You are on page 1of 14

KAJIAN PERSEPSI DAN RASA HORMAT MAHASISWA TERHADAP INSTITUSI

RAJA-RAJA DI LEMBAH KLANG

Khairul Hamimah Mohammad Jodi, Ph.D


Institute for Academic Excellence,
Open University Malaya.
(khairul_hamimah@oum.edu.my)

&
Faridah Che Husain
Centre for the Initiation of Talent and Industrial Training (CITra),
Universiti Malaya.
(irdina@um.edu.my)

Kesultanan merupakan salah satu daripada empat perkara dianggap unsur tradisi
yang diterapkan dalam perlembagaan persekutuan iaitu: Agama Islam, Bahasa
Melayu dan Kedudukan Istimewa Orang Melayu. Setelah 59 tahun Malaysia merdeka,
institusi raja-raja ini kekal relevan walaupun terdapat pelbagai cabaran yang boleh
menggugat institusi tersebut. Perubahan dan realiti keperluan masyarakat yang
dipengaruhi oleh globalisasi telah memberi impak terhadap cara berfikir dan persepsi
masyarakat terhadap institusi raja-raja, khususnya dalam kalangan pelajar di institut
pengajian tinggi. Semua pihak perlu mengakui hakikat kedaulatan raja-raja Melayu
yang terkandung dalam sejarah negara ini yang diwarisi secara turun temurun.
Keutuhan institusi raja-raja merupakan benteng pertahanan untuk mendaulat dan
menjadikan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia apabila berhadapan dengan
pelbagai cabaran. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti persepsi mahasiswa
terhadap rasa hormat kepada institusi raja-raja. Mahasiswa merupakan belia yang
akan mentadbir negara pada masa hadapan, justeru idea, pemikiran, tanggapan,
harapan, misi dan visi mereka perlu dikenal pasti agar selaras dengan kehendak
negara yang mahu melahirkan masyarakat yang maju berdasarkan identiti yang
tersendiri bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. Kajian ini menggunakan kaedah
mix method kuantitatif dan kualitatif dengan teknik edaran soal selidik, pemerhatian
dan temubual. Hasil kajian awal mendapati mahasiswa kurang berminat dengan
subjek sejarah, namun masih wujud perasaan hormat terhadap institusi raja-raja.
Kata kunci: rasa hormat, mahasiswa, institusi raja-raja

Pendahuluan

Kesultanan merupakan salah satu daripada empat perkara dan dianggap unsur tradisi
yang diterapkan dalam perlembagaan persekutuan iaitu: Agama Islam, Bahasa
Melayu dan Kedudukan Istimewa Orang Melayu (Mohd Salleh Abas, 1992). Antara
unsur-unsur tradisi di atas, institusi beraja dianggap sebagai teras kepada
keseluruhannya yang diterapkan dalam perlembagaan negara yang merdeka dan

1
berdaulat melalui satu sistem yang diperintah oleh rakyatnya sendiri atau secara
demokrasi melalui proses pilihanraya.

Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, terdapat banyak perkara yang


menunjukkan kedudukan, bidang kuasa dan keistimewaan raja-raja Melayu di
peringkat persekutuan antaranya dari segi kedudukan, bidang kuasa, keistimewaan
dan kedaulatan raja-raja Melayu sebagai ketua negara dan negeri.

Berdasarkan sejarah kesultanan Melayu menunjukkan institusi raja-raja


memainkan peranan penting dalam pembinaan masyarakat Melayu yang beragama
Islam. Masyarakat Melayu menganggap raja sebagai ketua, pelindung, penyelamat,
penjaga dan penguasa negara yang prihatin dan sentiasa bertanggungjawab kepada
kesejahteraan rakyat. Sehingga kini, hubungan antara raja-raja dengan agama Islam
boleh dilihat menerusi Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

