You are on page 1of 24

Isi Kandungan

1.0 Pengenalan ........................................................................................................................................ 2


1.1 Latar Belakang Jabatan Pengimejan Bio Perubatan...................................................................... 3
3.0 Kaedah Kajian ................................................................................................................................... 4
3.1 Objektif Kajian.............................................................................................................................. 5
3.2 Skop Kajian................................................................................................................................... 5
5.0 Diagnosis Kajian ......................................................................................................................... 14
6.0 Cadangan Perubahan Jabatan Pengimejan ........................................................................................ 18
7.0 Halangan-Halangan Perubahan Jabatan Pengimejan ...................................................................... 19
8.0 Cadangan Mengatasi Halangan Perubahan Jabatan Pengimejan .................................................... 20
9.0 Kesimpulan .......................................................................................................................................... 23
10.0 Rujukan .............................................................................................................................................. 24
GMGM3043 Pengembangan Organisasi

1.0 Pengenalan

Sejajar dengan kemajuan negara di alaf baru, teknologi dalam bidang perubatan telah

pesat berkembang dan memberikan sinar dan harapan kepada jutaan pesakit yang menderita.

Teknologi moden membawa begitu banyak maanfaat kepada pengguna. Walau secanggih mana

pun teknologi yang kita ada, kepakaran tenaga buruh tidak boleh dipertikaikan. Kemahiran yang

tinggi juga perlu untuk mengendalikan kemudahan yang ada. Dengan ini wujudnya organisasi

dalam dalam sesebuah jabatan yang terdiri daripada kakitangan dan majikan atau pihak

pentadbir.

Perubatan merupakan sektor yang penting dalam membantu masyarakat untuk

mempunyai tahap kesihatan yang baik dan progresif pada masa hadapan. Oleh itu, kerajaan

sangat prihatin terhadap mutu perkhidmatan yang diberikan oleh sektor perubatan. Kementerian

Kesihatan Malaysia akan terus berkembang dengan bertambahnya fasiliti-fasiliti kesihatan pada

setiap tahun. Kementerian juga menjadi rujukan dari negara-negara jiran dalam pelbagai

teknologi serta kaedah perubatan seperti bidang perubatan Kardiologi dan Geriatrik.

Kini fokus Kementerian Kesihatan menjadi lebih luas terutamanya dalam menyediakan

kemudahan kesihatan yang saksama, mudah diperolehi dan berkualiti. Perkembangan ini selaras

dengan perubahan corak kesihatan persekitaran, pembangunan teknologi kesihatan globalisasi

dan liberalisasi mengikut corak perubahan penyakit, kesihatan persekitaran dan perkembangan

teknologi di peringkat dunia.

2
GMGM3043 Pengembangan Organisasi

1.1 Latar Belakang Jabatan Pengimejan Bio Perubatan

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) merupakan institusi perubatan badan

berkanun yang terletak dalam kampus utama Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan

pada tahun 1962. Fakulti Perubatan Universiti Malaya diwujudkan untuk membentuk pelatih-

pelatih perubatan yang profesional dengan sifat berkaliber, profesionalisme serta berkemampuan

mengharungi cabaran. Mula diwujudkan sejak tahun 1965 bagi jurusan Ijazah Sarjana Muda

Perubatan dan Pembedahan. Kemudian seterusnya jurusan-jurusan lain dimasukkan seperti

Bioperubatan, Farmasi dan juga Kejururawatan.Pelajar-pelajar akan dididik dengan perubatan

moden semasa untuk memantapkan minda pelajar perubatan dalam mengharungi cabaran

perubatan terkini.

Perkhidmatan pengimejan bio-perubatan bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan

radiologi dan juga prosedur invasive therapeutic tertentu kepada pesakit yang terdiri daripada

pesakit dalam, pesakit luar dan pesakit kecemasan. Terdapat juga pesakit luar yang dirujuk

daripada hospital lain kerana terdapat tenaga pakar di sini.

Diantara perkhidmatan yang disediakan di Jabatan Pengimejan bio-Perubatan ini ialah:

1. Perkhidmatan diagnostic

- Menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostic menggunakan modality general x-

ray,ultrasound,CT Scan,MRI dan Fluoroskopi.

2. Perkhidmatan Interventional

- Memberikan perkhidmatan intervensional bagi tujuan diagnostic dan terapeutik

menggunakan panduan modaliti seperti CT Scan, Ultrasound dan Angiografi.

3
GMGM3043 Pengembangan Organisasi

3. Perkhidmatan latihan dan penyelidikan

- Continuing Medical Education (CME)

- Bengkel /kursus/seminar

- Teaching atau updates

- Privilage & Credentialing

- Pusat penyelidikan bagi pengimejan

4. Keselamatan sinaran

- Melaksanakan program penjaminan mutu di jabtan termasuk aktiviti kualaiti dan

pemantauan prestasi modality di jabatan.

