You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO ONN

JALAN SAN PENG, 55200 KUALA LUMPUR.

MINIT MESYUARAT AJK MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KALI


KEDUA 2011
TARIKH
:
29 MAC 2011
MASA
:
1.15 TENGAHARI
TEMPAT
:
BILIK MESYUARAT, SMK DATO ONN.
KEHADIRAN
Guru-guru yang hadir:1. Pn Siti Zaleha Bt Hj Hussin
2. Tn Hj Yusoh Bin Hj Abdullah
3. Dr Ong Mek Hiok
4. Pn E.Prameela Ramanujan
5. Pn Hjh Rahimah Bt Mohd Ali
6. Cik Hamizah Binti Zahari
7. Cik Noor Azreen Bt Abd Latif
8. Pn Sevakame a/p Murugan
9. Pn Fudlana Ikmar
10. Pn Siti Zauwiyah Hashim
11. Pn Hana Bt Abu Hassan
12. Pn Mau Yik Wah
13. Pn Maslihah Sahal
14. Cik Norhizah Mohamad Mokhtar
15. Pn Norazilawati Mohd Jamil
16. Pn Siti Hamidah Azis
17. Pn Hazira Romainor
18. En Che Rahim
19. En Ravinthiran a/l P.Muthoo
20. Pn Hafiza Zakaria
Guru-guru yang tidak hadir:
1. En Mohd Asri Mansur (tugas rasmi)
2. Cik Rinarozaleen (tugas rasmi)
3. En Sim Liew Foo (tugas rasmi)
4. Pn Sarojini Devi (tugas rasmi)
5. Cik Tan Li Li (tugas rasmi)
6. Pn Noorul Azura (cuti sakit)
Agenda Mesyuarat
1. Ucapan Pengerusi
Puan Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru ke mesyuarat kali kedua untuk majlis anugerah
kecemerlangan 2011 di Bilik Mesyuarat, SMK Dato Onn. Beliau juga berharap semua guru akan
dapat berkerjasama dalam melicinkan perjalanan majlis kali ini. Beliau berharap agar segala
permasalahan berkaitan majlis dapat diselesaikan dan diputuskan bersama pada mesyuarat kali
ini.

2. Laporan daripada setiap jawatankuasa majlis:a) Jawatankuasa Penerima Anugerah Khas/ Kecemerlangan
Jawatankuasa ini diketuai oleh Puan Hjh Rahimah Mohd Ali. Puan Rahimah telah
menyediakan senarai nama penerima anugerah yang kemudiaannya telah diedarkan kepada
jawatankuasa lain untuk semakan ejaan. Puan Pengetua berterimakasih kepada Pn Rahimah
dan ahli jawatankuasa tersebut kerana berjaya mendapatkan senarai nama penerima anugerah
dalam tempoh yang diberi. Beliau juga meminta agar ejaan nama disemak berulangkali agar
tiada kesilapan yang berlaku kelak
b) Jawatankuasa Hadiah
Jawatankuasa ini diketuai oleh Pn Sarojini Devi Balasingam. Puan Pengetua menyarankan
agar satu ketetapan ditetapkan berkaitan dengan jumlah wang yang wajar diperuntukkan
kepada para pemenang. Jumlah wang yang diperuntukkan semasa mesyuarat pertama telah
dipersetujui oleh semua jawatankuasa majlis.
c) Jawatankuasa Sijil
Jawatankuasa ini pula diketuai oleh Pn Mau Yik Wah. Puan Pengerusi meminta jawatankuasa
ini mendapatkan senarai nama pemenang daripada jawatankuasa penerima hadiah untuk
tindakan seterusnya. Puan Pengetua meminta sijil-sijil yang akan disediakan oleh
jawatankuasa dapat disemak dengan lebih teliti. Puan Pengetua juga meminta Pn Mau
memastikan bilangan sijil adalah mencukupi.
d) Jawatankuasa Pengurus Pemenang.
Ketua bagi jawatankuasa ini ialah Pn E.Prameela Ramanujan. Puan Pengetua meminta
jawatankuasa ini sentiasa bersedia untuk mencari pelajar yang boleh menggantikan penerima
hadiah yang tidak dapat hadir pada majlis tersebut. Beliau memaklumkan sedemikian kerana
terdapat beberapa orang pelajar yang akan terlibat dengan pertandingan kaligrafi Bahasa
Cina.
e) Jawatankuasa Buku Program
En Che Rahim telah menghadiri mesyuarat bagi menggantikan tempat Cik Rinarozaleen yang
terlibat dengan kursus. En Che Rahim telah menyediakan beberapa lakaran buku program
untuk dipilih oleh Puan Pengetua. En Che Rahim juga memaklumkan bahawa semua data
para pemenang akan diambil terus dari Pn Rahimah dalam bentuk soft copy. Puan Pengetua
meminta jawatankuasa ini menunjukkan buku program pada Pn Narimah untuk semakan
sebelum dicetak.
f) Jawatankuasa Jemputan/Sambutan dan Protokol
Cik Hamizah Binti Zahari telah memaklumkan semua ibubapa dan penerima hadiah khas,
SPM dan PMR akan menerima kad jemputan khas. Namun demikian, surat jemputan biasa
akan diedarkan pada penerima hadiah dalaman sahaja iaitu untuk pelajar tingkatan peralihan,
1,2 dan 4. Cik Hamizah juga memaberitahu bahawa akan ada seorang guru yang akan
dipertanggungjawabkan untuk menghantar kad dan membuat panggilan bagi mengenalpasti
kehadiran mereka pada hari tersebut. Puan Pengetua meminta agar kad dapat dihasilkan
dengan teliti dan kemas. Selain daripada itu, pemakaian roset juga hanya disediakan untuk
VIP bagi kedua-dua majlis.. Barisan kawalan juga akan disediakan semasa majlis bermula.