Setelah 59 tahun merdeka, institusi ini kekal relevan walaupun terdapat


pelbagai cabaran yang boleh menggugat institusi tersebut. Perubahan dan realiti
keperluan masyarakat yang dipengaruhi oleh globalisasi telah memberi impak
terhadap cara berfikir dan persepsi masyarakat terhadap institusi raja-raja. Justeru,
semua pihak perlu mengakui hakikat kedaulatan raja-raja Melayu yang terkandung
dalam sejarah negara ini yang diwarisi secara turun temurun. Keutuhan institusi raja-
raja merupakan benteng pertahanan untuk mendaulat dan menjadikan Islam sebagai
agama rasmi di Malaysia apabila berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Bagi mengekalkan kereIevanan institusi raja-raja, platform pendidikan telah


digunakan untuk menyampaikan pengetahuan dan kepentingan institusi tersebut.
Institusi raja-raja telah mula dipelajari oleh pelajar peringkat sekolah rendah tahun lima
melalui subjek sejarah, dan diteruskan pada peringkat menengah melalui subjek
sejarah. Pada peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT), topik ini diajar melalui kursus
Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) yang wajib diambil semua pelajar ijazah
sarjana muda dan lulus untuk tujuan pengijazahan yang bertujuan melahirkan pelajar
yang mempunyai pengetahuan dan penghayatan terhadap nilai-nilai murni dan
sejarah. Antara kursus tersebut ialah kursus TITAS, Hubungan Etnik dan Pengajian
Malaysia. Melalui kursus TITAS dan Hubungan Etnik, topik institusi raja-raja hanya
2
dibincangkan secara tidak langsung dalam sub topik Tamadun Melayu serta
Kesultanan dan Pemerintahan Beraja. Begitu juga dalam Pengajian Malaysia 1 (Sijil)
dan 2 (Diploma), fokus perbincangan menjurus kepada peranan, tugas, keistimewaan,
kekebalan dari segi perlembagaan institusi raja-raja Melayu.

Perbincangan topik tersebut di peringkat IPT lebih merupakan pengulangan


secara lebih kritis daripada topik sekolah rendah dan menengah. Persoalannya ialah,
bagaimana hendak menyemai penghayatan kepada golongan pelajar/belia terhadap
institusi raja-raja kerana mereka merupakan pelapis masa hadapan dan bakal
mempertahankan institusi raja-raja ini pada masa-masa akan datang. Selain itu,
institusi raja-raja kini turut dicemari dengan ejekan, hinaan malah dipersendakan oleh
individu tertentu melalui laman sosial tanpa ada rasa takut dan hormat terhadap
institusi ini. Justeru, sudah tiba masanya tanggungjawab dalam memperjuangkan dan
mempertahankan isu-isu yang berkaitan dengan institusi raja-raja Melayu harus
dipikul oleh semua golongan dan kaum tanpa mengira bangsa dan agama. Di situlah
penghayatan dan kesedaran akan timbul bagi meneruskan kesinambungan institusi
raja-raja di negara ini.

Kajian Literatur

Perbincangan mengenai persepsi dan hormat terhadap institusi raja-raja masih


kurang dilakukan. Kebanyakan kajian yang dibentangkan dalam seminar lebih
menjurus analisis mengenai sejarah dan peranan institusi raja-raja. Terdapat kajian
membincangkan hubungan Islam dengan raja-raja (Nazri, 2013), Institusi Raja-raja
Melayu berperanan memelihara kedudukan Islam (Shuhairimi Abdullah, 2013) dan
mendaulatkan Islam di Malaysia (Baharuddin Che Pa, 2006).

