You are on page 1of 2

Sebelum berlakunya kemerdekaan di Tanah Melayu sistem pendidikan di negara ini masih lagi

berpecah dan berlaku perbezaan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pada masa tersebut
wujud lima jenis sistem persekolahan iaitu sekolah agama, sekolah melayu, sekolah cina, sekolah
tamil dan sekolah Inggeris. Manakala lokasi setiap sekolah tersebut terpisah antara satu sama lain,
sekolah-sekolah melayu di pertempatkan di desa, sekolah india di ladang, dan sekolah cina di
kawasan perlombongan. Seterusnya bahasa pengantar setiap sekolah juga berbeza. Jelas hal ini
menunjukkan sistem-sistem persekolahan seperti ini menjejaskan perpaduan rakyat di Tanah
melayu. Keadaan ini menunjukkan tidak akan belaku interaksi antara pelajar-pelajar melayu, cina
dan india . Lantaran itu perpaduan tidak dapat dipupuk dalam kalangan pelbagai kaum. Selain
itu,kaum cina dan india hanya dapat berinteraksi apabila masuk ke sekolah Inggeris manakala kaum
melayu tidak terlibat kerana sekolah Inggeris majority dalam kalangan cina dan india.

Dengan itu, dapatlah disimpulkan bahawa semasa sebelum berlakunya merdeka pihak British tidak
berminat untuk membangunkan rakyat di Tanah Melayu pada ketika itu, mereka hanya berminat
untuk memilik hasil bumi di Tanah melayu. Selain itu, pihak British juga membiarkan sahaja sekolah-
sekolah ini ditubuhkan berdasarkan kurikulum yang pelbagai jenis dan membiarkan wujudkan
perbezaan perkauman. Pihak British juga tidak pernah berusaha untuk mewujudkan satu sistem
pendidikan tuggal yang boleh memupuk perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Tanah Melayu.

Tetapi, selepas berlakunya kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu dikenali sebagai
Malaysia dan turut berlaku perubahan yang besar dalam sistem pendidikan. Matlamat utama
perubahan sistem pendidikan di Malaysia ialah mewujudkan pendemokrasian pendidikan.

2.0 Hala tuju Pendidikan selepas merdeka.

Selepas berlakunya kemerdekaan kerajaan Malaysia menyedari bahawa pendidikan Negara perlu
dipertingkatkan agar dapat menaikan nama negara ke mata dunia. Selain itu bagi menghadapi
cabaran globalisasi kerajaan mengorak langkah dengan membentuk kurikulum yang sesuai untuk
sistem pendidikan negara. Perubahan dalam sistem pendidikan negara mengikut peringkat-
peringkat perubahan pascamerdeka iaitu era 1957-1970, era 1971-1990, era 1991-2000 dan era
2001-2010.

a) Era 1957-1970

Semasa era 1957 Ordinan 1957 telah dibentuk bagi memantapkan halatuju pendidikan. Ordinan ini
mencakupi peraturan-peraturan pelajaran (disiplin sekolah) 1959. Perancangan pendidikan dirangka
untuk semua kaum dalam masyarakat dan juga meliputi semua aspek perkembangan pendidikan
Malaysia.

Seterusnnya atas kesedaran ingin mengembangkan pendidikan negara kerajaan telah merangka
Laporan Rahman Talib,1960 iaitu mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib
selain Bahasa Inggeris. Kesan dari Laporan Rahman Talib, 1960 telah menjadikan Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi dan sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta
menjadikan kurikulum dan peperiksaan yang sama kepada semua pelajar. Melalui laporan Rahman
Talib 1960 Bahasa melayu di ajar mulai darjah satu di semua jenis sekolah rendah dan meletakan
syarat lulus dalam mata pelajaran bahasa melayu bagi calon-calon ke sekolah menengah dan pusat
latihan guru. Selain itu, kesan dari kesedaran itu kerjaan telah mengambil keputusan dengan
memberikan insentif kepada guru-guru supaya mendapat kelulusan dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Dari hal itu, Akta Pelajaran 1961 telah dibentuk agar mampu melonjakan bidang pendidikan
di negara ini.

You might also like