You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI ALAM 2,

JALAN SURIA 47, 81750, MASAI,


JOHOR DARUL TAKZIM
email:jba1106_skserialam2@yahoo.com.

Ruj kami : JBA1106/600-2/3/3 ( )


................................................. Tarikh : 31 Julai 2019
.................................................
.................................................
.................................................
.................................................

Tuan,

MOHON SUMBANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN BILIK j-QAF

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa SK Seri Alam 2 sedang melaksanakan projek
penambahbaikkan bilik j-QAF. Projek ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi keselesaan dan
kemudahan kepada pelajar sekolah dalam melaksanakan aktiviti persatuan dan PdPC (Pengajaran dan
Pembelajaran Cemerlang). Oleh yang demikian, pihak sekolah ingin memohon sumbangan daripada pihak
tuan untuk membeli alatan seperti langsir tingkap, langsir pentas, cat lantai, rak buku dan lain-lain.
Anggaran kos perbelanjaan ialah sebanyak RM 13,500 . Justeru itu, pihak kami ingin memohon jasa baik
pihak tuan untuk menyumbangkan dana bagi membantu membiayai kos dan perbelanjaan ini.

3. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat mempertimbangkan
permohonan ini. Semoga melalui sumbangan daripada pihak tuan, program ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya.

4. Sebarang pertanyaan atau keterangan, sila hubungi Penyelaras Bilik j-QAF iaitu Encik Mohamad
Fazuan (011-26032826). Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun sekolah iaitu 0108-7010-0141-
32(Tetuan Tabung Kebajikan SKSA2).

5. Segala keperihatinan dan jasa baik Dato’/Datin/Tuan/Puan saya dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

........................................................
(MOHAMMAD BIN JAAFAR)
Guru Besar,
SK Seri Alam 2.

You might also like