You are on page 1of 1

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DALAT

96300 DALAT
BAHAGIAN MUKAH
SARAWAK
Tel: 084864241
Faks: 084-863193
E-mel: ppddalat.moe@1govuc.gov.my

Ruj. Kami : JPS(W)PPDDLT(KK)/153/05/02/06


Tarikh : 19 APRIL 2016

Pegawai Pendidikan Daerah Mukah


Pegawai Pendidikan Daerah Daro
Semua Guru Besar
SK/ SJK(C) Bahagian Mukah

Tuan,

MESYUARAT PEMBENTUKAN JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN BOLA SEPAK


12TKB PERINGKAT BAHAGIAN MUKAH
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti
perincian yang berikut:
Tarikh : 21 APRIL 2016 ( KHAMIS )
Masa : 2.30 petang.
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Datu Pengiran Mohamad, Oya.
Pengerusi : Guru Besar SK Datu Pengiran Mohamad, Oya
3. Agenda Mesyuarat:

3.1 Ucapan Pengerusi.


3.2 Lantikan Ahli Jawatan Kuasa Pengelola.
3.3 Maklumat Pertandingan
3.4 Undang-undang dan Peraturan Pertandingan.
3.5 Hal-hal lain.

4. Sehubungan dengan itu, tuan dan wakil pihak tuan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut. Untuk
maklumat lanjut berkaitan perkara diatas, sila hubungi En. Amirul di talian (0148404862). Kerjasama serta
sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

.......................................................
AHLI BIN CHIKBA
Pegawai Pendidikan Daerah Dalat

s.k Guru Besar Sk DPM Oya ( Pengerusi Pengelola Pertandingan Bola Sepak)

You might also like