You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SEGAMAT KECIL

(SEKOLAH MURID ORANG ASLI)


Kampung Segamat Kecil,
85300 Labis, Johor Darul Ta’zim. Kod Sekolah : JBA7042
Emel : jba7042@moe.edu.my

Rujukan Kami :
Tarikh : Oktober 2023
Kepada:

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN TANAH HITAM SAWIT BAGI PROGRAM KELESTARIAN ALAM SEKITAR
SK SEGAMAT KECIL
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dengan ini adalah dirujuk.
2. Untuk makluman pihak tuan, pihak sekolah mengadakan Program Kelestarian Alam Sekitar bersama 25 orang
pelajar KEDAP (Kelas Dewasa Orang Asli dan Peribumi) SK Segamat Kecil. Program ini memberi pendedahan kepada
pelajar-pelajar KEDAP tentang cara-cara menanam nanas dengan bantuan dan bimbingan daripada Lembaga Perindustrian
Nanas Malaysia.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan ini memohon sumbangan tanah hitam daripada pihak tuan bagi tujuan
penanaman 400 pokok nanas kerana tanah hitam sawit mengandungi nutrien yang baik untuk tanaman. Untuk maklumat
lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi :

3.1 Cikgu Abd Halim Bin Atan di talian 013-7922215 (Guru Besar)
3.2 Cikgu Abdul Rahim Bin Ab Latip di talian 010-9270239 (Penyelaras)
3.3 Cikgu Nursakinah Binti Mohd Nor di talian 010-4140040

5. Semoga permohonan kami ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan bagi menambah nilai kehidupan
dan pengetahuan khususnya kepada pelajar KEDAP dan masyarakat orang asli Segamat Kecil amnya. Keprihatinan dan
kerjasama pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

s.k : Fail sekolah


: Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Segamat (JAKOA)
u/p: En. Rizal Bin Yadon)

You might also like