You are on page 1of 1

CERITA SAINS UNTUK KANAK-KANAK

AKU TIDAK BOLEH BERSALIN PAKAIAN

PENERBIT AROWANA SDN. BHD.

2003

AKU TIDAK BOLEH BERSALIN PAKAIAN

Terdapat seekor beruang hitam yang pandai menjahit. Ia telah menjahit beberapa helai pakaian
yang ingin dijualnya di dalam hutan. Terdapat banyak pakaian berbeza-beza yang dihasilkan, semuanya
cantik belaka.

Semua haiwan memuji-muji beruang hitam kerana menjahit pakaian-pakaian yang cantik.
Walaupun demikian anehnya tiada haiwan yang berminat untuk membeli pakaian-pakaian itu.

Beruang hitam berkata kepada katak, “Katak, sila tanggalkan kot kamu yang hijau itu dan
gantikan dengan kot ini!”

Katak menggoyang-goyangkan tangannya sambil berkata, “Tidak, saya tidak boleh berbuat
begitu. Terdapat salur-salur darak pada kot hijau saya. Salur-salur darah ini membantu saya bernafas di
dalam air. Jika saya menukar kot hijau saya ini, bagaimana saya boleh bernafas?”

You might also like