- Menjalankan program perlindungan sinaran di jabatan selaras dengan keperluan di

bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304)

- Memantau dos dedahan sinaran yang diterima pesakit dan pekerja supaya berada pada

tahap yang optimum dan selamat.

3.0 Kaedah Kajian

4
GMGM3043 Pengembangan Organisasi

Dalam kajian ini, kami telah menggunakan kualitatif untuk mendapatkan maklumat bagi

menganalisa masalah yang wujud di Jabatan Pengimejan. Sehubungan itu, kami telah membuat

suatu kajian dengan pandangan staf yang bertugas di Jabatan berkenaan. Bagi menjalankan

kajian ini, terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengumpul maklumat berkenaan

dengan kajian yang telah diberikan oleh pensyarah. Berikut merupakan kaedah kajian yang telah

pengkaji gunakan sepanjang perjalanan kerja kursus ini.

3.1 Objektif Kajian

Masalah-masalah yang dihadapi oleh kakitangan di Jabatan Pengimejan dan mencari

penyelasaian yang baik. Ini kerana jika kakitangan gembira dan perlu selasa dengan tugas yang

dijalankan supaya dapat mencapai matlamat organisasi. Dalam Kajian ini, terdapat beberapa

objektif seperti berikut:

a. Mengenalpasti masalah yang wujud di kalangan kakitangan di Jabatan

Pengimejan.

b. Mengenalpasti kekurangan fasiliti dan masalah di ruang Jabatan Pengimejan.

c. Mengkaji perubahan yang diperlukan di Jabatan Pengimejan bagi mencapat

matlamat organisasi.

3.2 Skop Kajian

5
GMGM3043 Pengembangan Organisasi

Kajian yang dijalankan hanya tertumpu kepada kakitangan pengimejan seramai 15 orang

yang bertugas di Jabatan Pengimejan, PPUM . Kajian ini juga memberi fokus kepada

Pengurusan sumber manusia, Intervensi Stategic, Intervensi Teknostructural dan proses manusia.

Di samping itu, kajian ini akan mengenalpasti kompetensi kakitangan serta masalah dan situasi

yang dihadapi oleh kakitangan dalam pengurusan di Jabatan Pengimejan . Selanjutnya, melihat

fasiliti yang terdapat untuk membantu dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas mereka

dengan sempurna.

3.3 Rujukan

Kami juga menggunakan kaedah rujukan untuk membuat perbandingan berdasarkan teori

yang diberikan dengan maklumat yang diperolehi daripada hasil pemerhatian dan temubual yang

dijalankan. Selain itu, mendapatkan sumber rujukan daripada buku dan juga internet.

6
4.0 Analisis Kajian (Intervensi)

Jadual :1 Kes Kajian di Jabatan Pengimejan Bio Diagnostik, Pusat Perubatan Universiti Malaya

Bil. Ciri R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10 R11 R12 R13 R14 R15 Jumlah


Bersetuju

Intervensi strategic
1 Adakah kakitangan faham tentang √ √ √ x √ √ x √ x √ x √ √ x √ 10
objektif organisasi
2 Adakah pengurusan organisasi √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 15
melibatkan staf bawahan dalam
kenyataan misi.
3 Adakah pandangan pihak luar diambil √ x x x x √ x √ √ x √ x √ x x 6
kira dalam pengurusan organisasi.
4 Adakah pelan strategik organisasi x √ x √ x √ √ √ x x √ x √ x x 7
mencapai objektif yang ditetapkan

Intervensi Teknostruktural
1 Adakah perkembangan teknologi √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 15
dalam digital radiografi membantu
dalam tugas juru x-ray
2 Adakah sebarang kelemahan dapat √ √ √ x x √ x √ √ √ x x √ √ √ 10
dikesan daripada penggunaan digital
teknologi
3 Adakah fasiliti di ruang klinikal √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 15
mencukupi
4 Adakah juru x-ray mengamalkan kerja √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12
berpasukan
GMGM3043 Pengembangan Organisasi

Proses Manusia
1 Adakah hubungan antara rakan sekerja √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 15
adalah baik
2 Adakah hubungan antara pekerja √ √ x √ x x √ √ x √ x √ √ x √ 9
dengan pihak pentadbiran adalah baik
3 Adakah kakitangan kerja berpasukan √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 15
untuk mencapai matlamat organisasi.
4 Adakah kakitangan menyesuaikan diri √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 15
dengan gaya kepimpinan organisasi.

