You are on page 1of 1

Pernyataan Semasa PBS

Hari Ketiga

(3 APRIL 2019)

Hari ini merupakan hari ketiga saya menjalankan program PBS di sekolah SJK

Tiong Hin. Pada hari ini, sekolah ini telah menjalankan perhimpunan mingguan dan

pertandingan bercerita tentang ketaatan terhadap ibu bapa.

Dalam perhimpunan ini, guru besar telah memberi ucapan dan nasihat

murid-murid supaya menjaga kebersihan sekolah dan menjaga disiplin sendiri supaya

tidak lewat datang ke sekolah. Penolong kanan ko-kurikulum juga menyampaikan sijil

dan hadiah kepada murid yang telah menyertai pertandingan nyanyian mewakili

sekolah.

Saya mendapati bahawa terdapat murid yang menumpukan perhatian semasa

ucapan Guru besar dan guru-guru manakala sebahagain kecil murid yang kurang

menumpukan perhatian dan bercakap dengan kawan mereka semasa perhimpunan

diadakan. Pengawas sekolah dan guru disiplin telah mengadakan rondaan semasa

perhimpunan dijalankan dan selepas rondaan, mereka akan berdiri di belakang

semua murid untuk mengawal murid-murid.

Setelah perhimpunan, pertandingan bercerita telah dimulakan dan keputusan

pertandingan pula akan disampaikan pada minggu depan.

You might also like