You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN SEGAMAT KECIL


(SEKOLAH MURID ORANG ASLI)
Kampung Segamat Kecil, Kod Sekolah : JBA7042
85300 Labis, Johor Darul Ta’zim. Emel : jba7042@moe.edu.my

Ruj. Kami:
Tarikh : 23 OGOS 2023

Kepada:

SEMUA IBUBAPA DAN PENJAGA


MURID PRASEKOLAH, TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6
SK SEGAMAT KECIL

Tuan,

MAKLUMAN CUTI PENGGAL 2, SESI 2023/2024

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa cuti persekolahan penggal 2, 2023/2024 dijadualkan seperti


berikut:
PERKARA TARIKH
CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL 2 : 25.8.2023 HINGGA 2.9.2023 (9HARI)
SEKOLAH SEPERTI BIASA : BERMULA 3.9.2023 (AHAD)
(SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL 3)

3. Murid-murid akan bersekolah seprti biasa pada 3.9.2023 (Ahad). Sila pastikan anak-anak tuan/puan hadir ke
sekolah dengan rambut yang pendek (murid lelaki) dan berpakaian kemas mengikut peraturan sekolah yang telah
ditetapkan.

4. Sehubungan dengan itu, kerjasama dari ibubapa/penjaga amatlah diharapkan bagi memastikan kehadiran murid-
murid ke sekolah untuk kecemerlangan dan kemenjadian murid pada masa akan datang. Sekian untuk makluman
dan tindakan pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

......................................

You might also like