You are on page 1of 1

TUGAS JURUTEKNIK KOMPUTER

SENARAI TUGAS JURUTEKNIK KOMPUTER FT 17 6 Months, 1 Week ago Karma: 1

Bertanggungjawab kepada KPP, Ketua Unit Perkhidmatan ICT (atau Pengetua/Guru Besar Sekolah/Guru
Penyelaras Bestari/Guru ICT sekolah) di dalam membantu menyelaras, melaksana dan mengambil
tindakan susulan ke atas perkara-perkara berikut:

Senarai Tugas Jawatan

1. Membantu menyelia, melaksana dan menyelenggara perkakasan termasuklah server dan


infrastruktur ICT di jabatan/sekolah;

2. Membantu memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik setiap hari termasuk peralatan
rangkaian (router, modem dan sebagainya);

3. Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul sama ada masalah yang berkaitan dengan
perkakasan, sistem pengoperasian rangkaian atau perisian;

4. Membantu melaksanakan keselamatan kemudahan infrastruktur, teknologi dan data iaitu membuat
back up dan replikasi maklumat serta memastikan komputer bebas daripada virus/berfungsi dengan
baik;

5. Membantu melaksanakan garis panduan/peraturan/tatacara penggunaan kemudahan infrastruktur


teknologi termasuklah makmal komputer, pusat akses dan bilik khas ICT dipatuhi;

6. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Penolong
Pengarah/Ketua Unit PICT/(Pengetua/Guru Besar sekolah/Guru ICT sekolah)

You might also like