Penulisan mengenai institusi raja-raja turut dikupas melalui hubungan luar


kerajaan Melayu dahulu dengan pihak luar seperti Bugis, British (Muhammad Naim
Fakhirin, Jepun (Hashim Musa, 2016), rantau Asia dan Antarabangsa (Ramlah Adam,
2016). Pada ketika itu hubungan raja-raja turut meliputi gugusan Tanah Melayu seperti
Selangor dan Perak (Ahmad Farhan Abdullah, 2016) dan kerjasama dengan kuasa
luar telah dieratkan melalui perkahwinan (Alwi Daud, 2016).
3
Raja-raja tidak dapat lari daripada persepsi dan sikap ambil peduli daripada
masyarakat. Tidak semua generasi Y tidak mengambil sikap tidak ambil peduli
terhadap institusi raja-raja kerana mereka sedar bahawa Institusi Raja berperanan
menjaga kestabilan dan keamanan negara (Hanum Hassan, et al, 2014). Ini
ditunjukkan melalui pengetahuan mereka terhadap institusi ini adalah tinggi (Idris Md.
Noor, et al , 2013), namun dalam kalangan belia persepsi mereka masih berada pada
tahap sederhana kerana mereka berpendapat kritikan kepada raja-raja untuk
kebaikan institusi tersebut (Ong Guan Sai, 1999). Begitu juga apabila dilihat persepsi
bangsa lain terhadap institusi ini. Bangsa Melayu yang bekerja di sektor awam
mempunyai persepsi dan kefahaman yang lebih baik berbanding mereka yang bekerja
di sektor swasta (Ramlah Adam dan Noormaizatul Akmar Ishak, 2013). Justeru,
pendedahan perlu diberikan kepada orang ramai bagi memperkukuhkan persepsi
positif terhadap institusi raja.

Berdasarkan kajian lepas, masih terdapat ruang yang belum dikaji iaitu rasa
hormat masyarakat khususnya belia terhadap institusi raja-raja yang termaktub dalam
perlembagaan. Isu-isu kedudukan raja-raja sering menjadi polemik dalam masyarakat
Malaysia yang terdiri dari pelbagai etnik dan sering dibangkitkan dalam media massa.
Justeru kajian mengenai rasa hormat dalam kalangan belia khususnya mahasiswa
terhadap institusi raja-raja relevan dilaksanakan. Kefahaman dan rasa hormat
terhadap institusi ini akan melahirkan mahasiswa yang lebih memahami dan
menghormati peranan serta kepentingan raja berperlembagaan.

Pernyataan Masalah

Akhir-akhir ini institusi raja-raja berhadapan dengan cabaran dalam memastikan


kerelevenannya. Wujud pelbagai tindakan beberapa pihak yang mempertikaikan
sistem beraja dan mencabar institusi ini, seperti tindakan Alvin Tan dan Namawee
yang mempersendakan institusi raja tetapi tiada tindakan yang diambil terhadap
mereka.

4
Semakin ramai generasi kini yang tidak lagi menghormati institusi raja-raja.
Sebagai buktinya, wujud individu yang mengakui dirinya sebagai waris ketujuh Sultan
Melaka dan layak memberi anugerah Dato kepada rakyat biasa. Manakala mantan
Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak, Allahyarham
Sultan Azlan Shah. Kes-kes yang melibatkan penghinaan raja-raja di laman sosial
pula dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab seperti Wan Fatul Johari,
68, seorang warga emas didenda RM120,000 atau penjara 30 bulan oleh Mahkamah
Sesyen selepas didapati bersalah menghina raja-raja Melayu termasuk Yang di-
Pertuan Agong. Terdapat pelbagai penghinaan lain terhadap raja-raja yang
dinyatakan dalam facebook seperti, Faizal Sharil Rauf dan Zul Yahya yang menghina
fizikal Sultan Johor; Chow Jack yang mahu raja-raja keturunan Melayu dihapuskan
dan digantikan dengan bangsa lain; Kumaran Ruthiah, mahu menghapuskan institusi
raja-raja dan digantikan dengan sistem demokrasi; Rayer, Adun Delima DAP
menghina adat istiadat pengebumian Sultan Azlan Shah yang didakwa telah
menghabiskan ribuan ringgit.

