You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KUBONG (YBA 5102)

98707 LIMBANG, SARAWAK.

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL 02/2019

TARIKH : 18 APRIL 2019


TEMPAT : BILIK MESYUARAT, SK KUBONG
MASA : 3.30 PETANG – 4.00 PETANG

KEHADIRAN

HADIR TIDAK HADIR


1. En. Dahlan Bin Salleh (PK Pentadbiran) 1. En. Sanggah Janggu (Guru Besar)
2. Pn. Rosidah Binti Bardi (PK Hem) 2. Pn Fionni Suzian Wong
3. Pn. Rosemary Anak Asan (PK Koko)
4. En. Adam Amirul Bin Zakaria
5. En. Abdul Muqtasid Al Afiq Bin Abdul Razak
6. En. Dahlan bin Jurut
7. En. Ahmad Tarmizi Bin Awg. Lah
8. Pn. Noordiana Binti Abu Bakar
9. Pn. Lilly Anak Daud
10. Pn. Noor Adilah Binti Ibrahim
11. Pn. Rosmahwati Binti Timbang
12. En. Mohd Termizi Bin Subpei

AGENDA

1. Ucapan PK HEM
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Program di Bawah Pengurusan HEM Tahun 2019
4. Hal-hal Lain

1.0 Ucapan PK HEM


1.1 PK HEM mengucapkan selamat datang dan terima kasih atas kehadiran semua guru dan staf pada
mesyuarat kali ini.
1.2 PK HEM mengingatkan bahawa setiap maklumat yang diperlukan oleh pihak jabatan perlu dilaksanakan
dengan kadar segera mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat dan Perkara-perkara Berbangkit

2.1 Pengesahan Minit Mesyuarat


Pn. Rosidah Binti Bardi (PK HEM) membentangkan Minit Mesyuarat Hal Ehwal Murid 1/2019 yang lalu
dan memohon ahli mesyuarat untuk membuat semakan dan mengemukakan cadangan minit mesyuarat
diterima untuk disahkan.

Cadangan : Pn. Rosemary Anak Asan


Sokongan : Pn. Noor Adilah Binti Ibrahim

2.2 Tiada perkara-perkara berbangkit


3.0 Program di Bawah Pengurusan Hal Ehwal Murid 2019

3.1 Sudut-sudut Hal Ehwal Murid (HEM)


- Maklumat berkaitan info seperti Polisi keselamatan semasa bencana alam, Polisi Keselamatan
Pencegahan Kebakaran, Polisi Keselamatan Murid Semasa Perjalanan Pergi dan Balik Sekolah serta
Pelan Laluan Kecemasan perlu dilekatkan di dalam bilik darjah.
- Guru kelas diminta untuk menampal di dalam bilik darjah sebagai makluman kepada murid dan
rujukan kepada pihak pelawat atau jabatan.
- Galakkan penglibatan murid untuk melawat sudut-sudut HEM seperti PPDa, Bilik RMT, Bilik SPBT,
Papan Kenyataan HEM dan PPS.

3.2 Bantuan RMT


- Guru bertugas perlu memastikan makanan dalam keadaan baik semasa penerimaan agar dapat
mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Terdapat kes di beberapa buah sekolah makanan
yang diterima telah basi.
- Lebihan makanan bagi murid yang tidak hadir dapat diberikan kepada murid lain atas pertimbangan
guru bertugas.
- Sekiranya berlaku perpindahan murid, peruntukan pindah ke luar negeri (selain dari negeri Sarawak)
tidak perlu diberi

3.3 Data e-Operasi


- Sebarang perubahan maklumat perlu dimaklumkan agar perubahan dalam sistem dapat dilaksanakan
Contoh : Gaji, Maklumat Pasangan, Pengesahan, Kenaikan Pangkat, Elaun dan sebagainya
- Selalu menyemak maklumat data e-Operasi dari semasa ke semasa supaya selari dengan perubahan
maklumat yang telah dilakukan

3.4 Pengisian e –Kehadiran Murid


- Guru kelas dikehendaki sentiasa mengemaskini maklumat kehadiran murid
- Pihak jabatan akan sentiasa memantau pengisian kehadiran murid secara online

3.5 Pengisian Sahsiah Murid (SSDM)


- Buat masa sekarang pengisian masih belum dilaksanakan.
- Guru yang dapat mengisi shsiah murid di dalam sistem tersebut.

