You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SEGAMAT KECIL

(SEKOLAH MURID ORANG ASLI)


Kampung Segamat Kecil,
85300 Labis, Johor Darul Ta’zim. Kod Sekolah : JBA7042
Emel : jba7042@moe.edu.my

Rujukan Kami :
Tarikh :
Kepada:
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Segamat
JKR 1884, Jalan Aji,
85000 Segamat,
Johor Darul Takzim
(u/p: Pn. Noraini Binti Hamdan / Unit Pembangunan)

Tuan,

PERMOHONAN MEMBAIKI PAM AIR YANG ROSAK DAN PENDAWAIAN SEMULA STOR SUKAN SELEPAS
BENCANA BANJIR PADA 1.3.2023 DI SEK SEGAMAT KECIL

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dengan ini adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, SK Segamat Kecil dilanda banjir pada 28.2.2023 hingga 1.3.2023. Banjir mulai
surut pada 2.3.2023. Dalam musibah kali ini, bahagian aras bawah bangunan sekolah telah ditenggelami air. Antara
yang paling teruk terjejas dan rosak teruk ialah pam air dan stor sukan.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan rasa rendah diri dengan ini memohon bantuan dari pihak tuan bagi
membaiki kerosakan pam air dan pendawaian semula stor sukan.

4. Semoga permohonan kami ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan. Keprihatinan dan
Kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

ABD HALIM BIN ATAN


Guru Besar
SK Segamat Kecil

Sk : Fail sekolah

You might also like