Selain itu wujud juga konflik dalaman antara raja-raja seperti kes Raja Izuddin
(Bekas Raja Kechil Besar Perak) yang diisytiharkan muflis. Menurut Ong Guan Sai
(1999) terdapat raja-raja yang memihak kepada sesetengah parti politik dan ada juga
yang mencampuri urusan politik khasnya di peringkat negeri masing-masing.
Keadaan ini telah menimbulkan ketegangan dan boleh menjejaskan pentadbiran
dalam kerajaan. Ini dibuktikan daripada laporan akhbar, Berita Harian, 8 Januari 1993,
“Sultan Kelantan diminta usah berpolitik”.

Kes-kes di atas menimbulkan persoalan sejauh mana institusi raja-raja


dihormati dan diterima oleh masyarakat Malaysia khususnya golongan belia yang
bakal menjadi pemimpin negara suatu masa nanti. Tindakan sebegini
menggambarkan seolah-olah generasi kini tidak lagi menghormati peranan dan
kepentingan institusi raja-raja. Hal ini memberi kesan kepada sesetengah pihak yang
mempertikaikan sistem beraja yang telah lama diamalkan di negara ini.

Institusi raja-raja merupakan lambang ketamadunan Melayu sejak zaman


berzaman. Nilai-nilai murni dalam masyarakat Melayu seperti menghormati raja dan
5
sultan adalah selari dengan tuntutan Islam dan relevan dipraktikkan sejak zaman
kesultanan Melayu Melaka. Sebagai contoh, penghormatan terhadap raja pernah
ditonjolkan melalui watak Hang Tuah yang memberi sepenuh hormat dan patuh
kepada Sultan.

Justeru kajian terperinci terhadap persepsi dan rasa hormat terhadap institusi
raja-raja perlu dilakukan bagi mempertahankan institusi raja-raja di negara ini.

Objektif

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi dan rasa hormat mahasiswa
terhadap institusi raja-raja.

Metodologi kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah kajian kes. Teknik
edaran borang soal selidik kepada 120 mahasiswa Universiti Malaya bagi mengenal
pasti persepsi dan rasa hormat mereka terhadap institusi raja-raja. Kaedah ini
merupakan antara kaedah yang baik untuk mengukur atau menilai sikap, persepsi dan
penerimaan satu pandangan umum (Wiersma,1995). Selian itu, temubual turut
dilakukan dengan beberapa mahasiswa untuk menyokong soal selidik tersebut.

Soal selidik ini mengandungi 4 bahagian meliputi item-item yang dibina


berasaskan sorotan karya dan objektif kajian menyatakan persepsi dan rasa hormat
mereka mengikut skala Likert 1-5; iaitu 1- Sangat tidak setuju, 2 - Tidak Setuju, 3 –
Agak Setuju, 4 – Setuju dan 5 - Sangat Setuju. Bahagian soal selidik meliputi
demografi, persepsi, rasa hormat terhadap institusi raja-raja dan cadangan bagi
mengukuhkan institusi raja-raja.

Pemilihan responden dilakukan secara rawak dengan mengedarkan borang


soal selidik kepada mahasiswa yang mengambil kursus TITAS dan Hubungan Etnik
pada Semester 1, Sesi 2017/2018. Hal ini kerana kursus ini menekankan elemen
sejarah dan ketamadunan Melayu. Data yang diperoleh akan dianalisis dengan
6
menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 22 dan
dijelaskan dalam bentuk deskriptif.

Dapatan Kajian

Sebanyak 120 borang soal selidik telah diedarkan kepada mahasiswa yang mengikuti
kursus TITAS pada Semester 1, Sesi 2017/2018. Namun, untuk kajian ini hanya 103
mahasiswa sahaja yang menjawab dengan sempurna, manakala borang soal selidik
selebihnya tidak dapat dianalisis kerana sebahagian mahasiswa tidak menjawab
dengan lengkap. Jadual 1 di bawah memperincikan demografi mahasiswa.

