organisasi dengan lebih secara tidak langsungnya. Saya juga menyokong
keseluruhan kajian ini dengan menegaskan bahawa nilai kepimpinan yang baik adalah sangat
penting dalam melahirkan seorang pemimpin yang baik untuk masyarakat dan negara.

NOOR IZZATI BINTI ZULKEFLY 242070 3

You might also like