Pengurusan Sumber Manusia


1 Adakah anda mendapat kepuasan √ √ √ x x x √ x x x x x x x x 4
bekerja di organisasi ini?
2 Adakah latihan yang disediakan √ x √ x x √ x x x x x x √ √ x 5
kepada pekerja mencukupi?
3 Adakah markah penilaian prestasi x √ x x x x x x x √ x x x x x 15
tahunan yang diberikan adalah
memuaskan?
4 Adakah anda mempunyai peluang x x x x x x x x x x x x x x x 0
tinggi untuk memperkembangkan
kerjaya dalam organisasi ini?

8
GMGM3043 Pengembangan Organisasi

Dapatan Kajian

Dalam kajian ini profil respondan terdiri daripada kakitangan Jabatan Pengimejan seperti
berikut:

Profil Respondan

Maklumat Kategori Bilangan

Jantina Lelaki 5
Prempuan Perempuan 10

Umur 18-30 tahun 2


31-40 tahun 6
41-50 tahun 4
51-60 tahun 3

Pendidikan Tertinggi STPM/Sijil/Diploma 4


Ijazah 8
Sarjana 3

Tempoh Perkhidmatan Kurang dari 1 tahun 2


1-5 tahun 2
6-10 tahun 6
10 tahun ke atas 5

Respondan yang telah memberi maklumbalas dalam kajian ini adalah 15 orang yang terdiri

daripada pelbagai jawatan, taraf pendidikan, umur, tempoh perkhidmatan melalui soal selidik

di Jabatan Pengimejan. Hasil kajian menunjukkan respondan perempun merupakan respondan

yang paling ramai. Kebanyakan respondan umur lingkungan dalam 31-40 tahun lebih ramai

kakitangan yang bekerja di Jabatan Pengimejan. Tahap pendidikan kakitangan juga ramai

yang memiliki Ijazah. Kebanyakan respondan juga berkerja lebih 5 tahun dalam Jabatan ini

dan mempunyai pengalaman kerja luas.

9
GMGM3043 Pengembangan Organisasi

1. Intervensi Strategic

Soalan Setuju Tidak Setuju

1) Adakah kakitangan faham 10 5


tentang objektif organisasi

2) Adakah pengurusan 15 0
organisasi melibatkan staf
bawahan dalam kenyataan
misi.

3) Adakah pandangan pihak 6 9


luar diambilkira dalam
pengurusan organisasi.

4) Adakah pelan strategik 7 8


organisasi mencapai
objektif yang ditetapkan.

Kajian ini melibatkan sebanyak 15 orang respondan yang terdiri daripada juru x-ray yang

bertugas di bahagian pemeriksaan radiografi am. Majoriti adalah kakitangan yang

berpengalaman 3 tahun dan keatas. Objektif organisasi adalah ingin memberi perkhidmatan

yang terbaik kepada pesakit di samping dapat mengurangkan masa menunggu pesakit terlalu

lama di jabatan. Bagi menjayakan objektif ini,semua kakitangan akan terlibat. Kakitangan telah

bekerja keras dalam member layanan terbaik kepada pesakit di samping mempunyai kemahiran

yang cekap dalam menjalankan tugas. Walaubagaimanapun pandangan dari pihak luar juga

diambil kira. Pihak luar biasanya terdiri daripada pesakit itu sendiri atau ahli keluarga pesakit

tersebut. Secara keseluruhannya objektif tercapai.

10
GMGM3043 Pengembangan Organisasi

2. Intervensi Teknostruktural

Soalan Setuju Tidak Setuju

1) Adakah perkembangan 15 0
teknologi dalam digital
radiografi membantu dalam
tugas juru x-ray

2) Adakah sebarang 10 5
kelemahan dapat dikesan
daripada penggunaan digital
teknologi

3) Adakah fasiliti di ruang 15 0


klinikal mencukupi

4) Adakah juru x-ray 15 0


mengamalkan kerja
berpasukan

Dalam intervensi teknostruktural ini, bagi perkembangan teknologi dalam digital

radiografi, majority sangat bersetuju bahawa ia sangatlah membantu meringankan beban dalam

tugas juru x-ray,. Walaubagaimanapun kita tidak dapat lari dari masalah walau secanggih

manapun sistem pasti ada kelemahan. Contohnya, mesin tidak mampu menampung beban kes

yang terlampau banyak di jabatan dan mengakibatkan kerosakan yang berulang terjadi. Fasiliti di

ruang klinikal contohnya tempat menunggu, bilik menyusu,water cooler ada disediakan kepada

pesakit. Ruang kerja untuk juru x-ray juga sangat selesa. Juru x-ray memang mengamalkan

kerja berpasukan serta tolong menolong. Jika tanpa kerjasama ,agak sukar melakukan tugas

seperti mengangkat dan memindahkan pesakit dari katil ke meja x-ray.