Jadual 1: Demografi
Item Kategori N

Jantina Lelaki 38
Perempuan 65
Umur 19 55
20 - 23 48
Tahun pengajian Pertama 84
Kedua 17
Ketiga 2
Bangsa Melayu 77
Cina 14
India 7
Lain-lain 5
Agama Islam 81
Budhha 9
Hindu 6
Kristian 6
Lain-lain 1
Sumber: Borang soal selidik

7
Berdasarkan Jadual 1 di atas, jumlah pelajar perempuan adalah lebih ramai
daripada pelajar lelaki yang mewakili 65 daripada 103 pelajar. Dari sudut umur pula
menunjukkan keseimbangan pelajar yang menjawab soal selidik ini, iaitu 19 tahun
seramai 55 pelajar dan mereka yang berumur lingkungan 20 hingga 23 tahun seramai
48 orang. Majoriti responden adalah mahasiswa tahun pertama (n=84) yang
mengambil kursus TITAS, berbangsa Melayu (n=77) dan beragama Islam (n=81).

Analisis rasa hormat mahasiswa terhadap institusi raja-raja adalah berdasarkan


Jadual 2 di bawah.

Jadual 2: Rasa Hormat Mahasiswa


Bil. Item Mean
1. YDP Agong merupakan Ketua Negara 4.21
2. YDP Agong sebagai pelindung agama Islam 4.38
3. YDP Agong merupakan ketua pemerintah tertinggi 4.07
angkatan bersenjata
4. Sultan/Raja /YDPB merupakan ketua pemerintah/ketua 4.25
negeri

5. Sultan/Raja /YDPB bertanggungjawab menjaga 4.12


kedudukan istimewa orang Melayu

6. Sebagai payung negara/pelindung rakyat 4.14

7. Merupakan simbol perpaduan rakyat 4.13

8. Memperkenankan undang-undang negara 4.01

9. Kedudukan Sultan/Raja adalah di atas rakyat 3.68

10. Bidang kuasa dan kedudukan Sultan/Raja ditetapkan dan 3.87


dilaksanakan mengikut perlembagaan negeri
Sumber: Borang soal selidik

Dapatan kajian menunjukkan majoriti mahasiswa sangat menghormati institusi


raja-raja berdasarkan nilai min yang diperolehi iaitu Agong/Raja dan YDP sebagai
pelindung agama Islam (M=4.38) dan Sultan/Raja /YDPB merupakan ketua
pemerintah/ketua negeri (M=4.25). Hasil kajian ini selari dengan firman Allah dalam
surah al-Nisa ayat 59 yang bermaksud “....taatilah Allah, Rasul dan para pemimpin

8
dalam kalangan kamu....". Penegasan hormat kepada pemimpin turut ditekankan
melaui hadis nabi yang bermaksud "Sesiapa taat kepada pemimpin maka dia telah
taat kepadaku dan sesiapa yang menderhakai pemimpin maka dia telah derhaka
kepadaku".(Bukhari, no.2957). Nilai min yang tinggi ini mempunyai hubungan dengan
majoriti pelajar yang umumnya beragama Islam. Ini menunjukkan bukti bahawa
mahasiswa memiliki kefahaman untuk menghormati pemimpin dalam Islam.

Item Kedudukan Agong/Sultan/Raja adalah di atas rakyat (M=3.68) dan Bidang


kuasa dan kedudukan Agong/Sultan/Raja ditetapkan dan dilaksanakan mengikut
perlembagaan negeri (M=3.87) mendapat min yang rendah berbanding item lain. Ini
menunjukkan bahawa mahasiswa berpendapat kedudukan Agong/Sultan/Raja perlu
sama dengan rakyat daripada sudut hierarki manusia berdasarkan maksud Surah al-
Hujurat ayat 13 yang bemaksud “Sesungguhnya manusia yang paling mulia dalam
kalangan kamu di sisi Allah ialah mereka yang bertakwa”. Ini menunjukkan bahawa
mahasiswa melihat rasa hormat terhadap kedudukan raja ini daripada sudut berbeza
walaupun mereka sangat menghormati raja sebagai ketua dan pemimpin agama
Islam. Pada pandangan mereka walaupun raja dihormati sebagaimana yang
termaktub dalam perlembagaan, namun sekiranya berlaku polemik antara rakyat dan
raja, raja juga turut tidak terlepas daripada diadili oleh perundangan negara seperti
mana rakyat.

