You are on page 1of 8

NAMA: NUR ATIKAH BINTI YAHYA

NO MATRIK: 046142
TAJUK: PENGURUSAN SUMBER/KEMUDAHAN

PENGENALAN

Organisasi hanya dapat berfungsi dengan berkesan sekiranya sumber-sumber yang diperlukan
wujud dengan mencukupi. Sumber-sumber ini diperlukan untuk proses penghasilan produk
ataupun servis organisasi dan proses-proses sokongan yang berkaitan. Dalam Sistem
Pengurusan Kualiti ISO 9001, Klausa 6.1 menetapkan bahawa pihak organisasi mestilah
menentukan dan menyediakan sumber-sumber yang diperlukan untuk mengimplemen dan
menyenggara Sistem Pengurusan Kualiti organisasi dan seterusnya mempertingkatkan
keberkesanannya secara berterusan. Selain itu, meningkatkan kepuasan hati pelanggan dengan
memenuhi dan mematuhi keperluan dan kehendak mereka.
Dalam ISO 9001, pengurusan sumber dibahagikan kepada tiga sumber utama iaitu,
tenaga manusia, infrastruktur, dan persekitaran kerja. Di samping ketiga-tiga sumber ini,
suasana pekerjaan dan sumber kewangan juga memainkan peranan penting dalam menjamin
kewujudan dan kejayaan organisasi. (Aplikasi Sistem Pengurusan Kualiti Dari Perspektif
Islam, 2011: 153)

DEFINISI

Perkataan mengurus berasal daripada perkataan urus yang bermakna ‘mengendalikan’.


Manakala, istilah urus menerbitkan istilah pengurus yang bermaksud ‘individu yang
mengendalikan’ dan pengurusan pula bermaksud, ‘tindakan mengendalikan’. Oleh sebab itu,
pengurus bermaksud sesiapa sahaja yang mendorong individu lain melakukan sesuatu bagi
mencapai tujuan.
Dalam proses pengendalian sesuatu organisasi, pada setiap saat terdapat ramai individu
melakukan sesuatu untuk individu-individu lain demi mencapai tujuannya. Ini bermakna di
dalam sesebuah organisasi terdapat ramai individu yang sememangnya menjadi pengurus dan
terlibat dalam aktiviti pengurusan. (Komunikasi Di Tempat Kerja, 2002: 123)
PENGURUSAN SUMBER

Sebelum ini telah dibahaskan mengenai Integriti dan Akauntabiliti yang mana dua sifat ini
perlu ada di dalam setiap diri individu. Integriti merupakan elemen penting kesejahteraan
kakitangan awam. Kajian terdahulu mendapati integriti mempunyai hubungan yang positif
dengan kesejahteraan individu (Widang & Fridlund, 2003), kesejahteraan komuniti dan
kesejahteraan organisasi (Ones et al., 2003). Integriti membentuk staf yang mempunyai tingkah
laku yang baik dan bebas daripada tingkah laku yang negatif seperti mencuri, vandalisme,
memanjangkan waktu rehat tanpa kebenaran dan ponteng kerja. Kelemahan integriti akan
menyumbang kepada keruntuhan nilai moral dan kerosakan sesuatu profesyen pekerjaan.
Demikian itu, integriti juga akan mempengaruhi kejayaan emosi, kejayaan kerjaya dan
kewangan, kejayaan kerja, kejayaan perhubungan dan kejayaan fizikal staf. Kejayaan emosi
merupakan pengaruh untuk menjadi gembira, puas hati atau tenang dan sebaliknya risau,
cemas, kecewa, marah atau tidak berpuas hati. Kejayaan kerjaya dan kewangan secara
umumnya merupakan keupayaan mengawal kebiasaan perbelanjan dan simpanan yang
mencukupi untuk masa depan dan kerjaya seseorang. Akauntabiliti pula sifat tanggungjawab
yang perlu ada dalam diri individu. Hakikatnya integriti dan akauntabiliti memainkan peranan
penting dalam memperoleh kejayaan.

Dalam pengurusan kualiti organisasi, terdapat pengurusan sumber di mana pengurusan


tersebut dibahagikan kepada tiga sumber utama iaitu sumber manusia, infrastruktur, dan
persekitaran kerja.