11
GMGM3043 Pengembangan Organisasi

3. Proses Manusia

Soalan Setuju Tidak Setuju

1) Adakah hubungan antara 15 0


rakan sekerja adalah baik.

2) Adakah hubungan antara 9 6


pekerja dengan pihak
pentadbiran adalah baik.

3) Adakah kakitangan 15 0
mengamalkan kerja
berpasukan untuk mencapai
matlamat organisasi.

4) Adakah kakitangan 15 0
menyesuaikan diri dengan
gaya kepimpinan organisasi.

Dalam proses manusia, kakitangan dilatih dengan disiplin yang tinggi dan agak tegas. Bahagian

pentadbiran banyak menggunakan pendekatan demerit terhadap kesalahan yang dilakukan oleh

kakitangan termasuklah dalam penghasilan kualiti imej yang tidak menepati kriteria. Dengan

sebab ini hubungan kakitangan dan pihak pengurusan agak tegang dan bermasalah.

Walaubagaimanapun hubungan sesama kakitangan amat erat dan mereka bersatu hati dalam

menyelesaikan tugas. Banyak masalah yang dirujuk kepada penyelia yang dilantik di kawasan x-

ray. Biasanya masalah akan diselesaikan pada peringkat bawahan dulu sebelum dibawa ke

peringkat tertinggi pentadbiran jika tiada jalan penyelesaian. Penyelia yang dilantik pula adalah

kebanyakannya terdiri dari senior senior juru x-ray itu sendiri. Tugas mereka adalah membantu

melancarkan lagi tugas-tugas bahagian pentadbiran. Kakitangan(juru x-ray) juga lebih selesa

berurusan dengan penyelia yang dilantik.

12
GMGM3043 Pengembangan Organisasi

4. Pengurusan Sumber Manusia

Soalan Setuju Tidak Setuju

1) Adakah anda mendapat 4 11


kepuasan bekerja di organisasi
ini?
2) Adakah latihan yang disediakan 5 10
kepada pekerja mencukupi?
3) Adakah markah penilaian 2 13
prestasi tahunan yang diberikan
adalah memuaskan?
4) Adakah anda mempunyai 0 15
peluang tinggi untuk
memperkembangkan kerjaya
dalam organisasi ini?

Majoriti kakitangan yang di soal selidik menyatakan kurang kepuasan bekerja di sini. Ini adalah

kerana kurangnya ruang untuk memberi pendapat. Kakitangan hanya boleh melakukan kerja

mengikut prosedur yang ditetapkan. Jika terdapat sebarang aduan mengenai kakitangan, pihak

atasan juga kadang kala tidak cuba menyokong atau back up kakitangan. Latihan yang

disediakan juga agak kurang mencukupi ini kerana kakitangan banyak dihantar kursus yang agak

kurang berkaitan dengan bidang contohnya kursus berkaitan belanjawan, menyediakan minit

mesyuarat dan sebagainya. Markah penilaian prestasi tahunan juga agak kurang memuaskan

bagi sesetengah kakitangan. Masih ada kakitangan yang memperolehi markah kurang dari 80.

Peluang untuk meningkatkan kerjaya di Jabatan ini agak sukar kerana tiada kekosongan jawatan.

Ramai juru x-ray yang sudah memegang ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana tapi masih

memegang jawatan dengan lulusan diploma.

13
GMGM3043 Pengembangan Organisasi

5.0 Diagnosis Kajian

Organisasi merupakan satu sistem yang wujud dimana terdapat beberapa bahagian

dalamnya dan persekitarannya saling berkait antara satu sama lain. Robbins(1999)

mendefinisikan organisasi sebagai satu aktiviti kolektif yang dirancang oleh dua orang atau lebih

yang mengandungi pembahagian buruh dan autoriti berhierarki untuk mencapai matlamat secara

bersama. Walau apa definisi yang diberikan, organisasi adalah satu sistem yang merangkumi

pelbagai aktiviti bersama manusia seperti sumber semulajadi, modal dan bahan. Pelbagai aktiviti

ini akan dapat memenuhi matlamat individu melalui interaksi dengan persekitaran. Organisasi

juga dapat didefinisikan sebagai satu kumpulan kerja yang terdiri daripada manusia yang

bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain untuk mencapai matlamat individu,

kumpulan dan organisasi. Dalam Organisasi wujud permasalahan yang terjadi dari pelbagai

aspek dapat dikategorikan tiga peringkat iaitu individu, kumpulan dan organisasi.