Analisis Persepsi mahasiswa terhadap institusi raja-raja adalah berdasarkan Jadual 3


di bawah.

Jadual 3: Ciri-ciri Raja yang disanjungi


Bil. Item Mean

1. Berpendidikan 4.63

2. Berpengetahuan dalam agama Islam 4.58

9
3. Mempunyai akhlak yang mulia 4.71

4. Mesra rakyat 4.69

5. Bijaksana 4.71

6. Memiliki personaliti yang baik 4.67


Sumber: Borang soal selidik

Item Agong/Sultan/Raja mempunyai akhlak yang mulia dan bijaksana


mendapat min yang tinggi (M=4.71) diikuti mesra terhadap rakyat (M=4.69) dan
mempunyai personaliti yang baik (M=4.67). Akhlak mulia merupakan aspek penting
dalam pembentukan peribadi Muslim. Ini bersesuaian dengan peranan
Agong/Sultan/Raja sebagai pemimpin dan ketua agama Islam di negara ini.
Penekanan terhadap akhlak mulia terdapat dalam hadis Rasulullah yang bermaksud:
“Manusia yang paling baik ialah manusia yang paling baik akhlaknya.” (HR. Imam
Tabrani). Kajian ini selari dengan dapatan kajian Roselena Mansor dan Mohd Izham
Mohd Hamzah (2015) yang meletakkan keperibadian positif merupakan kriteria
seorang pemimpin selain daripada berpengetahuan, berkemahiran, memberi
sumbangan dan kesanggupan memimpin.

Sebagai seorang ketua negara, Agong/Sultan/Raja perlu memiliki sifat adil,


bijaksana dalam setiap tindakan, keputusan dan tidak mudah dipengaruhi oleh unsur-
unsur yang bersifat kepentingan peribadi. Ini disokong oleh Boyatzis, (2011), Bush, T.
(2008) dan Gentry et al. (2013) yang menyatakan bahawa seorang pemimpin perlu
bijaksana dan berupaya melaksanakan tugas dengan efektif bagi memastikan negara
dan rakyat di bawah naungannya berada dalam keadaan aman dan sejahtera.

Kebijksanaan Agong/Sultan/Raja juga turut merangkumi mempunyai


pengetahuan dalam semua aspek. Ini akan memberi kesan terhadap segala tindakan
agar keputusan yang diambil adalah yang terbaik dan bermanfaat kepada negara dan
rakyat.

Item persepsi bagi pengetahuan Agong/Sultan/Raja dalam agama Islam


mendapat min yang paling rendah (M=4.58). Dapatan ini menunjukkan terdapat

10
percanggahan dengan item pesepsi yang mendapat min tertinggi iaitu
Agong/Sultan/Raja mempunyai akhlak yang mulia (M=4.71) dan item rasa hormat
mahasiswa terhadap Agong/Sultan/Raja sebagai pelindung agama Islam yang
mendapat min tertinggi (M=4.38). Dapatan ini seolah-olah tidak selari dan tidak
menyokong antara satu sama lain. Seorang pemimpin yang dianggap sebagai
pelindung agama Islam seharusnya memiliki akhlak yang mulia hasil daripada
pengetahuan agama Islam yang tinggi. Ini menunjukkan seperti wujudnya pemisah
antara pengetahuan agama, akhlak dan peranan Agong/Sultan/Raja. Berdasarkan
dapatan ini, menunjukkan pelajar telah memisahkan komponen akhlak dengan agama
Islam sedangkan akhlak merupakan komponen utama Islam selain akidah dan
syariah. Justeru, kajian lanjut mengenai pemikiran ini perlu dijalankan untuk mengenal
pasti isu dan permasalahan yang timbul.

