You are on page 1of 2

TIPS PENJAGAAN ALAM SEKITAR

Pencemaran alam telah membuatkan banyak pihak sedar akan kepentingan pendidikan
alam sekitar dalam kehidupan. Pendidikan alam sekitar dapat didefinisikan sebagai satu bentuk
pendidikan bagi menyelamatkan alam sekitar daripada terus dirosakkan. Hal ini penting bagi
membendung kerosakan yang dilakukan oleh manusia terhadap alam sekitar. Antara kerosakan
itu adalah mencemarkan air dan udara, menggunakan bahan yang sukar dilupuskan, menebang
hutan tanpa kawalan, menarah tanah tinggi, serta menggunakan air dan tenaga elektrik yang
berlebihan. Ancaman ini telah membuatkan pendidikan alam sekitar dilihat sebagai satu senjata
ampuh yang mampu mengubah tingkah manusia kepada menyayangi alam sekitar daripada
terus digunakan secara sewenang-wenangnya.
Terdapat pelbagai langkah yang boleh dilakukan bagi menerapkan pendidikan alam
sekitar di sekolah. Murid-murid juga perlu sntiasa melibatkan diri dalam aktiviti gotong-
royong menghijaukan kawasan sekolah. Program penghijauan ini boleh dilakukan dengan
menanam pokok-pokok di sekitar kawasan sekolah. Antara pokok-pokok yang boleh ditanam
ialah pokok buah-buahan dan pokok perhiasan, seperti pokok bunga. Selain memcantikkan
sekolah dan memberi hasil untuk dimakan, penanaman pokok ini sebenarnya telah membantu
penambahan pengeluaran gas oksigen yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Program ini
sebegini juga mampu mendidik murid-murid agar mengawal aktiviti penggondolan hutan
secara berleluasa seperti yang didepani oleh dunia dewasa ini. Ringkasnya, aktiviti seperti ini
sememangnya penting dalam mendidik tabiat sayang akan alam sekitar sejak di bangku sekolah
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Seterusnya, murid-murid hendaklah menjaga kebersihan persekitaran sekolah dengan


tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Pihak pengawas juga haruslah memainkan
peranan dengan mengambil tindakan terhadap para pelajar yang mengotorkan kawasan
sekolah. Selain itu, para pelajar hendaklah menjaga harta benda sekolah dengan baik iaitu tidak
mengotorkan, menconteng atau merosakkan harta benda sekolah. Para pelajar juga haruslah
bekerjasama memelihara pokok-pokok bunga yang terdapat di pekarangan sekolah supaya
sentiasa hidup dengan subur agar dapat mencantik kan dan menceriakan kawasan persekitaran
sekolah. Keadaan persekitaran sekolah yang cantik dan ceria ini, mampu memberi ketenangan
kepada para pelajar agar dapat belajar dengan sempurna.

Pihak sekolah akan memastikan bagi penggunaan air dan elektrik di sekolah terkawal.
Hal ini bertujuan bagi mengawal penggunaan elektrik dan air daripada terus dibazirkan.
Penggunaan elektrik dan air yang tidak terkawal merupakan salah satu bentuk kerosakan
terhadap alam sekitar. Hal ini demikian kerana penggunaan elektrik yang berlebihan telah
membebaskan gas-gas beracun seperti monoksida yang mampu mengancam ekosistem dan
kesihatan manusia juga. Kipas pula perlu dihentikan sekiranya pelajar tidak berada di dalam
kelas, umpamanya pergi ke makmal dan ketika waktu rehat. Bagi memastikan pelaksanaan
peraturan ini berjaya, maka pengawas perlu prihatin dan bertanggungjawab memantau dan
memastikan lampu dan kipas telah dimatikan sebelum meninggalkan kelas.
Antara perkara yang boleh dipraktikkan oleh murid-murid sekalian bagi menjaga alam sekitar
adalah seperti berikut:-

 Asingkan bahan-bahan buangan sebelum membuangnya. Beri sokongan terhadap


Kempen Kitar Semula
 Banyakkan makan makanan segar dan kurangkan memakan makanan yang diproses.
 Kurangkan meminum minuman dalam bungkusan.
 Kurangkan penggunaan plastik dan kertas.
 Kurangkan penggunaan penghawa dingin di rumah. Lebihkan tingkap di rumah.
 Padamkan lampu dan kipas sekiranya anda tidak menggunakannya.
 Jangan biarkan paip terbuka. Paip terbuka akan membazir 9 liter air seminit.
 Jangan bakar sampah sarap di tempat terbuka.

Kesimpulannya, pelestarian alam sekitar sebenarnya bukan bermula di bangku sekolah,


sebaliknya harus disemai, dibaja dan disiram di rumah. Lebih-lebih lagi, tidak mungkin kayu
yang bengkok mampu menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Atas dasar itu, ibu bapa perlu
mencitrakan perlakuan yang boleh dijejaklangkahkan oleh anak-anak. Kerajaan dan guru
hanya melengkapkan pengisian yang telah dicurahkan semasa anak-anak di rumah. Ingatlah,
alam ini hanya pinjaman daripada generasi mendatang. Lantaran itu, seandainya semua pihak
memainkan peranan masing-masing, tidak mustahil pencemaran alam sekitar hanya menjadi
kenangan.

You might also like