You are on page 1of 3

SMK SERI KAMPAR

JALAN ISKANDAR, 31900 KAMPAR, PERAK.

MINIT MESYUARAT KALI KETIGA 2019

Mesyuarat Panitia Bidang Teknik dan Vokasional SMK Seri Kampar

Tarikh : 1 Julai 2019(Isnin)

Masa : 02.00 Petang

Tempat : Pusat Sumber

Pengerusi : Rathai a/p Ragupathy (Ketua Panitia Pend. Moral)

Kehadiran : 3 orang

Nama yang hadir


1. Rathai a/p Ragupathy
2. Roslizawani Kartina
3. Nurmashitah

Agenda:

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat Panitia Pendidikan
Moral kali ketiga bagi tahun 2019.

2.0 Senarai Tugas


2.1 Ketua panitia pastikan fail panitia sentiasa dikemaskini dan lengkap mengikut senarai
semak yang telah diberikan.
2.2 Guru mata pelajaran masuk ke kelas mengikut jadual waktu
pdpc masing-masing.
2.3 Guru yang bertanggungjawab ke atas bilik-bilik khas mestilah pastikan bilik sentiasa
berkeadaan baik.
2.4 Buku rancangan mengajar perlu dihantar setiap hari Jumaat pada setiap minggu.
2.5 Format penulisan RPH adalah seperti yang telah dibincangkan pada mseyuarat kali
pertama. Guru matapelajaran pastikan ada DSKP, RPT dan RPH dalam buku
rancangan mengajar.
2.6 Guru pastikan menghantar buku rancangan mengajar walaupun jadual baru
dikeluarkan
pada hari Jumaat. RPH lama boleh diubah pada hari Isnin.
1
2.7Fail panitia perlu dikemaskini mengikut senarai semakan yang telah diedarkan.
2.8 Pembinaan soalan untuk Peperiksaan Akhir Tahun mengikut jadual yang telah
disediakan.
Tindakan: Guru Mata
Pelajaran

3.0 PBS
3.1 Borang transit PBD perlu ditanda mengikut tahap penguasaan yang sesuai bagi
pelajar.
3.2 Guru boleh menyerahkan satu salinan contoh soalan pentaksiran PBD kepada En.
Samsul.
Tindakan: Guru Mata
Pelajaran

4.0 Kerja Kursus


4.1 Perlaksanaan kerja kursus untuk pelajar tingkatan 5 mata pelajaran Pendidikan Moral
sedang dilaksanakan dan dalam proses pengutipan.
Tindakan: Guru Mata
Pelajaran

5.0 Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019


5.1 Setiap panitia perlu membuat analisis peperiksaan pertengahan tahun bagi mata
pelajaran di bawah panitia masing-masing.
5.2 Bincangkan juga tindakan yang perlu diambil bagi meningkatkan pencapaian mata
pelajaran masing-masing.

Tindakan: Guru Mata


Pelajaran

6.0 PCG
6.1 Panitia yang telah membuat pembelian menggunakan wang PCG perlu membuat
senarai masuk dan keluar inventori atau peralatan yang dibeli.
6.2 Panitia perlu mengetahui baki wang PCG terlebih dahulu sebelum membuat
pembelian.
Tindakan: Ketua Panitia

7.0 Pengurusan Peralatan Panitia


7.1 Peralatan panitia yang telah dibeli perlu disimpan ditempat yang selamat dan sentiasa
mengemaskini keberadaan peralatan tersebut.

Tindakan: Ketua Panitia

8.0 Hal-hal lain


8.1 Menurut En. Zamri internet Yes yang telah digunakan akan dihentikan.
8.2 Pusat Akses akan ditutup dalam tempoh 2 hingga 3 bulan untuk menaik taraf
prasarana
pusat akses.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.50 petang.


2
Disediakan oleh, Disemak oleh,

________________ ________________
Pn Rathai Ragupathy Pn Saranjit Kaur a/p Prem Singh
Ketua Panitia Pend. Moral Guru Kanan Kemanusiaan
SMK Seri Kampar SMK Seri Kampar

You might also like