You are on page 1of 1

Pernyataan Semasa PBS

Hari Kedua

(2 APRIL 2019)

Hari ini merupakan hari kedua saya menjalankan program PBS di sekolah SJK

Tiong Hin. Pada hari ini, saya telah mengikuti Puan Wong Fei Yi memasuki kelas

Tahun 2 untuk memeriksa tentang kelas Pendidikan Moral.

Dalam proses beliau menjalankan proses P&P, beliau telah memberikan kuiz

yang kecil kepada murid. Tujuan beliau bertindak sedemikian adalah untuk

mengimbaskembalikan apa-apa yang telah dipelajari pada minggu yang lepas.

Semasa menjalankan proses P&P, beliau telah memberikan murid peluang untuk

membuat penanda buku untuk diberikan kepada ibu untuk menghargai jasa ibu

kerana hampir perayaan Hari Ibu. Dengan ini, murid akan lebih memahami tentang

tanggungjawab sebagai seorang anak dan menghargai jasa ibu bapa. Selain itu,

murid juga akan lebih menumpukan perhatian dengan pengajaran guru yang menarik

dan kreativiti.

Selain itu, saya telah mempelajari cara-cara pengajaran semasa menjalankan

prose P&P terutamanya mengawal disiplin murid pada masa yang akan datang.

You might also like