You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

C SJK(T) LADANG SUNGAI BONGKOK Tel : 017-4876719


PETI SURAT:22,08100 BEDONG, KEDAH DARUL AMAN Emel : KBD3079@moe.edu.my

Ruj Kami : STLSB 100-11/7 (1)


Tarikh : 08 Februari 2022

Yang Berbahagia Tuan Pengurus,


Ladang Sungai Bongkok,
08100 Bedong,
Kedah Darul Aman.

Yang Berbahagia Tuan,

MEMBUAT PERMOHONAN UNTUK MEMOTONG RUMPUT PADANG SEKOLAH YANG


TELAH LAMA SEMAK DAN MEMBERSIHKAN PERSEKITARAN KAWASAN PAGAR
SEKOLAH.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Kami pihak jawatankuasa sekolah ingin membuat permohonan memotong rumput padang
sekolah yang telah lama semak sehingga menyebabkan aktiviti sukan dan senaman murid-murid tidak
dapat dijalankan dengan sempurna. Tambahan pula persekitaran kawasan pagar sekolah yang disemai
oleh tumbuhan kecil yang merosakan pagar sekolah dan kami berasa takut masalah ini akan
menyebabkan keselamatan murid-murid terjejas.

3. Oleh yang demikian, kami pihak sekolah bercadang dan memohon bantuan peralatan serta
merayu kepada pihak tuan agar membantu kami untuk membersihkan kawasan pagar sekolah serta
memotong rumput padang sekolah. Dengan ini kami berharap pihak tuan memahami masalah yang
kami hadapi.

4. Kami pihak sekolah sangat mengharapkan permohonan kami ini diberi perhatian dan tindakan
sewajarnya diambil kelak. Segala kerjasama dari pihak tuan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

…………….……………………

s.k : Fail Sekolah

You might also like