You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KUBONG (YBA 5102)

98707 LIMBANG, SARAWAK.

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL 01/2019

TARIKH : 2 JANUARI 2019


TEMPAT : BILIK GURU, SK KUBONG
MASA : 3.30 PETANG – 4.30 PETANG

KEHADIRAN
1. En. Sanggah Janggu (Guru Besar)
2. En. Dahlan Bin Salleh (PK Pentadbiran)
3. Pn. Rosidah Binti Bardi (PK Hem)
4. Pn. Rosemary Anak Asan (PK Koko)
5. En. Adam Amirul Bin Zakaria
6. En. Abdul Muqtasid Al Afiq Bin Abdul Razak
7. En. Dahlan bin Jurut
8. En. Ahmad Tarmizi Bin Awg. Lah
9. Pn. Noordiana Binti Abu Bakar
10. Pn. Lilly Anak Daud
11. Pn. Noor Adilah Binti Ibrahim
12. Pn. Rosmahwati Binti Timbang
13. Pn Fionni Suzian Wong
14. En. Mohd Termizi Bin Subpei

AGENDA

1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Program di Bawah Pengurusan HEM Tahun 2019

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Guru Besar merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas komitmen yang diberikan oleh
semua kakitangan sekolah.
1.2 Guru Besar mengingatkan bawah setiap guru berperanan penting dalam setiap tugas yang telah
diamanahkan serta perlu memastikan setiap maklumat yang diperlukan oleh pihak jabatan dilaksanakan
dengan kadar segera mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat dan Perkara-perkara Berbangkit

2.1 Pengesahan Minit Mesyuarat


Pn. Rosidah Binti Bardi (PK HEM) membentangkan Minit Mesyuarat Hal Ehwal Murid 4/2018 yang lalu
dan memohon ahli mesyuarat untuk membuat semakan dan mengemukakan cadangan minit mesyuarat
diterima untuk disahkan.

Cadangan : Pn. Fionni Suzian Wong


Sokongan : Pn. Noor Adilah Binti Ibrahim

2.2 Tiada perkara-perkara berbangkit

3.0 Program di Bawah Pengurusan Hal Ehwal Murid 2018

PK HEM melaporkan program di bawah HEM yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2019

3.1 Program Guru Penyayang dan Mentor-mentee


- Perlaksanaan Program Guru Penyayang dan Mentor Mentee bermula pada hari pertama persekolahan.
- Program pada hari pertama persekolahan :
a) Menyambut kedatangan/kehadiran murid ke sekolah
b) Perhimpunan sekolah (Mengalu-alukan kehadiran semua murid)
c) Perjumpaan Mentor-Mentee Pertama
d) Program yang dijalakan turut melibatkan murid pra sekolah

3.2 Taklimat Ibu Bapa


- Taklimat Ibu bapa dilaksanakan pada bulan 9 Januari 2019 pada jam 1.30 petang
- Kehadiran ibu bapa akan diwajibkan

3.3 Latihan Kebakaran (Fire Drill)


- Dilaksanakan sebanyak 2 kali setahun
- Dilaksanakan pada bulan Mac dan Ogos, tarikh akan ditetapkan kemudian

3.4 Bantuan Murid


a) RMT :
25 orang murid (Tahun 2 hingga Tahun 6)
Murid Tahun 1 akan beri pada bulan Februari setelah proses permohonan dikemaskini

b) SBPT :
Masih terdapat beberapa judul buku yang belom dihantar oleh pihak pembekal
Murid yang terlibat dengan DLP (Tahun 1 dan Tahun 2) masih tidak dapat buku dengan secukupnya
Pinjaman buku teks akan dilakukan

c) Bantuan Persekolahan
Masih belom mendapat makluman dan laporan, akan dimaklumakan kemudian

3.5 Program Kesihatan Murid


- Gate Keeping akan diteruskan
- Pemeriksaan dijalankan setiap hari oleh guru bertugas / guru kelas.
- Pemeriksaan yang dilakukan ialah kuku, rambut serta fizikal murid

3.6 Pergigian dan Imunisasi


- Program Imunisasi Murid Tahun 1 dan Tahun 6 diberi pada awal tahun. Kedua-dua imunisasi akan
diberi oleh Klinik Kesihatan yang berhampiran iaitu Klinik Kesihatan Kuala Penganan. (Jadual akan
diberi oleh klinik kesihatan pada awal tahun). Rekod kesihatan murid dikemaskini oleh guru kelas
untuk digunakan semasa program tersebut.

3.7 Program Bebes Denggi


- Pihak sekolah melaksanakan program bebas denggi bertujuan untuk menghapuskan tempat-tempat
pembiakan nyamuk aedes. Pemeriksaan kawasan sekolah akan dibuat dan laporan mingguan dan
bulanan berkaitan program bebas denggi perlu dilengkap isi.
- Libatkan murid dengan membawa melihat persekitaran sekolah

3.8 Program Sekolah Selamat


- Pihak sekolah melaksanakan polisi sekolah selamat. Polisi-polisi tersebut adalah seperti :
 Keselamatan pergi dan balik sekolah
 Keselamatan fizikal dan bangunan sekolah
 Keselamatan menjalankan aktiviti kokurikulum
 Menghadapi bencana alam
- Pengawal keselamatan bertugas 24 jam. Pihak sekolah mempunyai pegawai perhubungan dengan pihak
polis bagi menjamin keselamatan murid-murid sekolah terjamin.
3.9 Pengurusan Data Murid (APDM)
- Data maklumat murid dalam APDM untuk Tahun 2019 perlu dikemaskini sebelum 15 Januari
- Kemaskini dengan tepat kerana pelbagai maklumat murid akan diambil melalui APDM
- Kemaskini subjek murid
3.10 Program Bimbingan dan Kaunseling
- Dijalankan secara berkelompok
- Secara keseluruhan seperti dalm program mentor mentee

3.11 Perhimpunan mingguan


- Jadual bertugas murid perlu disediakan

3.12 Rekod Kehadiran Murid


- Kehadiran murid diisi di dalam buku dan kehadiran secara online perlu sentiasa di update

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………………… …………………...…………………
(NOORDIANA BINTI ABU BAKAR) (PN. ROSIDAH BINTI BARDI)
Setiausaha, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Sekolah Kebangsaan Kubong. Sekolah Kebangsaan Kubong.

You might also like