You are on page 1of 5

GRU 60104

KAEDAH PENYELIDIKAN UNTUK


PENDIDIKAN

TUGASAN 2 – ANALISIS ARTIKEL

NAMA : THILLAI MALAR A/P THALLAI MUTHU

NO. MATRIK : M20182001976

PROGRAM : SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS)

NO. TELEFON : 016-4445157

PENSYARAH : DR ZAHARI BIN SUPIAN


CADANGAN TAJUK KAJIAN: MENINGKATKAN FOKUS MURID AUTISME
MELALUI PENGGUNAAN KAEDAH “SENSORY BOTTLES” DI DALAM KELAS

Dalam bahagian ini, beberapa kajian yang pernah dijalankan oleh para pengkaji

di dalam dan di luar negara yang berkait rapat dengan kajian saya ini akan

dibincangkan. Salah satu kajian yang telah dilakukan oleh Tarmidzi (2012),

mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan ADHD dengan

menggunakan kaedah pokok ganjaran iaitu melalui penggunaan token. Tujuan kajian

ini adalah untuk mengurangkan tingkah laku negatif iaitu sikap murid yang suka

bergerak sesuka hati semasa sesi pengajaran dan pemudahcaraan berlangsung.

Teknik yang digunakan dalam kajian ini adalah dengan menggunakan pendekatan

pokok ganjaran melalui penggunaan token bagi mengurangkan tingkah laku negatif

subjek kajian. Melalui kajian ini, didapati bahawa rangsangan adalah sangat penting

dalam menimbulkan gerak balas murid yang positif. Kajian ini menyokong kajian saya

di mana rangsangan dari segi ganjaran iaitu ‘sensory bottles’ menjadi akar umbi

kepada gerak balas positif murid autisme kerana mereka akan menunjukkan tingkah

laku positif dan memberi tumpuan semasa sesi pengajaran dan pemudahcaraan

berlangsung.

Menurut Zalizan (2009), murid bermasalah pembelajaran merujuk kepada

murid yang mempunyai pelbagai masalah pembelajaran khususnya dari segi

membaca, menulis dan mengira. Menurut beliau lagi, antara ciri-ciri murid

bermasalah pembelajaran termasuklah sukar mempelajari kemahiran, mengikut

arahan dan lemah dalam memberi tumpuan. Agung (2003) menyatakan kelemahan

daya tumpuan murid bermasalah pembelajaran adalah disebabkan perhatian yang

mudah teralih daripada satu stimulus ke stimulus lain. Hal ini adalah disebabkan

berikutan kesukaran untuk mengamati dan menapis maklumat penting yang wujud

daripada pelbagai rangsangan di persekitaran mereka. Seterusnya ini akan


menjejaskan beberapa kemahiran belajar termasuklah mendengar dan menerima

arahan, melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kerap

melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan kerja rumah (Dogru 2014). Dalam

masa yang sama, pemahaman terhadap konsep-konsep akademik yang turut terjejas

ini boleh merangsang kanak-kanak ini bertingkahlaku mengganggu dalam bilik darjah

(Haraway 2012). Dengan memberikan intervensi yang bersesuaian kepada murid

bermasalah pembelajaran diharapkan dapat membantu meningkatkan daya tumpuan

mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kenyataan ini menyokong

kajian saya kerana intervensi pengunaan ‘sensory bottles’ mampu meningkatkan

tumpuan murid dalam kelas serta mengekalkan tingkah laku positif murid autisme.

Menurut Suraya dan Mohamad Hashim (2008) kesukaran kanak-kanak

autisme untuk mengikuti pembelajaran dengan berkesan disebabkan tumpuan

mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran hanya dalam masa yang singkat. Hal

ini boleh dilihat dalam kajian saya di mana murid autisme yang telah dipilih sebagai

peserta kajian menunjukkan tumpuan yang terhad semasa proses pengajaran dan

pemudahcaraan berlangsung. Cherry (2013) menyatakan pelaksanaan penggunaan

peneguhan positif ganjaran dapat memberi kesan terhadap pencapaian akademik

dan tingkah laku murid. Ganjaran memberi rangsangan dan kesan kepada emosi

yang memainkan peranan yang dapat mengubah psikologi seseorang dengan

mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku murid tersebut. Dalam kajian saya,

‘sensory bottle’ sebagai ganjaran bagi murid autisme di mana mereka dapat bermain

dengan ‘sensory bottle’ tersebut apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang

positif.
Kajian yang dilakukan oleh Nurul Imani (2009) telah membuktikan bahawa

guru perlulah kreatif dan inovatif dalam membantu murid-murid untuk mengurangkan

tingkah laku negatif dengan menggunakkan kaedah peneguhan negatif dan

peneguhan positif melalui perkataan “bagus” dan kit ganjaran. Beliau berpendapat

bahawa tingkah laku negatif akan menganggu iklim bilik darjah serta mempengaruhi

murid lain sekiranya tidak diberikan intervensi. Justeru itu, kajian beliau berfokus

kepada penggunaan peneguhan negatif dan peneguhan positif melalui kad perkataan

‘Bagus’ dan kit ganjaran. Tingkah laku negatif murid yang telah dikenal pasti diberikan

intervensi bagi mengurangkan masalah tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid. Hal

yang sama dinyatakan oleh Syazwani (2011) melalui kajianya di mana tingkah laku

pasif murid iaitu kurang memberi tumpuan di dalam kelas boleh diatasi dengan

menggunakan kaedah Total Physical Response (TPR). Kedua-dua kajian tersebut

menyokong kajian saya di mana peneguhan positif bukan sahaja secara komunikasi

verbal malah dari segi objek juga mampu meningkatkan tumpuan murid di dalam

kelas.

Dalam bilik darjah, motivasi memainkan peranan yang penting dalam

pembelajaran. Ee Ah Meng (1993) menyatakan bahawa guru hendaklah

memotivasikan murid-muridnya dengan menunjukkan sesuatu yang menarik atau

menggagumkan sebelum mereka dapat memberi penumpuan yang teliti.

Keberkesanan kaedah pemberian rangsangan dalam kajian lepas yang telah

dilakukan oleh para penyelidik terdahulu menunjukkan bahawa penggunaan ‘Sensory

Bottles’ sebagai rangsagan dapat meningkatkan fokus dan mengurangkan tingkah

laku negatif murid autisme di dalam kelas.


RUJUKAN

Jamila K.A Mohamed. (2008). Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. Kuala

Lumpur:PTS Professional Pulishing Sdn.Bhd.

Manissa, A., Norizza, S. (2016). Intervensi Meningkatkan Tumpuan dalam

Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia

41(1)(2016): 1-6

Nurul, I. (2014). Mengurangkan Masalah Tingkah Laku Negatif Murid Slow Leader

Menggunakan Kaedah Peneguhan Negatid dan Peneguhan Positif Melalui

Perkataan ‘BAGUS’ dan Kit Ganjaran. Seminar Penyelidikan Tindakan Jilid 2 (2)

Syazwani, A. (2014). Mengurangkan Tingkah Laku Pasif Murid Masalah

Pembelajaran Menggunakan Kaaedah Total Physical Response (TPR). Seminar

Penyelidikan Tindakan Jilid 2 (2)

Tarmidzi, S. (2014). Mengurangkan Masalah Tingkah Laku Negatif Murid Sindrom

Down dan ADHD Menggunakan Kaedah Pokok Ganjaran. Seminar

Penyelidikan Tindakan Jilid 2 (2).

Zuri, M., Ahmad, A., Isa, Z. (2014). Masalah Pembelajaran. Selangor: Reka Cetak

Sdn. Bhd

You might also like