You are on page 1of 2

Beliau telah mengasaskan pemerintahan Sarawak yang berkesan dan berjaya dengan

agenda pembangunan untuk semua golongan rakyat tanpa memingirkan rakyat minority.
Beliau dilahirkan pada 3 Januari 1928.Tun Abdul Rahman dilahirkan di Kampung Jepak,
Bintulu dalam keluarga Melanau yang sederhana. Pendidikan awalnya bermula di Sekolah
Anchii di Miri dan beliau kemudian di hantar ke sekolah Madrasah al Junid di Singapura. Di
sekolah inilah, beliau belajar pelbagai perkara, mendapat pemikiran baru tentang
perjuangan dan latihan kepimpinan. Setelah tamat perang Dunia Kedua, beliau
menyambung hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dan lulus sebagai
Barrister-at-Law dari Lincoln’s Inn. Beliau kembali ke Sarawak dan diterima berkhidmat
sebagai Timbalan Pesuruhjaya Kehakiman Sarawak antara tahun 1959 hingga 1963.

Tun Abdul Rahman meletakkan jawatan daripada perkhidmatan awam untuk bergiat cergas
dalam bidang politik sepenuh masa. Oleh kerana bakat beliau yang menyerlah dan yakin
dengan peranan yang dapat beliau mainkan dalam mengeratkan hubungan antara
Semenanjung dan Sarawak, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, telah melantik beliau
sebagai Menteri Muda Pembangunan Luar Sarawak, walaupun beliau kalah dalam
pilihanraya Sarawak tahun 1963. Selepas pilihanraya 1965, Tun Abdul Rahman dilantik
sebagai Menteri Tanah dan Galian dan beliau memperkenalkan Kanun Tanah Negara.
Selepas menang dalam pilihanraya 1969, beliau dilantik pula ke jawatan yang lebih kanan
iaitu Menteri Pelajaran. Tugasan pertama beliau adalah melaksanakan peralihan bahasa
pengantar daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu secara berperingkat peringkat
melalui penggubalan Dasar Pelajaran Kebangsaan.

Dengan sokongan teguh dan penyeliaan beliaulah Universiti Kebangsaan Malaysia


ditubuhkan pada tahun 1970 dan sekolah sains berasrama penuh didirikan di kawasan-
kawasan luar Bandar. Pada Julai 1970, Tun Abdul Razak yang pada itu masih lagi Timbalan
Perdana Menteri telah melantik beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak setelah mendapat
kebenaran Perdana Menteri. Menyandang jawatan tersebut, Tun Abdul rahman menghadapi
tiga ujian utama iaitu menstabilkan politik Sarawak. Selama 10 tahun menjadi Ketua Menteri
Sarawak, beliau berjaya menyelesaikan ketiga tiga amanah besar tersebut yang untuk
menyediakan satu asas yang teguh bagi Sarawak menikmati keamanan dan pembangunan
hingga ke hari ini.

Dalam melaksanakan tugasannya sebagai Ketua Menteri, Tun Abdul Rahman telah
memperkenalkan beberapa pembaharuan seperti penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah
Sarawak, Yayasan Sarawak(1971), Unit Perancangan Ekonomi Sarawak(1972) dan juga
Perbadanan Perusahaan Kemajuan Kayu Sarawak(1973). Beliau juga bertanggungjawab
membangunkan pusat pentadbiran negeri yang baru di Petra Jaya. Tun Abdul Rahman
memenangi kerusi kawasan Paloh, negeri Sarawak, dalam pilihanraya Umum Malaysia
1978 yang merupakan pilihanraya terakhir beliau apabila meletakkan jawatan pada tahun
1981 atas sebab kesihatan.

You might also like