You are on page 1of 1

No 205-G, Sendayan Merchant Square, Jalan Pusat Dagangan Sendayan 3,

71950, Bandar Sri Sendayan, NSDK

Rujukan Kami : PAS/NS26/52-7828/CAW.BSS(2)2019


Tarikh : 20 November 2019

Kepada :
Pengarah PASTI Negeri Sembilan
Wisma Pasti Negeri Sembilan,
112-1, Lorong Lavender Heights 1/1,
Lavendar Height, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

ُ‫علَ ْي ُك ْم َو َر ْح َمةُ هللاِ َو َب َر َكاتُه‬


َ ‫سالَ ُم‬
َّ ‫ال‬
Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MENAIKKAN KADAR YURAN BULANAN PASTI SRI SENDAYAN
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa PASTI Sri Sendayan telah bersetuju untuk
menetapkan kadar yuran bulanan mengatasi harga syiling yang ditetapkan oleh pihak PASTI
negeri. Kadar yang ditetapkan oleh pihak PASTI Sri Sendayan mengikut ketetapan berikut,
RM150 untuk sesi pagi dan RM120 bagi sesi petang.
3. Untuk makluman pihak tuan, pihak kami menetapkan harga tersebut berdasarkan kos
pengoperasian yang tinggi dikeluarkan oleh pihak kami setiap bulan dari segi sewaan
bangunan, bayaran utiliti dan sebagainya. Oleh itu, bagi memastikan perjalanan PASTI dapat
berjalan dengan lancar kami memohon kebenaran untuk menaikkan kadar yuran bulanan
seperti yang dinyatakan.
4. Pihak kami amat mengharapkan agar permohonan ini mendapat perhatian dan
kelulusan serta sokongan dari pihak tuan. Segala kerjasama yang pihak tuan berikan amat kami
hargai dan didahului dengan ucapan jazakumullahu khairal jaza’.
Sekian, Wassalam.

“ISLAM MEMIMPIN”
Yang Menjalankan Amanah,

(SADDAM HUSSEIN BIN SUHAIMI)


Setiausaha PASTI Sri Sendayan
Bandar Sri Sendayan

You might also like