You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB UPSR


SK TANJONG PARI 2015

 RASIONAL

Bengkel Teknik Menjawab Kertas UPSR merupakan program peningkatan

tahunan yang diadakan untuk memberi pendedahan kepada calon berkaitan kaedah

dan cara terbaik untuk menjawab kertas-kertas peperiksaan UPSR. Bengkel ini

merupakan program berkesan dan efektif untuk setiap calon sebagai satu platform

penerangan kepada murid, agar proses menjawab soalan tidak menyimpang dan

tersasar daripada matlamat asal.

Tambahan pula, penceramah yang didatangkan khas untuk setiap matapelajaran

adalah di kalangan mereka yang cemerlang serta berpengalaman luas dalam

matapelajaran masing-masing. Ada juga di kalangan mereka yang merupakan

penanda kertas UPSR untuk sekian lama.

Pihak sekolah positif dan optimis bahawasanya program yang ingin dilaksanakan

ini akan menjana kecemerlangan sekolah serta mampu mencapai sasaran yang

telah disasarkan.

OBJEKTIF
1. Murid mengenalpasti kaedah dan teknik terbaik dalam menjawab soalan-soalan
sebenar UPSR.

2. Murid mendapat pendedahan kepada bentuk soalan sebenar UPSR.


3. Murid juga mengenalpasti bahagian atau topik – topik yang perlu diberikan
penekanan.
ANJURAN

JAWATANKUASA PENINGKATAN KECEMERLANGAN UPSR.

KUMPULAN SASARAN

Semua murid tahun 6 SK Tanjong Pari seramai 50 orang.

Tarikah / Masa / Tempat


Tarikh : 23 Julai 2015 (Khamis)
Tempoh : 1 Hari
Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Kompleks Sukan Rakan Muda Bt.42,Pulai ,
Baling, Kedah

SENARAI PENCERAMAH

Bil Nama Masa Matapelajaran Institusi

1 EN.ANUAR BT AHMAD 8.30 pagi – BAHASA INGGERIS PPD BALING SIK


(PEGAWAI SISC+ PPDBS) 10.30 pagi

2 EN.ZULKIFLI B.MUBAKKI 1.45 petang MATEMATIK SK BATU 8, SIK


(GURU CEMERLANG) -3.45 petang

3 EN.HARUN BIN BAKAR 4.00 petang – BAHASA MELAYU SK PAYA TERENDAM, SIK
6.00 petang

 Tertakluk kepada pindaan.


PERBELANJAAN
 Peserta kem, guru dan penceramah : 60 orang.

Bil Perkara Kuantiti Jumlah (RM)


1 Minum pagi 60 x RM2 RM120.00
2 Makan Tengahari 60 x RM5 RM300.00
3 Makan Petang 60 x RM2 RM120.00
4 Bayaran Penceramah 4 x RM250 RM1000.00
5 Bahan – Fail, Alatulis 50 x RM1 RM50.00
6 Runcit RM100 RM100.00
Jumlah RM1690.00

 SUMBER KEWANGAN
Dana J/Kuasa Peningkatan UPSR 2015

 SUMBER TENAGA
Semu guru & Kakitangan SK Tanjong Pari

 STRATEGI PELAKSANAAN

- Perbincangan dengan Guru Besar dan GPK kokurikulum.

- Perbincangan dengan ahli jawatankuasa.

- Penyusunan aktiviti.

- Penyediaan bahan serta keperluan aktiviti.

- Pelaksanaan aktiviti.

- Penilaian dan laporan

 KAWALAN DAN PENYELIAAN


 Guru Besar
 GPK Kurikulum
 Guru Tahun 6 SK Tanjong Pari

 AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA.

Pengerusi : En.Idham Nasri bin Jaafar (Guru Besar SK Tanjong Pari)

Pengerusi II : En.Iszaiezham bin Ismail

Setiausaha : En. Mohd Nazif b.Abu Bakar

Bendahari : En.Mohd Zami bin Abd Wahab

AJK

Buku Program : Cik Ainul Mardhiah bt Azizi

Makanan : Pn.Noorsilawati bt

Persediaan Tempat : Pn.Habsah bt Ali

P.A Sistem & Siaraya : En.Abd Manan bin Nawang

Sambutan : En.Iszaiezham bin Ismail

Juruacara Majlis : En.Mohd Nazif bin Abu Bakar/En.Mohd Zami b.Abd


Wahab/En.Abu Hasan bin Bakar/Pn.Noorsilawati bt Che Amat

 ATURCARA PROGRAM
8.00 pagi : Pendaftaran /Kehadiran peserta/Penceramah

8.30 pagi : Slot 1 – Bahasa Inggeris

10.30 pagi : Kudapan

10.45 pagi : Slot 2 - Sains

12.45 Tengahari : Makan Tengahari/Solat Zohor

1.45 Tengahari : Slot 3 - Matematik


3.45 Petang : Kudapan

4.00 Petang : Slot 4- Bahasa Melayu

6.00 Petang : Majls bersurai.

 PENILAIAN
 Petunjuk prestasi :
i Penglibatan ibubapa dalam aktiviti yang dijalankan.

ii Kelicinan perjalanan program.

iii Keberkesanan dan mencapai matlamat.

 Cara mengukur prestasi :


i Peningkatan dalam akademik

ii Maklum balas dari AJK

Disediakan Oleh: Disahkan / Diluluskan :

(MOHD NAZIF BIN ABU BAKAR) (IDHAM NASRI B.JAAFAR)

Setiausaha Program Peningkatan UPSR


SK Tanjong Pari
Tarikh: 10 Julai 2015 Tarikh :………………….................

You might also like