14
GMGM3043 Pengembangan Organisasi

PERINGKAT ORGANISASI KUMPULAN INDIVIDU

INPUT Jabatan Pengimejan perlu Apabila organisasi itu dianggap Dalam menentukan keberkesanan
menyediakan suasana persekitaran sebagai kumpulan kerja, ini bermakna organisasi, elemen-elemen di
yang sesuai bagi pelanggan di mana ia mempunyai beberpa orang bekerja peringkat organisasi dan di peringkat
pesakit yang datang untuk yang telah diberi peranan tertentu kumpulan merupakan faktor yang
mendapatkan perkhidmatan. untuk menjalankan sesuatu tugas. penting. Di mana, setiap komponen
Persekitaran juga memainkan peranan Mereka perlu bekerjasama dan rekabentuk organisasi dari segi
dalam suatu jabatan bagi memberikan berhubung antara satu sama lain bagi struktur, teknologi, sistem sumber
perkhidmatan yang terbaik kepada menyiapkan sesuatu tugas. Sekiranya manusia memainkan peranan dalam
pelanggan. Maklumat kepada mereka mejalankan tugas tanpa jabatan. Jabatan perlu jelas dengan
pelanggan juga perlu disediakan memerlukan perkhidmatan dan matlamat dan mempunyai
supaya menyenangkan mereka kerjasama daripada pihak lain, sudah perancangan yang teratur mengikut
mengikut peraturan. tentu tugas dijalankan itu tidak dapat matlamatnya.
Kepimpinan pengurusan perlu lebih disiapkan seperti yang dikehendaki Dari segi rekabentuk kumpulan pula,
mantap supaya kakitangan mendapat dari segi masa, kualiti, kuantiti dan kejelasan matlamat, struktur tugasan,
kepuasan dalam melakukan tugasnya. sebagainya. fungsi kumpulan bagi mencapai
Manakala Robbins dan Coulter (2002) matlamat jabatan. Dengan ini,
mentakrifkan kumpulan sebagai dua kakitangan dapat mengikut beban
orang atau lebih individu yang bebas tugas dan saling membantu dalam
berinteraksi secara bersama-sama mencapai matlamat organisasi.
untuk mencapai matlamat tertentu. Ciri-ciri personal juga memainkan
Kumpulan juga boleh didefinisikan peranan dalam Jabatan dimana
sebagai dua atau lebih individu yang mengikut usia, jantina, bangsa,
berinteraksi antara satu sama lain, jawatan , tahap pendidikan,
saling berkongsi tujuan dan juga pengalaman dan sebagainya.
identiti.
REKABENTUK Jabatan juga perlu mengikut strategi Di setiap jabatan, jika tiada kumpulan Dalam sesuatu kejadian dalam
dengan menggunakan sumber-sumber kerja yang bersatu dalam organisasi dapat dianalisis dalam
yang ada bagi menghadapi melaksanakan sesuatu kerja, hubungan antara seseorang, interaksi
persekitaraan yang dinamik. organisasi itu tidak mampu mencapai keperibadiaan dalam suatu situasi.
15
GMGM3043 Pengembangan Organisasi

Belanjawan Jabatan juga perlu sesuatu matlamat yang diharapkan. Setiap individu memiliki sikap,
dirancang bagi mencapai misi dan Dalam Jabatan ini perlu praktis untuk keperibadiaan, nilai dan pengalaman
objektif organisasi. Selain itu, mendapatkan kerjasama tenaga yang berbeza dan ianya
persediaan teknologi yang disediakan pekerja ialah dengan melibatkan mempengaruhi perlakuan dalam
iaitu aliran kerja (work flow) supaya mereka dalam pengendalian urusan- organisasi. Setiap individu berbeza
kakitangan dapat menjalankan urusan organisasi. Di samping itu, mengikut keperibadiaan masing-
tugasnya dengan teratur. Pihak organisasi perlu memberi faedah- masing, ini boleh membawa kurang
pengurusan perlu menyediakan faedah yang didapati untuk ahli-ahli fahaman antara satu sama lain, kurang
struktur pentadbiran yang mantap kumpulan bagi perkembangan bekerjasama, dan tidak bertegur.
supaya dapat menggunakan sumber- kefahaman yang lebih baik tentang Keadaan ini menyebabkan organisasi
sumber yang ada dengan matlamat oganisasi, menjadi lebih akan mengalami beban dan perlu
keberkesanan. Pihak pentadbiran juga, kreatif, penyelesaian masalah yan memikirkan cara mengatasi keadaan
perlu menyediakan peluang supaya lebih efektif, motivasi yang meningkat ini. Hubungan antara rakan sekerja
kakitangan mengikuti kursus, latihan dan mengembangkan kepimpinan amat penting dan ianya perlu baik
yang sesuai dengan bidang tugas bagi yang lebih baik. untuk menuju pencapaian organisasi.
meningkatkan ilmu pengetahuan dan Setiap perlu pemikiran positif untuk
pengalaman. Dalam Jabatan menerusi pencapaian organisasi
Pengimejan, kakitangan akan menuju matlamat dan sasaran.
menggunakan alat-alat yang terkini Dalam
dan perlukan kursus sebelum
menggunakan. Jabatan perlu mebuat
penilaian kakitangan dengan telus bagi
memberikan semangat bekerja.
OUTPUT Pada peringkat ini Jabatan Pengimejan Banyak sebab mengapa sesuatu
telah mencapai objektif dan misi yang organisasi membentuk kumpulan kerja
telah ditetapkan. Ianya dapat dilihat bagi melengkapkan kerja-kerja dalam
menerusi pencapaian prestasi staf, sesuatu organisasi yang besar. Apabila
perkhidmatan yang memuaskan organisasi semakin besar dan
pelanggan, pekerja yang merumitkan pentadbiran organisasi
berpengalaman dan memberi sedia ada. Hasil yang diperolehi
perkhidmatan yang cemerlang. daripada menggunakan kumpulan-
kumpulan kecil bagi bagi
melaksanakan fungsi-fungsi ini adalah

