You are on page 1of 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

SMK TAMAN MEGAH RIA

MINIT MESYUARAT GOTONG ROYONG BIL: 1 TAHUN: 2019


PASCA BENCANA SUNGAI KIM KIM

Tarikh : 25 Mac 2019 (Ahad)


Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari.
Tempat : Bilik Gerakan, SMK Taman Megah Ria
Pengerusi : Tuan Md. Bahrin bin AB Rahman

Kehadiran (Bilangan) : 16 orang

SENARAI KEHADIRAN:
1. Tn. Md Bahrin bin AB Rahman 9. Pn. Haslina binti Hussein
2. En. Rashid bin Abd Rahman 10. Pn. Nooreisyah binti Zainudin
3. Pn. Mahani binti Abd Majid 11. Pn. Norsyazana Yusra binti Kamarudin
4. En. Jafni bin Shaharum 12. Pn. Norhayati binti Ismail
5. Pn. Nur Syuhada binti Yaacob 13. En. Jude Annil
6. Pn. Rozmah binti Yaakob 18. Pn. Aishah Binti Ahmad
7. Pn. Shazana Osman 19. Pn. Manega Kanesan
8. En. Yatiman bin Kamsidin 20. Pn. Hjh Kamariah binti A Bakar (Kontraktor Kebersihan)

1 PENETAPAN PROGRAM
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuarat kerana sudi hadir ke mesyuarat
Gotong-royong Pasca Bencana Sungai Kim Kim.

2. PENETAPAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PASCA BENCANA SUNGAI KIM KIM


Pengerusi memaklumkan bahawa program gotong-royong ini akan dilaksanakan seperti ketetapan
berikut:
Tarikh : 30 Mac 2019
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Sasaran : Semua guru, AKP, AJK PIBG, PIBK, Pengusaha Kantin dan
Kontraktor Kebersihan

3. FOKUS GOTONG-ROYONG
Fokus utama gotong-royong adalah untuk membersihkan bahan-bahan kain seperti langsir serta
meja dan kerusi pelajar. Hal ini kerana dikhuatiri bahan cemar melekat pada kain. Langsir akan
ditanggalkan dan dikumpulkan, kemudian akan dihantar ke kedai dobi.

4. PERALATAN
4.1 Puan Hajah Kamariah selaku Kontraktor Kebersihan sekolah memaklumkan bahawa pihaknya
akan menyediakan apron, sarung tangan getah dan plastik sampah manakala pihak PPD akan
menyediakan topeng dan air mineral. AJK PIBG/PIBK dan guru pula diminta untuk membawa kain
lap, spray air dan baldi kecil.

4.2 Guru-guru dan semua yang hadir semasa gotong royong hendaklah memakai kasut bertutup
semasa menjalankan gotong-royong. Guru-guru diminta untuk memakai kemeja-T sukan 2019,
manakala ibu bapa, pekerja pembersihan dan pekerja kantin hendaklah memakai pakaian yang
sesuai.

4.3 Tempat untuk mengumpul dan mengambil alatan pembersihan akan ditetapkan di kawasan yang
mudah diakses.

5. PENETAPAN JAWATANKUASA
AJK Gotong-royong Pasca Bencana Sungai Kim Kim telah dilantik seperti berikut:

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Pemantau : Barisan Penolong Kanan

Penyelaras : Pn. Hjh. Mahani binti Abd Majid

Dokumentasi: Pn. Maslinda binti Bujang

Urusetia/ : i) Pn. Shazana binti Osman


Pendaftaran ii) Pn. Manega Kanesan
iii) En. Jude Annil

Peralatan : Pn. Hjh. Kamariah binti A Bakar

Makanan : Pn. Nur Syuhada binti Yaacob

Langsir : i) Pn. Nor Sanizai


: ii) Pn. Siti Fatimah
: iii) En. Mohd Anuar Saifuddin

6. HAL-HAL LAIN
Pengerusi memohon sumbangan PIBG untuk sarapan pagi dan kos mendobi. Permohonan tersebut
dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat.

7. PENUTUP
Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan berharap agar
program gotong-royong ini berjalan lancar.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

You might also like