I. Sumber manusia
Sumber manusia bagi sesebuah organisasi adalah merupakan semua staf yang merangkumi
pekerja dan pengurus yang terdapat dalam organisasi tersebut. Sumber ini merupakan
sumber terpenting di dalam sesebuah organisasi di mana mereka ini menawarkan bakat,
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kepada organisasi. Tanpa sumber manusia,
organisasi tidak akan dapat bergerak malah tidak akan wujud.
Manakala, pengurusan sumber manusia pula boleh ditakrifkan sebagai suatu sistem
yang komprehensif dan bersepadu bagi mengurus tenaga kerja secara efektif dalam usaha
untuk mencapai matlamat organisasi. Pengurusan sumber manusia adalah tugas semua
pengurus. Setiap pengurus mempunyai peranan dan akan terlibat dalam pengurusan sumber
manusia. Ini kerana, bagi memastikan kelicinan perjalanan sumber manusia.
Antara peranan pengurus sumber manusia ialah memberi perkhidmatan dan membantu
pengurusan lini dalam pengurusan sumber manusia. Pengurus sumber manusia terlibat
dalam proses pemilihan, orientasi dan latihan pekerja, penyimpanan rekod pekerja dan
aktiviti kakitangan yang lain. Fungsi ini dapat membantu dan mengurus lini menyedia dan
mengurus sumber manusia dengan lebih berkesan.
Selain itu, ialah menyediakan khidmat nasihat kepada pengurus lini yang berkaitan
dengan sumber manusia dengan memberikan khidmat nasihat yang berkaitan dengan
masalah-masalah disiplin pekerja, ganjaran, motivasi, dan lain-lain fungsi yang berkaitan
dengan sumber manusia atau tenaga buruh.
Seterusnya ialah mengambil cakna mengenai hal ekonomi. Ini kerana, tekanan- tekanan
ekonomi turut mempengaruhi pengurusan sumber manusia. Apabila keadaan ekonomi
berubah, pihak pengurusan organisasi mesti mengubah suaikan rancangannya agar
organisasi dapat memenuhi keperluan keadaan semasa. Sebagai contoh apabila sesebuah
organisasi berada dalam keadaan meleset, keputusan tentang pemberhentian pekerja perlu
dibuat dan pihak organisasi mesti berusaha untuk mengurangkan kos buruhnya. Namun
sesetengah organisasi tidak melakukan hal tersebut malah bersama, dan bersepakat untuk
mencari jalan yang terbaik bagi organisasi. Dari sini dapat kita lihat bahawa sifat dan nilai
integrity serta nilai akauntabiliti perlu ada dalam diri seseorang.
Disamping itu, kesatuan sekerja. Untuk memastikan kejayaan sesebuah organisasi,
kesatuan sekerja perlulah dititik beratkan. Kesatuan kerja disini bermaksud, menetapkan
hal-hal pampasan, jumlah jam pekerja dan keadaan kerja. Dengan adanya perjanjian
sedemikian, seseorang pengurus sumber manusia mesti sentiasa berhati-hati supaya aktiviti
sumber manusianya tidak bercanggah dengan syarat-syarat yang terdapat dalam
persetujuan koleftif.

II. Infrastruktur
Keupayaan organisasi dalam melaksanakan setiap aktiviti dengan jayanya bergantung
besar mengikut keadaan infrastruktur yang wujud dalam organisasi tersebut. Pihak
organisasi mesti menentukan, menyediakan, dan menyenggara infrastruktur yang
diperlukan untuk memastikan organisasi dapat menghasilkan kerja yang akhirnya akan
memenuhi keperluan pelanggan berkaitan dengan produk atau servis yang dikeluarkan.
Terdapat tiga kategori utama infrastruktur yang diperlukan. Antaranya ialah:
a) Bangunan, tempat kerja dan utiliti berkaitan.
b) Keperkakasan (hardware dan software).
c) Perkhidmatan sokongan/bantuan (pengangkutan dan sistem informasi).
Disamping itu, memberi kemudahan infrastruktur kepada kakitangan Islam seperti
menyediakan tempat solat dan makanan halal. Kemudahan untuk beribadah adalah antara
keperluan asasi bagi seseorang Islam kerana menjaga agama termasuk dalam daruriyyat
syar’iyyah yang utama menurut Islam. (Aplikasi Sistem Pengurusan Kualiti Dari Perspektif
Islam, 2011: 165)
Selain itu, penjagaan perkara-perkara halal haram yang ada kaitannya dengan
infrastruktur yang disediakan oleh organisasi juga perlu diberikan keutamaan. Contohnya,
pergaulan di antara lelaki dan perempuan, makanan, penyembelihan, aurat dan lain-lain.
Perkara lain yang perlu diambil perhatian ialah tandas dan bilik mandi yang berasingan,
ruang kerja yang tidak menyebakan khalwat dan masa yang sesuai bagi wanita.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah menetapkan perkara-perkara fardu,
maka jangan kamu mensia-siakannnya, menetapkan had-had, jangan kamu melanggarnya
dan menetapkan perkara-perkara haram, maka jangan kamu melakukannya”. (Al-
Daruqutniy, Sunan al-Daruqutny, no.18163, Mausu’ah al-Hadith al-Syarif).
Soal keselamatan kakitangan juga menjadi keutamaan dalam Islam. Prinsip Islam
dalam apa juga aspek kehidupan manusia adalah menolak mudarat dan mendatangkan
manfaat. Sabda Rasulullah SAW: “Tiada mudarat dan tiada pemudaratan” (HR. Ibnu
Majah, Sunan Ibnu Majah, Jilid 2, hlm.784, no.2340).