16
GMGM3043 Pengembangan Organisasi

berbeza di antara jabatan-jabatan.


Produktiviti sesebuah oganisasi
bergantung kepada banyak perkara
termasuklah sifat proses yang 4
digunakan, pihak pentadbiran dalam
mengendalikan cadangan, keputusan
dan saranan kumpulan. Penilaian bagi
peringkat ini melihat sejauhmanakah
jabatan, bahagian dapat bekerjasama
mencapai kesepakatan dalam membuat
keputusan atau menyelesaikan
masalah berkaitan pekerjaan mereka.
Keadaan ini membuktikan apabila
berkerja dalam kumpulan dapat
menghasilkan prestasi kerja yang
cemerlang dalam jabatan.

17
GMGM3043 Pengembangan Organisasi

6.0 Cadangan Perubahan Jabatan Pengimejan

Sebagai Ketua atau Pengurusan kepada Jabatan, perlu merancang dan memikirkan

cadangan terbaik untuk peningkatan matlamat organisasi. Selain itu, pengurusan perlu mengkaji

masalah dan kekurangan di Jabatan untuk memperbaiki keadaan kini. Keperluan Kakitangan

tambahan adalah amat diperlukan di Jabatan ini memandangkan pesakit yang meningkat semakin

hari dan melatih kakitangan baru. Pengurusan juga perlu memikirkan cara untuk memberi

inisiatif kepada kakitangan yang bekerja tanpa kira waktu dalam memberikan perkhidmatan yang

baik.

Dalam suatu organisasi, ketua merupakan seorang pemimpin yang berkaliber membawa

anggota bersama-sama menuju ke arah matlamatnya. Zainah & Hamdan, (2002) menyatakan

peranan dalam pengurusan dikonsepkan sebagai kekaburan peranan, konflik peranan,

tanggungjawab terhadap orang lain, kurang rasa tanggungjawab, kurang sokongan daripada

pihak pengurusan, kurang penglibatan dalam proses membuat keputusan dan memenuhi

perubahan teknologi yang pesat.

Dalam kajian dijalankan pengurusan sumber manusia amat kurang memuaskan kerana

kakitangan kurang bersetuju dengan pengurusan Jabatan. Kebanyakan tindakan yang diambil

kurang memberi kepuasan di kalangan kakitangan. Peluang peningkatan dalam kerjaya amat

kurang di Jabatan menyebabkan kakitangan kurang bermotivasi. Isu ini amat serius di Jabatan

Pengimejan. Walaupun perkara ini kerap kali dibawa dalam pengurusan, masih tidak

memperolehi sebarang kesudahan. Kakitangan yang berpengalaman dan berkelayakan perlu

diberi peluang supaya ini memberi motivasi kepada mereka untuk bekerja dengan lebih semangat

menuju matlamat organisasi.

18
GMGM3043 Pengembangan Organisasi

Penyediaan kursus yang sesuai bagi kakitangan juga semakin kurang atas alasan

kekurangan peruntukan. Perkara ini perlu dikaji oleh pengurusan sumber manusia di mana, hasil

kajian kebanyakan kursus yang dihantar adalah kurang sesuai dengan kerja. Kursus yang

dihantar harus sesuai dengan kerja supaya ianya dapat dimanfaatkan dan meningkatkan dalam

bidang masing-masing.