Kesimpulan

Dapatan kajian menunjukkan mahasiswa Universiti Malaya menghormati institusi raja-


raja sebagai pelindung agama Islam dan merupakan ketua pemerintah/ketua
negara/negeri. Daripada sudut persepsi pula, mahasiswa Universiti Malaysia
berpendapat bahawa Agong/Sultan/Raja perlu mempunyai akhlak yang mulia,
bijaksana, mesra terhadap rakyat dan mempunyai personaliti yang baik. Selain itu,
mahasiswa juga berpendapat pentadbiran institusi raja-raja perlu diperkukuhkan,
mematuhi perundangan Islam, mendengar suara rakyat serta tidak terlibat dengan
mana-mana agenda parti politik negara. Kajian ini juga memperlihatkan wujudnya
percanggahan pemikiran mahasiswa antara hubungan akhlak dan agama Islam.
Justeru, kajian komprehensif perlu dilakukan untuk membincangkan perkara ini
dengan lebih terperinci dan sewajarnya.

Rujukan

Ahmad Farhan Abdullah. (2016). Hubungan Politik antara Selangor dengan Perak
1804-1825, Kertas-kertas Seminar Institusi Raja (SIRaj IV) Hubungan Luar
Kesultanan Melayu yang berlangsung pada 29 September 2016 di Perpustakaan
Negara. Kuala Lumpur. (E-prosiding)

11
Alwi Daud. (2016). Aristokrat Bugis dan Melayu Abad Ke-18: Kajian Berdasarkan Teks
Silsilah Melayu dan Bugis, Hikayat Upu Daeng Menambun dan Hikayat Negeri
Johor. Kertas-kertas Seminar Institusi Raja (SIRaj IV) Hubungan Luar
Kesultanan Melayu yang berlangsung pada 29 September 2016 di Perpustakaan
Negara, Kuala Lumpur. (E-prosiding)

Baharuddin Che Pa. (2006). Pengaruh Islam dan pelbagai agama dalam Institusi
Raja-Raja Melayu di Malaysia. Kertas Kerja Seminar Islam dan Hubungan
Antara Agama di Malaysia Peringkat Kebangsaan. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.

Boyatzis, R.E. (2011). Managerial and Leadership Competencies: A Behavioral


Approach to Emotional, Social and Cognitive Intelligence. Vision: The Journal of
Business Perspective 15(2): 91-100.

Bush, T. (2008). Leadership and Management Development in Education. London:


Sage Publications Ltd.

Gentry, W.A., Eckert, R.H., Munusamy, V.P., Stawiski, S.A. & Martin, J.L. (2013). The
Needs of Participants in Leadership Development Programs: A Qualitative And
Quantitative Cross-Country Investigation. Journal of Leadership &
Organizational Studies 21(1): 83-101.)

H.A. Malik Ahmad. (1971). Akidah Islam : Menurut Quran dan Hadits. Djakarta : Taufik.

Hanum Hassan, Razli Ahma, Azuddin Bahari. (2014). Reaksi Generasi Y Terhadap
Institusi Raja: Kajian Ke Atas Pelajar IPT. Prosiding Seminar Institusi Raja (SIRaj
II): Seminar Raja Dan Kerajaan Perlis.

Hashim Musa. (2016). Hubungan Kesultanan Melaka Dengan Kerajaan Ryukyu


Jepun. Kertas-kertas Seminar Institusi Raja (Siraj IV) Hubungan Luar
Kesultanan Melayu yang berlangsung pada 29 September 2016 di Perpustakaan
Negara, Kuala Lumpur. (E-prosiding)

Idris Md. Noor. (2013). Kajian Literasi Pelajar IPTA Terhada Pengamalan Sistem Raja
Berperlembagaan Malaysia: Satu Analisis Deskriptif. Kertas-kertas Seminar
Institusi Raja (SIRaj), Melestarikan Pemerintahan Beraja, yang berlangsung
pada 5-6 Jun 2013, Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Perlis:
Unversiti Malaysia Perlis.

