You are on page 1of 3

PERATURAN PERTANDINGAN MERENTAS DESA

MSSM DAERAH JERANTUT KALI KE-19 TAHUN 2020


1.0 UNDANG-UNDANG

Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM). Peraturan-
peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dan Peraturan Kejohanan Merentas Desa Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).

2.0 JENIS PERTANDINGAN

2.1 Jenis pertandingan adalah antara sekolah (bagi rendah dan menengah).
2.2 Pertandingan secara individu dan berpasukan.
2.2 Kumpulan umur dan kategori serta jarak larian seperti jadual berikut;

Kategori Kump. Umur Jarak


A Lelaki bawah 18 tahun 8 km
B Lelaki bawah 15 tahun 6 km
C Lelaki bawah 12 tahun 4 km
D Perempuan bawah 18 tahun 6 km
E Perempuan bawah 15 tahun 6 km
F Perempuan bawah 12 tahun 4 km

3.0 LOKASI / PETA LALUAN

Kawasan sekitar SMK KOTA GELANGGI 2 dan SK KOTA GELANGGI 2

4.0 PENDAFTARAN PESERTA

4.1 Peserta yang bertanding mestilah warganegara Malaysia.


4.2 Pendaftaran pasukan dan peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang disediakan
oleh pihak urusetia JK Pengelola Pertandingan (Bahagian Teknikal dan Pertandingan). Borang
pendaftaran ini hendaklah ditanda tangan oleh GPK Kokurikulum atau Pengurus Pasukan dan disahkan
oleh Pengetua atau Guru Besar.
4.3 Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada pihak urusetia JK Pengelola Kejohanan
di Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut (EN JAZMAN BIN JAHTI (01113389659) – SK KOTA
GELANGGI 3 @EN MOHD FIRDAUS B YUSOF 0192527131 – SMK SG RETANG@ (EN.
MUHAMMAD HAFIZAL TENG BIN ABDULLAH – SK JERANTUT (012-2395021) @ EN. MOHD
RIDZUAN BIN ABDUL MANAF - SK PEDAH : HP: 0139091455) : TARIKH TUTUP PENDAFTARAN :
04 FEBRUARII 2020 (SELASA)
.

5.0 PENYERTAAN

5.1 Had maksima penyertaan bagi setiap pasukan mengikut kategori umur yang dipertandingkan adalah
seramai ENAM (6) orang SAHAJA.
5.2 Had minima : Empat (4) orang peserta setiap kategori yang dipertandingkan (bagi kelayakan
penentuan johan keseluruhan berpasukan
5.3 Bayaran penyertaan dikenakan sebanyak RINGGIT MALAYSIA LIMA BELAS SAHAJA (RM20.00)
L12 dan P12 : RM20.00
L15 dan P15 : RM20.00
L18 dan P18 : RM20.00
6.0 PAKAIAN

6.1 Peserta hendaklah berpakaian yang sesuai dan kemas serta berkasut ketika mengambil bahagian
dalam larian dan pada majlis penyampaian hadiah.
6.2 Pakaian hendaklah tidak jarang walaupun basah dan tidak menjolok mata.

7.0 HADIAH

7.1 Individu : Kedudukan 1 hingga 15 bagi setiap kategori (Medal dan Sijil Penghargaan)
7.2 Setiap Kategori : Johan - Hamper & Sijil Penghargaan
Naib Johan – Sijil Penghargaan
Tempat Ke-3 – Sijil Penghargaan
7.3 Berpasukan : Bagi sekolah menengah dan rendah;
Johan sahaja - Piala Pusingan & Sijil Penghargaan
Naib Johan – Sijil Penghargaan
Tempat Ke-3 – Sijil Penghargaan

8.0 BANTAHAN

Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Perkara 147 Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Malaysia kecuali perkara-perkara berikut :
8.1 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta yang tidak dapat
diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh
mengambil bahagian di bawah bantahan (under protest) dan perkara tersebut akan dikemukakan
kepada pihak Juri Rayuan JK Pengelola Kejohanan / Pertandingan.
8.2 Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan
serta merta dan tidak lewat daripada :
8.2.1 Tiga puluh minit setelah keputusan rasmi dikeluarkan DAN
8.2.2 Sebarang bantahan mestilah bertulis kepada Juri Rayuan dan disertai dengan wang
pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja).