7.0 Halangan-Halangan Perubahan Jabatan Pengimejan

Organisasi kebiasaan menghadapi halangan-halangan kewangan di mana peruntukan

yang ada menyukarkan pihak pentadbiran menyediakan keperluan yang dikehendaki oleh

jabatan. Pihak pentdbir perlu membuat keputusan mengikut keperluan utama dalam

menyelasaikan kehendak Jabatan. Peruntukan kewangan memainkan peranan yang utama dalam

proses kerja setiap Jabatan. Tindakan wajar ini akan dapat membantu pihak pentadbiran

melicinkan pengurusan kewangan Jabatan dan peruntukkan wang kerajaan dsapat diurus sebaik

mungkin ke arah pencapaian organisasi. Bagi menguruskan sumber kewangan di PPUM,

pemimpin perlu mempunyai ilmu pengurusan kewangan supaya pengurusan PPUM dapat

dijalankan dengan efisien. Amalan Pengurusan kewangan yang cekap dan teratur dapat

menjadikan sesebuah organisasi mencapai kecemerlangan.

19
GMGM3043 Pengembangan Organisasi

8.0 Cadangan Mengatasi Halangan Perubahan Jabatan Pengimejan

Walaupun begitu, tidak semua individu atau kumpulan dalam organisasi mengharapkan

berlakunya perubahan di mana ianya mungkin mengundang ketidakpuasan atau kesusahan

kepada organisasi. Perubahan yang dilakukan memberikan suatu pendekatan baru kepada

organisasi dan kumpulan dalam organisasi kerana akan mewujudkan peralihan yang baru

terhadap persekitaran seperti struktur, proses, teknologi dan lain-lain. Oleh itu, mengundang

kewujudan tentangan terhadap perubahan. Hal ini turut membawa kemungkinan negatif terhadap

faktor penerimaan daripada kalangan tertentu yang berkepentingan dalam organisasi atau

memberikan kesan kepada kedudukannya dalam organisasi.

Kumpulan dalam organisasi yang terdiri daripada individu-individu berkepentingan

mungkin menolak perubahan kerana takutakan kehilangan kuasa sedia ada yang dimiliki.

Perubahan yang berlaku akan turut mengubah semula struktur dan perjalanan organisasi di mana

struktur kuasa akan dirombak untuk dikaji semula. Kumpulan yang berkuasa akan merasa

bimbang kedudukan dan kebebasannya tergugat apabila perlantikan semula dibuat. Maka,

golongan ini akan sedaya upaya untuk cuba mempertahankan kedudukan sekarang dengan

menentang perubahan organisasi. Mereka merasakan perubahan adalah suatu ancaman kepada

kerjaya sedia ada mereka yang telah berdiri kukuh.

Selain itu, kumpulan juga bimbang akan risiko untuk mengalami kegagalan kerana

perubahan yang berlaku berada dalam dimensi ketidakpastian. Organisasi tidak dapa

tmenjangkakan apa yang akan berlaku pada masa depan. Organisasi yang melakukan perubahan

perlu bersedia dari segi mental dan fizikal akan risiko kegagalan yang akan diterima sekiranya

perubahan yang dijalankan tidak berkesan dan memberikan impak yang negatif. Kumpulan

20
GMGM3043 Pengembangan Organisasi

dalam organisasi pasti bimbang sekiranya kegagalan berlaku kerana ianya bukan hanya

memberikan impak negatif kepada organisasi malah mendatangkan kesan buruk kepada kerjaya

mereka.

Masalah-masalah yang mungkin dihadapi ini akan mendorong kumpulan menolak

perubahan kerana tidak mahu mengambil risiko yang tinggi dan merasakan apa yang mereka ada

setakat itu telah mencukupi dan tidak perlu diperbaiki lagi. Dalam hal sebegini, organisasi perlu

menjelaskan secara terperinci hakikat perubahan, tujuan perubahan dilakukan, menjelaskan

masalah yang berkaitan dengan perubahan, memberikan pemahaman yang logik dan rasional

terhadap perubahan. Kumpulan juga menolak perubahan kerana ketidakpercayaan terhadap

organisasi. Ini mungkin berlaku apabila kumpulan tidak memahami tentang perubahan yang cuba

dilakukan dan kesan sepenuhnya daripada perubahan.

Kelemahan dari segi pengurusan sebelumnya mungkin menyebabkan penolakan tersebut

di mana sebelum ini organisasi telah mencuba untuk melakukan perubahan tetapi menemui

kegagalan kerana faktor-faktor tertentu. Sokongan terhadap perubahan yang ingin dilakukan

akan berkurangan kerana organisasi telah meninggalkan suatu kesan yang tidak baik pada mata

kumpulan suatu masa dahulu. Organisasi perlu berusaha semula dalam membangkitkan

sokongan berbanding penentangan kumpulan. Penolakan terhadap perubahan juga disebabkan

faktor pembiayaan yang akan ditanggung dalam proses melakukan perubahan.