Kamarudin Hussein, et.al. (2013). Peranan Institusi Pengajian Tinggi Dalam


Memartabatkan Dan Memperkasakan Institusi Raja Di Malaysia,
(https://www.academia.edu/25018350/Peranan_IPT_Dalam_Memartabat_dan_
Memperkasakan_Institusi_Raja_Di_Malaysia)

Kertas-kertas Seminar Institusi Raja (Siraj IV). (2016). Hubungan Luar Kesultanan
Melayu, yang berlangsung pada 29 September 2016 di Perpustakaan Negara,
Kuala Lumpur. (E-prosiding).
12
Kertas-kertas Seminar Institusi Raja (Siraj). (2013). Melestarikan Pemerintahan
Beraja, yang berlangsung pada 5-6 Jun 2013, Lanai Kijang, Bank Negara
Malaysia, Kuala Lumpur. Perlis: Unversiti Malaysia Perlis.

Mohd Salleh Abas. (1992). Unsur-Unsur Tradisi dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Naim Fakhirin. (2016). Kolonialisasi British Dan Implikasi Terhadap


Hubungan Selangor-Bugis, 1874-1941, Kertas-kertas Seminar Institusi Raja
(Siraj IV). Hubungan Luar Kesultanan Melayu, yang berlangsung pada 29
September 2016 di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur. (E-prosiding)

Nazri Muslim. (2013), Peranan Institusi Raja-Raja Melayu Menurut


Perlembagaan Dalam Memelihara Kedudukan Islam Dari
Perspektif Pendidikan Sejarah, Seminar Pendidikan Sejarah
dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013).

Nazri Muslim. (2014). Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara


Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan, International Journal of the Malay
World and Civilisation (Iman) 2(2), hal: 121 – 127.

Ong Guan Sai a/l Ong Han Hui. (1999). Persepsi Generasi Muda terhadap Institusi
Raja-raja Melayu. Dissertation, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti
Malaya.

Prosiding Seminar Institusi Raja (SIRaj) (2015), Pemeintahan Diraja Dalam Manuskrip
Melayu: Mendaulatkan Pemerintahan Beraja, yang berlangsung pada 26
Februari 2015 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. (E-prosiding).

Ramlah Adam. (2016). Hubungan Luar Kesultanan Melayu Melaka dengan Kawasan
Sekitar dan Antarabangsa, Kertas-kertas Seminar Institusi Raja (Siraj IV)
Hubungan Luar Kesultanan Melayu yang berlangsung pada 29 September 2016
di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur. (E-prosiding)

Ramlah Adam dan Noormaizatul Akmar Ishak. (2013). Persepsi dan Pengetahuan
Rakyat Terhadap Institusi Raja Malaysia: Satu Kajian Kes di Perlis dan Kedah,
Kertas kerja Seminar Institusi Raja (SIRaj II): Seminar Raja dan Kerajaan Perlis,
12hb hingga 13hb Jun 2013 anjuran Universiti Malaysia Perlis bertempat di
Universiti Malaysia Perlis.
http://dspace.unimap.edu.my/dspace/handle/123456789/35706

Rebore, R.W. (2003). A Human Relations Approach to the Practice of Educational


Leadership. Boston: Allyn and Bacon.

Roselena Mansor& Mohd Izham Mohd Hamzah. (2015). Kepimpinan Berkualiti:


Perspektif Mengenai Kompetensi yang Diperlukan untuk Memimpin dengan
Berkesan, Jurnal Pengurusan (45), 143 – 154.
13
Shuhairimi Abdullah. (2013). Relevansi Institusi Raja-Raja Melayu di Malaysia:
Mendaulatkan Islam di Malaysia, Kertas kerja Seminar Institusi Raja (SIRaj II):
Seminar Raja dan Kerajaan Perlis, 12hb hingga 13hb Jun 2013 anjuran
Universiti Malaysia Perlis bertempat di Universiti Malaysia Perlis.

14

You might also like