9.0 PENETAPAN PUNGUTAN MATA BAGI ACARA BERPASUKAN (SETIAP KATEGORI)

9.1 Pencapaian terbaik 4 peserta yang menamatkan larian akan diambil kira untuk menentukan
kedudukan pasukan.
9.2 Pasukan yang mendapat agregat terendah akan diumumkan sebagai pemenang.
9.3 Jika berlaku seri, penamat yang ke-4 terbaik akan diambil kira bagi menentukan pemenang.

10.0 PENENTUAN JUARA KESELURUHAN

10.1 Kategori Sekolah Rendah

10.1.1 Juara keseluruhan pertandingan adalah berdasarkan kepada jumlah agregat terendah yang
dikumpul daripada semua kategori iaitu P12 dan L12.
10.1.2 Jika berlaku seri, pasukan yang mendapat bilangan Johan berpasukan yang terbanyak akan
dikira sebagai pemenang.

10.2 Kategori Sekolah Menengah

10.2.1 Juara keseluruhan pertandingan adalah berdasarkan kepada jumlah agregat terendah yang
dikumpul daripada semua kategori iaitu P18, L18, P15 dan L15.
10.2.2 Jika berlaku seri, pasukan yang mendapat bilangan Johan berpasukan yang terbanyak akan
dikira sebagai pemenang.
11.0 NOMBOR PESERTA

10.1 Kategori Sekolah Rendah


10.1.1 Nama ringkas sekolah masing-masing di atas kain putih. Tulisan mesti warna biru terang.

10.2 Kategori Sekolah Menengah


10.2.1 Bagi kategori Bawah 15 Tahun – Nombor warna merah di atas kain putih.
10.2.2 Bagi kategori Bawah 18 Tahun – Nombor warna hitam di atas kain putih.
10.2.3 Senarai nombor untuk setiap sekolah adalah seperti jadual berikut :

BIL PASUKAN Nama KOD NOMBOR PESERTA


1 SMK Jerantut SMKJ 01 0101 – 0199
2 SMK Padang Piol SMKPP 02 0201 – 0299
3 SMK Padang Saujana SMKPS 03 0301 – 0399
4 SMK Damak SMKD 04 0401 – 0499
5 SMK Kuala Tembeling SMKKT 05 0501 – 0599
6 SMK Pulau Tawar SMKPT 06 0601 – 0699
7 SMK (A) TAHAP TAHAP 07 0701 – 0799
8 SMK Temin SMKT 08 0801 – 0899
9 SMK Kota Gelanggi 02 SMKKG02 09 0901 – 0999
10 SMK JP SHAS SMKJPS 10 1001 – 1099
11 SMK KOTA GELANGGI 2 SMKKOTA 11 1101 – 1199
GELANGGI 2
12 SMK Sungai Retang SMKSR 12 1201 – 1299
13 SMK Inderapura SMKI 13 1301 – 1399
14 SMK Lepar Utara SMKLU 14 1401 – 1499
15 SMK Jengka 24 SMKJ24 15 1501 – 1599
16 SMK (A) Kota Gelanggi 3 SMKAG3 16 1601 - 1699
17 SBAK Maahad Tahfiz Sg Badak SBAKSB 17 1701 - 1799

12.0 HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

12.1 Setiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan tetapi JK Pengelola
dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Olahraga MSSM Daerah Jerantut
berhak meminda susunan acara jka difikirkan perlu. Jika ada sebarang pindaan, pengurus-pengurus
pasukan akan dimaklumkan.

12.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam
undang-undang Olahraga KOAM, Peraturan-peraturan AM MSSM atau Peraturan Merentas Desa
MSSM. Termasuk TIDAK DIBENARKAN penglibatan pelajar warga asing di dalam pertandingan ini.

Disediakan oleh : Bahagian Teknikal dan Pertandingan

You might also like