g) Jawatankuasa Jamuan
Pn siti Zauwiyah telah memaklumkan beberapa menu yang boleh dipilih untuk majlis MAC
itu nanti. Namun ianya tidak dapat diputuskan kerana tidak disertakan kos sebenar bagi
setiap pilihan yang ada. Perbincangan dengan pengusaha kantin perlu diadakan kembali
untuk mengetahui kos jamuan tersebut. Jamuan juga akan disediakan untuk para pelajar yang
terlibat untuk majlis MAC itu nanti.
h) Jawatankuasa Persiapan Pentas dan Dewan
Jawatankuasa ini diketuai oleh Puan Hafiza Zakaria. Pn Hafiza sudah meminta kerjasama En
Sim untuk membantu. Puan Pengetua meminta jawatankuasa tersebut mendapatkan bantuan
para pelajar untuk aktiviti mengecat.
i)

Jawatankuasa Persembahan
Puan Maslihah Binti Sahal memaklumkan ada dua kumpulan dari tingkatan pagi dan petang
akan membuat persembahan dalam bentuk nyanyian. Mereka akan mendendangkan tiga buah
lagu.

j) Jawatankuasa Pengacara Majlis


Cik Nurhizah juga meminta kerjasama untuk mendapatkan senarai nama penerima hadiah dan
juga susunan aturcara untuk majlis tersebut. Cik Nurhizah juga memaklumkan bahawa teks
pengacaraan telah disediakan oleh En Mohd Asri.
k) Jawatankuasa Rakaman/ Fotografi
Jawatankuasa ini bakal diketuai oleh Pn Hana Abu Hassan. Pn Hana memberitahu bahawa
pelajar yang akan terlibat sudah dimaklumkan dan Pn Hana juga sudah memaklumkan pada
En Hambali agar dapat membantu untuk membuat rakaman perjalanan majlis itu nanti.
l)

Jawatankuasa Dokumentasi
Dua orang guru telah dilantik iaitu Cik Tan Lili untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan dan
Pn Noorul Azura untuk Mesyuarat Agung PIBG. Jawatankuasa ini memohon kerjasama dari
jawatankuasa lain agar dapat memberi semua input yang diperlukan terutamanya daripada
jawatankuasa penerima hadiah, jawatankuasa buku program, jawatankuasa sijil, jawatankuasa
jemputan, jawatankuasa teks ucapan, setiausaha dan juga bendahari. Semua pengisian perlu
diberikan dan diserahkan jawatankuasa ini untuk dokumentasi.

m) Jawatankuasa Disiplin/ Keselamatan Lalulintas


Jawatankuasa ini diketuai oleh Encik Ravinthiran. Tempat letak kereta untuk VIP perlu
disediakan, ibu bapa tidak dibenarkan sama sekali untuk meletakkan kereta mereka dalam
kawasan sekolah. Puan Pengetua meminta tangga-tangga di blok yang tidak berkaitan perlu
dimangga agar tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku
n) Jawatankuasa Kebersihan/Keceriaan
Jawatankuasa ini pula diketuai oleh Pn Sevakame a/p Murugan. En Mohd Fauzi diminta
mengecat dinding di depan pejabat. Puan Pengetua meminta agar tong sampah besar dapat
dibersihkan sebelum majlis berlangsung. Beliau meminta agar tandas-tandas juga dibersihkan
oleh pekerja dengan lebih kerap ketika majlis berlangsung.

o) Jawatankuasa Teks Ucapan


Puan Siti Hamidah Azis dan Cik Raja Halimah telah menyediakan teks ucapan bagi pihak
pengetua untuk dua majlis tersebut dan pihak VIP yang akan hadir merasmikan kedua-dua
majlis itu. Pn Siti Hamidah juga telah menyediakan draf untuk semakan VIP yang akan hadir.
p) Jawatankuasa Cenderamata
Puan Nurafiza Abd Razak telah membuat pesanan cenderamata untuk kedua-dua VIP yang
akan merasmikan majlis-majlis yang akan berlangsung nanti.
3. Hal- hal lain.
a) Raptai majlis ini akan diadakan pada 6 dan 7 April bermula jam 10.00 pagi.
b) Puan Pengetua meminta agar laporan dari setiap jawatankuasa diberikan kepada beliau
selepas satu minggu majlis dilangsungkan.
c) Pn Sharihan meminta agar setiap jawatankuasa menyediakan kos anggaran perbelanjaan
kepadanya untuk direkod.
d) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.
Disediakan oleh,
(HAZIRA BINTI ROMAINOR @ A.SHUKOR)

You might also like