You are on page 1of 2
Tingkat 2, Blok A, ‘Wisma Sri Pahang, cs somes, sro 25803 Kuantan, SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG ee eee STATE SECRETARY OF PAHANG Ruj. Kami : SUKPHG-15.100-6/1/8JLD.2 @s) Tarikh (9 November 2019 SEPERTI SENARAI EDARAN Sahibus Samahah Dato’ Sri/ YAA Dato’ Sri/ YH Dato’ Sri/ YB Dato’ Indera/ YH Dato’ Indera/ YH Dato’/ Tuan/ Puan, PERATURAN LARANGAN AKTIVITI MENDAKI BUKIT/ GUNUNG DAN RIADAH DI PUSAT REKREASI! KETIKA MUSIM MONSUN TIMUR LAUT 2019/2020 DI NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR Sukacita saya menarik perhatian Sahibus Samahah Dato’ Sri/ YAA Dato’ Sri/ YH Dato’ Sri/ YB Dato’ Indera/ YH Dato’ Indera/ YH Dato'/ Tuan/ Puan kepada perkara tersebut di atas. 2. Adalah dimakiumkan bahawa Pentadbiran Negeri telah membuat segala persediaan serta mengatur langkah berjaga-jaga bagi menghadapi_kemungkinan berlakunya banjir sewaktu musim Monsun Timur Laut kali ini. Tindakan ini diambil bagi tujuan mengurangkan kesan-kesan buruk dan meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat ketika bencana banjir. 3. Sehubungan dengan itu, bagi tyjuan tersebut Pentadbiran Negeri telah memutuskan bahawa aktiviti-aktiviti seperti berikut adalah tidak digalakkan sama sekali sepanjang tempoh musim Monsun Timur Laut ini : 3.1 Larangan Aktiviti Riadah di Pusat-pusat Rekreasi Segala kegiatan rekreasi seperti perkhemahan termasuk mandi-manda sama ada di kawasan air terjun, tasik dan pantai adalah tidak sesuai dijalankan. Fenomena kepala air boleh berlaku di kesemua kawasan air terjun terutama sekali ketika musin hujan yang berlarutan. Paras air tasik juga boleh meningkat secara mendadak. Begitu dengan fenomena air pasang besar di kawasn pantai serta ombak besar bakal berlaku pada bila- bila masa. 3.2 Larangan Aktiviti Mendaki Bukit/ Gunung Segala aktiviti pendakian bukit! gunung samada secara persendirian atau berkumpulan adalah juga tidak sesuai dijalankan. 4. Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan yang berkaitan perlu meningkatkan aspek keselamatan dan pemantauan terutama pada musim cuti persekolahan di samping meletakkan papan tanda amaran, larangan atau peringatan. Sekiranya terdapat pihak yang ingin menjalankan aktiviti sepertimana yang dinyatakan di atas maka ianya perlu dimaklumkan kepada mana-mana Balai Polis yang berdekatan. Peraturan larangan ini berkuatkuasa mulai 20 November 2019 sehingga 20 Januari 2020. 5. Kerjasama dan perhatian pihak Sahibus Samahah Dato’ Sri/ YAA Dato’ Sri) YH Dato’ Sri/ YB Dato’ Indera/ YH Dato’ Indera/ YH Dato'/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih Sekian #MajuTerusPahang #Pahang1* Saya yang menjalankan amanah, eee (DATO” SRI DR. SALLEHUDDIN BIN ISHAK, ssap,, simp., DIMP., JSM., PJK.) sk. Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Pahang ‘Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pahang Lot 1057 & 1058 Jalan Beserah, 26100 Kuantan, Pahang Darul Makmur

You might also like