III. Persekitaran Kerja


Persekitaran kerja yang baik juga penting bagi menjamin kejayaan dan kecemerlangan
sesebuah organisasi. Persekitaran mengikut Ibn Khaldun mempengaruhi peradaban dan
perilaku masyarakat. Persekitaran pula sentiasa berubah dan tiada yang kekal sebagaimana
yang digambarkan oleh Peter Vaill, bagaikan air jeram yang kekal berkocak di mana
keadaannya hanyalah separuh kekal. Putera Philip, presiden World Wildlife Fund berkata,
“Makhluk hidup tanpa berubah berbilion tahun, tetapi apabila persekitaran berubah, mereka
juga perlu berubah”.
Oleh itu, organisasi yang menyesuaikan diri dengan persekitarannya mempunyai
peluang untuk berjaya. Kajian gelagat organisasi meneliti bagaimana dan kenapa orang
bertindak, berfikir dan merasa dalam persekitarannya. Persekitaran organisasi boleh
mempengaruhi gelagat, prestasi dan kesetiaan serta kesopanan anggotanya.
Sebagai contoh, seorang professor bertanya mengenai fungsi sebuah hospital di mana
pertanyaan tersebut telah dijawab oleh seseorang bahawa fungsi hospital adalah untuk
merawat pesakit. Lalu professor tersebut menyanggah jawapan tersebut dan mengatakan
bahawa fungsi hospital bukan untuk merawat kerana yang merawat adalah doktor. Hospital
yang baik mewujudkan persekitaran supaya doktor terbaik ingin bekerja malah lebih
bersemangat untuk bekerja. Doktor yang terbaik lahir daripada persekitaran yang baik.
Jelas disini bahawa persekitaran memainkan peranan penting dalam mwujudkan keadaan
supaya setiap orang dapat menghabiskan kerjayanya dalam keadaan yang dia suka. (Sopan
Daripada Perspektif Pengurusan Organisasi, 2008: 151)
Selain itu, persekitaran ini dibina melalui hubungan dengan rakan sekerja. Sikap saling
hormat-menghormati dalam kalangan anggota menjadi asas perhidmatan yang baik.
Demikian juga dalam hubungan antara jabatan, bahagian dan unit yang lain perlulah baik
dan mesra. Jika kita mahu pekerja tertib dan sopan dengan pelanggan, maka kita juga perlu
bersopan dengan mereka kerana pekerja yang gembira lebih bersedia untuk membantu.
Menurut Sam Walton dari Wal Mart berkata, “anggotalah yang menyumbang secara
bermakna dan sikap kami kepada satu sama lain membuat kami berbeza”. (Sopan Daripada
Perspektif Pengurusan Organisasi, 2008: 152)
Seterusnya, kawasan kerja yang bersih dan kemas juga penting kepada pekerja. Mereka
perlu ruang yang cukup dan keadaan yang selesa untuk melakukan kerja yang berkesan.
(Sopan Daripada Perspektif Pengurusan Organisasi, 2008: 153)
PENUTUP

Kesimpulannya, pengurusan sumber yang berkualiti melahirkan pengurusan organisasi yang


berjaya. Pembangunan sumber manusia menjadi isu penting yang perlu diberi perhatian oleh
para pengurus. Islam menawarkan pendekatan pembangunan manusia yang holistik sifatnya
dengan memberi penekanan kepada nilai-nilai yang benar. Persekitaran pengurusan yang
bertambah kompleks sifatnya amat memerlukan pekerja yang berkebolehan dan amanah.
Seterusnya, setiap individu mestilah mempunyai sifat akauntabiliti dan integriti di dalam diri.
Ini kerana sifat ini dapat melahirkan kejayaan yang sebenar dalam sesebuah organisasi malah
turut memberi kejayaan buat individu itu sendiri.

Selain itu, setiap individu bertanggungjawab terhadap pembentukan integriti diri


mereka. Menurut Aristotle, individu adalah bermoral apabila melakukan tindakan yang betul
kerana mengetahui tindakan itu adalah betul secara konsisten dan sebati dengan dirinya. Oleh
itu, adalah sangat penting untuk membentuk nilai moral yang baik melalui kebiasaan dan
latihan.
RUJUKAN

You might also like