Apabila perubahan dijalankan, terdapat banyak perkara dari keadaan asal yang perlu

diubah dan memerlukan kos yang tinggi dalam usaha melaksanakannya.Contohnya, perubahan

yang melibatkan mesin dan jentera yang berteraskan penerapan teknologi dalam pengeluaran

memerlukan perbelanjaan yang besar. Keengganan untuk menerima perubahan oleh kumpulan

21
GMGM3043 Pengembangan Organisasi

juga turut menyekat pengurusan perubahan yang cuba dilaksanakandalam organisasi. Individu

dalam organisasi memahami keperluan kepada perubahan namunenggan menerima perubahan

kerana sebab-sebab tertentu. Mereka tidak mempunyai keyakinan yang tinggi dalam

menggerakkan perubahan. Keraguan ini akan mengikis kepercayaan diri dan melumpuhkan

pertumbuhan dan perkembangan organisasi. Hal ini mungkin disebabkan kekurangan kemahiran

yang diperlukan, tiada kebolehan, dan tidak mempunyai kelayakan.

Ianya melibatkan faktor-faktor emosi dan psikologi yang dapat mempengaruhi pemikiran

dan tanggapan individu terhadap kebolehan diri sendiri. Sekiranya organisasi mengkehendaki

perubahan yang dilakukan menemui hasil maka faktor emosi tidak boleh diabaikan. Emosi juga

merupakan komponen yang penting dalam motivasi sebab akan menggerakkan individu untuk

berperilaku tertentu. Menurut C. D. Ino Yuwono dan M.G. Bagus Ani Putra (2005) “dalam

masa-masa perubahan organisasi, emosi lebih sering muncul dengan intensitas yang lebih kuat

dibandingkan dengan masa-masa biasa” (hlmn. 252). Keengganan merubah struktur yang sudah

stabil juga menyebabkan pengurusan perubahan tidak diterima. Organisasi merasakan struktur

sedia ada dalam organisasi masih dalam berkeadaan baik dan tidak perlu melakukan perubahan.

Oleh itu, sebelum sebarang perubahan dilakukan kajian terperinci tentang perubahan tersebut

perlu diteliti sebaik mungkin agar tiada pihak yang akan mendapat kesusahan pada masa

hadapan.

22
GMGM3043 Pengembangan Organisasi

9.0 Kesimpulan

Perubahan perlu dilakukan bagi merangsang pertumbuhan dalam organisasi disamping

memotivasikan kumpulan yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan organisasi.

Namun begitu, dalam usaha menjana sebuah perubahan yang berkesan, faktor dalaman dan

luaran perlu dikaji dengan lebih teliti agar pembaharuan yang cuba dilakukan berjaya mencapai

matlamat yang diharapkan. Perubahan pada dasarya ditujukan untuk memberikan impak yang

positif bagi pertumbuhan dan pekembangan organisasi.

Kemunculan faktor dalaman dan luaran akan mendorong organisasi untuk melakukan

perubahan bagi memperbaiki serta mengubahsuai struktur organisasi ke arah yang lebih baik dan

terkawal. Komitmen yang tinggi dari kumpulan dalam organisasi juga amat perlu bagi

memastikan keberkesanan dan kemantapan perubahan. Budaya kerja berpasukan dan penglibatan

semua ahli dalam organisasi akan menentukan tahap pencapaian dan maklum balas yang

diperolehi daripada perubahan yang dilaksanakan. Dalam hal ini, sesetengah pihak perlu akur

akan keputusan organisasi sekiranya ianya membawa banyak impak positif kepada individu atau

kumpulan dalam organisasi berbanding impak negatif. Kebiasaanya, organisasi akan

mengutamakan impak positif yang akan diperolehi oleh golongan majoriti berbanding minoriti.

Dalam kajian ini, dapat dirumuskan bahawa kemajuan atau pencapaian sesuatu organisasi

bergantung kepada pihak pengurusan yang berkaliber dalam pelaksanaan kewajipan yang

diberikan.

23
GMGM3043 Pengembangan Organisasi

10.0 Rujukan

Husaina Banu Kenayathulla, Ranjeetham Subramaniam, Muhammad Faizal A. Ghani

(2015) Bil. 1, Isu 4, Pengurusan Kewangan Di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Di

Kuala Kangsar, Perak: Satu Kajian Kes, http://e-journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/

Wan Idros Wan Sulaiman Noorzihidayah Md Noor Ali Salman Maizatul Haizan
Mahbob, Pengaruh Teknologi Komunikasi Terhadap Perubahan Keorganisasian Di
Jabatan Penyiaran Malaysia, Journal of Social Science ang Humanities, Vol. 12, No. 1
(2017) 110-136, ISSN: 1823-884x

Aisyah Abdul-Rahman & Wajeeha Zulkifly, Faktor Penentu Pengurusan Kewangan: Kes
Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, Jurnal Personalia Pelajar 19(2)(2016):
85-94

24

You might also like