3.6 Lawatan CAKNA


- Sehingga bulan April, 4 lawatan telah diadakan
- Cadangan lawatan untuk bulan Mei dan Julai ke rumah
a) Sakinah dan Aznil
b) Jessica dan Haley
- Tarikh yang dicadangkan adalah pada 24 April 2019
- Kutipan RM10 akan dibuat dalam kalangan staf untuk membeli alat keperluan sekolah murid

3.7 Galakkan kehadiran murid


- Salah satu program guru penyanyang untuk menggalakan kehadiran murid 100%
- Murid yang tidak hadir ke sekolah dan memberi alasan sakit perlu diiringi surat dari hospital atau
klinik sebagai bukti.
- Hadiah atau ganjaran akan diberikan mengikut penggal kepada murid yang kehadirannya 100%.

3.8 Peraturan Sekolah


- Semua guru dapat bertindak sebagai guru disiplin dan perlu sentiasa menasihati murid serta
mengingatkan murid berkaitan larangan dan peraturan sekolah.
- Kebersihan diri dan kelas juga perlu diutamakan supaya murid dapat belajar dalam keadaan kondusif.

3.9 Buku teks


- Penjagaan buku teks merupakan tanggungjawab semua murid yang menerima pinjaman buku teks.
- Guru mengingatkan murid sekiranya masih terdapat buku yang belum dibalut.
- Guru mata pelajaran boleh membantu murid untuk membaiki buku yang mengalami kerosakkan.
3.10 Keselamatan murid
- Sentiasa mengingatkan murid berkaitan keselamatan murid terutamanya semasa pergi dan balik
sekolah.
- Elakkan dari keluar pagar sekolah dan bermain di atas bukit terutamanya pada waktu menunggu ibu
bapa mengambil murid dan sebelum bermulanya aktiviti kokurikulum.

3.11 Latihan kecemasan


- Surat permohonan telah dihantar dan tarikh cadangan pada 24 April 2019.
- 22 April 2019 pihak bomba akan datang ke sekolah untuk memeriksa persekitaran dan menentukan
tarikh latihan kebakaran yang akan diadakan.

3.12 Sudut pidato


- Sepatutnya diletakkan di pusat sumber sekolah.
- Cadangan diletakkan di Bilik Perhimpunan dan dipindahkan pada waktu gotong-royong.

4.0 Hal-hal lain

4.1 Kelab pencegahan jenayah


- Telah dilaksanakan
- Sebulan sekali waktu kokurikulum

4.2 Pemeriksaan SPBT dan barang terlarang


- Spot check dapat dilaksanakan oleh guru-guru
- Mengenal pasti barang-barang bahaya, barang-barang terlarang serta murid yang membawa telefon
bimbit.

4.3 Program PPDa


- Program 5 Minit PPDa diteruskan seperti biasa.
- Murid membaca mesej dan pesanan anti dadah semasa perhimpunan mengikut jadual bertugas
masing-masing.

4.4 Program Membasuh Tangan


- Murid Tahun 1 seluruh negara terlibat dengan program ini.
- Dijalankan secara serentak pada 30 April dan dibekalkan hand sanitizer

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………………… …………………...…………………
(PN. NOORDIANA BINTI ABU BAKAR) (EN. DAHLAN BIN SALLEH)
Setiausaha, Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan Kubong. Sekolah Kebangsaan Kubong.

You might also like